Pernah tak masa sekolah rendah dulu korang pakai pensil macam ni?
Masa sekolah dulu JR dan kawan-kawan sekolah selalu asah pensil macam tu. Pensil diasah hingga kontot sekontot-kontotnya untuk jimatkan kos. Selagi tangan boleh pegang pensil ia akan terus digunakan. Kedua-dua bahagian pensil bawah dan atas ditajamkan, jadi kedua-dua bahagian boleh digunakan bila perlu.
Pada zaman itu pensil kontot dua mata dah jadi macam tren budak-budak sekolah rendah. Budak-budak terpaksa lakukan begitu kerana nak jimatkan kos, nak bantu ibu bapa yang susah, walaupun zaman itu belum ada GST...
Zaman kakcik pun macam itulah gayanya pensel dimanfaatkan... :)
ReplyDeleteBunda tak pernah pulak asah pensil sampai kontot...sampai dua2 belah pulak masa sekolah rendah dulu...
ReplyDeleteSebab utamanya takut mak mati...kononnya pada masa tu...
Menurut kawan2..kalu kita asah pensil sampai kontot kedua bahgian...nanti mak kita mati...haha..masa tu baru darjah dua...beringus lagi..
hehehe.. saya tak berani nak asah dua2 belah sebab kekonon takut mak mati.. tapi walau dah pendek pensel tu saya tetap sayang pensil tu..
DeleteAnak2 saya tak suka pensil pendek, mesti mintak yang baru sebab dorang tau saya ada stok pensil kat rumah.. huhuhu.. pensil pendek dorang tu saya amik simpan.. kekonon nostalgia lah..
zaman saya sekolah dah ada pensel tekan... tp x ramai yang mampu beli..... ramai masih pakai pensel biasa jugak.
ReplyDeletemmg terpaksa guna pensil kontot selagi boleh ... budak sekarang , pensil bersepah2 .pastu selamba je beli lagi ...
ReplyDeletetak pernah sampai kontot gini..sebab memanjang hilang
ReplyDeleteyan pernah pakai...kadangkala yan ambik tutup pen sambung kat pensil tu :-))
ReplyDelete