»

22 July 2015

Tragedi Gigi Raya


Tadi JR pergi ke hospital untuk hantar mak mentua jumpa doktor. Ia pemeriksaan rutin setiap beberapa bulan sekali.

Tiba-tiba JR berselisih dengan abang Jaq. Abang Jaq merupakan rakan jogger tegar yang selalu JR jumpa ketika berjoging di Taman Rimba, Alor Setar.

Bila JR tanya mengapa dia datang ke hospital, dia menunjukkan giginya. Rupanya dia baru lepas cabut gigi. Segumpal kapas putih memenuhi bahagian kanan mulut abang Jaq menyebabkan percakapannya tidak begitu jelas.

"Tragedi raya" katanya, "Tergigit tulang ayam sampai patah gigi!"

JR tergelak agak kuat bila dengar penjelasannya. JR cuma henti tergelak bila tersadar ada banyak mata yang memandang kami. Tu dia....punya hebatnya penangan raya, makan rendang ayam sampai gigi patah!

Tapi sekurang-kurangnya abang Jaq ada kenangan juga pada hari raya ini, walaupun ia bukan kenangan manis. JR pula hampir tak ada apa-apa kenangan langsung. Kecuali bertemu dengan sanak saudara dan sahabat jauh dan dekat, raya tahun  ini umumnya berlalu dengan hambar...

13 comments:

  1. Raya kakcik hanya meriah di 1 Syawal. Kemudian sunyi sepi tiada apa-apa lagi...

    ReplyDelete
  2. CH pun raya tahun ni pun terasa hambar JR..
    Dalam hati teringat mak di hospital..

    Kenangan dihari raya tu buat kawan JR tu..
    Bila tengok rendang ayam dihari raya nanti..
    Teringatlah gigi yg patah tu :)

    ReplyDelete
  3. Raya saya di Perak...meriah-meriah....cuma saya sahaja yang sakit....sakit gigi di pagi raya...syukur ada bawa paracil lebih...

    ReplyDelete
  4. Raya saya tahun ni pun biasa2 je..suami kerja..kami anak2 beranak je .. lepas tu 2nd puasa dah start puasa 6 syawal.. moga setiap hari kita mbawa kebahagian tuk semua...amin..

    ReplyDelete
  5. raya tahun mi mmg x meriah spt tahun2 sblumnya

    hahahah...bukan salah tulang ayam tu..gigi dh tak kuat hikkss...sib baik bukan gigi depan kan

    ReplyDelete
  6. hihiii...jadi sejarah raya 2015 lah ya ...akibat tulang ayam

    ReplyDelete
  7. hahaha..ada jugak tu kenangan raya 2015...

    ReplyDelete
  8. hehe...mau tak tergelak...penangan raya punya sampai patah gigi..

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah raya tahun ni yan ok ok je..tak terlalu hambar macam tahun lepas..

    ReplyDelete
  10. saya pun ada kenangan tak manis raya nih..tapi bukan patah gigi la..heheh

    ReplyDelete
  11. Saya, first time Raya di wad, Ada jugalah kenangan untuk di bawa ke tahun tahun akan datang...

    ReplyDelete
  12. Dah 2 tahun keluarga BUNDA beraya dalam suasana suram..

    ReplyDelete
  13. Tahun ni biasa je persiapan raya, sangat sederhana.. dan 3 hari pertama raya tu saya satu family sakit perut gara-gara banyak makan rendang.. huhuhu..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....