»

29 May 2015

Bukan Joging, Tapi Racewalking...


Dua hari lepas JR tulis entri tentang glucosamine. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang beri komen, terutama Dr Daddy Ziyyad yang komen agak panjang juga. Mungkin sebagai doktor, Dr DZ risau dengan JR yg selalu tulis tentang hobi joging 6 km sehari sejak muda-muda hingga dah masuk usia senja sekarang. Joging secara extreme boleh jejaskan jantung dan sendi yang semakin tua ini..Terima kasih doc...

Sebenarnya bila JR kata 'joging hari-hari' bukan bermakna JR joging tanpa henti 7 hari seminggu. Tidak. Ia cuma 5 hari seminggu. Ahad hingga Khamis - itulah hari-hari biasa JR joging. Jumaat dan Sabtu hari rehat kaki. Kalau hujan lebat, atau ada sesuatu hal yang tak dapat dielakkan, juga JR tak pergi joging.

Satu lagi ialah istilah 'joging'. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini (kira-kira 4 tahun lepas) JR tak lagi joging ikut istilah joging sebenarnya. Dulu memang JR joging seperti joging sebenarnya - lari-lari anak. Sekarang JR cuma berjalan laju, ala-ala racewalking....

                                     Racewaliking

Tapi racewalking JR tu taklah selaju peserta sukan Olimpik seperti gambar kat atas tu. Mau tercabut lutut kalau selaju tu... JR cuma berjalan laju ikut keperluan dan ketahanan badan. Yang penting peluh bersembur keluar tapi tak sakitkan badan...

Tapi kawan-kawan JR kat sini masih panggil racewalking itu sebagai joging, walaupun ia bukan joging sebenar.  Sebab itu JR sebut joging bila tulis kat blog. Semoga berjalan laju sebegitu tak bebankan jantung dan sendi yang bukan muda lagi ini..Jadi Dr DZ tak perlu risau..

Tentang kurangkan 6 km kepada 4 km seperti yang dicadang Dr DZ, ia memang JR pernah buat, tapi ia cuma di bulan puasa, masa lain balik kepada 6 km. Lagi pun ia cuma racewalking, ia bukan berlari, bukan joging yang sebenarnya, cuma berjalan laju ikut ketahanan sendiri...

Apa pun terima kasih kepada nasihat dan keprihatinan Dr DZ, rakan blogger yang sangat dekat di hati JR...

5 comments:

  1. itulah kan...kawan2 blogger nie banyak juga membantu dari segi jasmani dan rohani...alhamdulilah ... :-))

    ReplyDelete
  2. Sedang mencari rentak untuk kembali berjogging.. takde stamina dah rasanya bila tak bersenam langsung ni.. :(

    ReplyDelete
  3. untung jugak ada blogger doktor sebagai kawan ;) racewalking ni memang bagus, ada gak orang panggil 'senaman jalan laju'..yang muda tapi kaki tak kuat sangat pun boleh try ni

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....