»

21 July 2015

Ceritera Tragik Syawal Kelima


Dah lama sangat JR tak bersiaran. Sepanjang bulan Ramadhan JR muncul menyapa blog ini cuma 5 kali. Tu dia sombongnya aku! Pada hal sebelum Ramadhan hampir setiap hari JR buat entri baru.

Sebenarnya JR terlalu sibuk masa Ramadhan lepas dengan pelbagai aktiviti. Lagi pun JR ni jenis yang kekadang suka terlepas cakap menyindir orang, takut pula di bulan Ramadhan terlepas sindiran dalam blog, sia-sia saja puasa aku... Lebih baik diam, gantung pena dari munulis perkara-perkara yang boleh kurangkan pahala puasa. Satu lagi masalah akhir-akhir ni ialah internet kat rumah sangat slow mengalahkan keslowan siput babi tua, nak buka blog pun terlalu sukar..

Hari ni dah masuk Syawal kelima. Ini catatan JR untuk Syawal kelima ini:

MAAF:
Terlebih dulu JR nak ucapkan salam kemaafan kerana dah lama tak muncul di blog ini.

SALAM LEBARAN YANG TERLEWAT:
Dah 5 hari Syawal baru JR sempat ucapkan salam Eidul Fitri untuk kawan-kawan blogger. Bunyi macam mabuk ketum ketupat aje...5 hari raya baru nak ucapkan salam Eidul Fitri! Patutlah jumlah pengunjung blog ini merudum jatuh dari ribu-ribu sehari kini cuma tinggal ratus-ratus sehari saja, JR dah lama tinggalkan blog bersawang, hehehehe..

INTERNET SLOW GILER!
Sepanjang Ramadhan dan Syawal ini internet kat rumah JR slow giler. Tak taulah apa puncanya. Mungkin salah satunya kerana semua 6 anak JR ada di rumah, yang merantau belajar di luar semua balik rumah. Sebelum Ramadhan dulu cuma 2 orang saja anak JR ada di rumah, line memang clear. Bila full house macam sekarang dan masing-masing 6 orang  anak campur JR dan isteri buka gajet serentak, sesak teruklah line streamyx kat rumah. Yang ada data pun kedekut nak gunakan datanya, itulah masalahnya..Kelmarin contohnya dari pagi sampai malam JR tak dapat line internet langsung. Pagi ni nasib baik dapat juga internet walaupun sangat slow, mungkin kerana ada anak-anak yang masih melingkar atas katil lepas solat Subuh agaknya. 

BLOGWALKING:
Dah lama JR tak lawat blog kawan-kawan blogger. Insyaallah lepas ni bila masa dan line mengizinkan JR akan pergi ke blog korang. Jangan merajuk dengan kesombongan JR yang tak jenguk blog korang atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan ini...

PUASA SUNAT 6 SYAWAL:
Hari ni dah masuk hari kedua  JR berpuasa sunat 6 Syawal. JR mulakan kelmarin, sambung hari ni dan bercadang teruskannya hingga Khamis. Jadi dapatlah 4 hari puasa sunat Syawal pada minggu ini. Jumaat dan Sabtu nak cuti puasa, kemudian hari Ahad dan Isnin JR cadang nak sambung balik dan lepas itu sempurnalah puasa 6 Syawal untuk tahun ini, insyaallah..

Salam lebaran, maaf zahir batin...

11 comments:

  1. kalau macam tu, next raya abang JR kena upgrade pakej internet tu kot. bagi laju lagi.


    selamat hari raya.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya maaf zahir batin buat JR sekeluarga..
    Anak2 semua nak selamatkan data plan masing2 tu JR.. :D
    Alhamdulillah JR dah mula puasa 6..
    Saya ni bila lah nak mula kan ni :)

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri buat JR dan family..

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya JR. Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  5. saya upgrade ke 8GB..rm150..dapat dekoder hypptv percuma..

    ReplyDelete
  6. samalahh bro JR...JM pun dah lama x BW kat sini buka sombong or x ingat tau...tapi x sempat

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat bro JR sekeluarga ye

    ReplyDelete
  7. tak pe jr..yan faham...ramdhan kan bulan ibadah...lebih2 lagi jr kan mr mama...tol tak...kaki tangan cuma 2 aje
    ..

    selamat hari raya jr !:-))

    ReplyDelete
  8. saja nak info internet laju. Insyaallah...

    http://khairulanuar.onexoxs.com/

    lawat website sy untuk info lanjut... dalam blog pun ada... terima kasih

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....