»

30 May 2015

Wahai Jawi..Drama Melayu Tak Boikot Ke?


JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dalam teks khutbah Jumaat kelmarin meminta umat lslam memboikot rancangan realiti TV yang kata Jawi mengandungi unsur-unsur negatif seperti 'lawak lucah, pendedahan aurat, lelaki berpakaian wanita dan sebagainya'



JR sokong penuh saranan Jawi itu. Banyak slot yang boleh diisi oleh rancangan TV tapi mengapa dipilih slot-slot yang lebih banyak merapu dari slot-slot membina dan berilmu? Kata nak bina masyarakat maju tapi mengapa banyak rancangan TV ke arah pembinaan masyarakat merapu?

Tapi tak kan rancangan realiti saja yang Jawi suruh boikot? Bagaimana dengan drama Melayu di TV yang sebahagian pelakonnya juga tak menutup aurat dan banyak paparkan pergaulan intim lelaki perempuan, peluk memeluk, pegang tangan bukan muhrim? Itu pun tak sesuai dengan Islam juga kan? Mengapa tak nak buat macam drama dan filem Iran yang tak ada adegan peluk dan bersentuh lelaki perempuan tapi selalu menang anugerah antarabangsa? 

Atau Jawi takut cadangan memboikot drama Melayu  di TV akan timbulkan kemarahan produser, pengarah dan pelakon drama Melayu? Habis bagaimana dengan kemarahan Allah pula?

Dan satu lagi yang pelik ialah Jawi tu jabatan kerajaan, mengapa Jawi tak syorkan terus kat Menteri Komunikasi dan Multemedia supaya haramkan slot-slot TV termasuk rancangan realiti dan drama yang tak sesuai dengan agama lslam? Menteri ada kuasa kat stesen TV termasuk TV swasta kan?

Heran...

5 comments:

  1. umpama gajah depan mata tak nampak...kuman seberang laut nampak.

    huhuhu sedih...

    sokong apa yang jr kata :-))

    ReplyDelete
  2. Kan..... Mesti jwpn cliche diorg... Kita xde h ak. Kita boleh mntk boikot je. Huhu.. Penah dgr kat somewhere..selagi tv2 dok tayang cerita2 maksiat slagi tu la xkan selesai mslh sosial. Mcm mne nk selesai. Dari dlm rumah dah tgk mende maksiat cmtu..

    ReplyDelete
  3. Jawi (dan kebanyakan jabatan agama negeri lain) saya tengok tindakan diorang ni macam memilih. Yang ini boleh, yang itu tak boleh. Lepas tu selalu bagi alasan yang boleh menambahkan lagi soalan.

    Setuju, kan elok direct je mintak pihak yang berkuasa bertimdak....

    ReplyDelete
  4. double standard... ada isu lain diorg tak berani pulak amik tindakan.

    ReplyDelete
  5. Tiada keberanian..? Kerenah birokrasi..?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....