»

14 April 2015

iPhone Bukan Lagi Henfon Jenama Mewah


Sehingga petang kelmarin, JR masih menganggap iPhone sebagai jenama telefon pintar mewah. Sekurang-kurangnya ia lebih mewah dari henfon android cap ayam milik JR: Asus Zenfon 5.

Tapi malam tadi anak ketiga menyedarkan JR, iPhone bukan lagi dianggap sebagai henfon mewah oleh generasi muda. Ia sebaliknya menjadi kegilaan generasi muda kerana kepalbagaian gunanya, tahap keselamatan yang meyakinkan, mutu kamera terbaik, tahan lama, tak pernah hang seperti sesetengah jenama android, bla bla bla... 

Anak kedua yang dah hampir 3 tahun gunakan iPhone 5 menyokong pendapat adiknya. Katanya iPhone miliknya tak pernah hadapi masalah sejak digunakan hampir 3 tahun lepas  sampai sekarang.

Mengikut anak ketiga,  80% kawan-kawan rumah sewanya menggunakan iPhone - dari iPhone 5 hingga iPhone 6. Dari 12 orang penyewa rumah, hanya dia dan seorang lagi kawannya yang gunakan telefon android. Jadi katanya pendapat menyatakan iPhone adalah telefon mewah adalah salah. Kalau iPhone itu jenama mewah mana mungkin hampir semua kawan-kawan mahasiswa yang tinggal serumah dengannya memiliki iPhone?

Anak bongsu perempuan keenam JR yang masih di Tingkatan Empat juga sokong pendapat kedua-dua abangnya. Katanya dalam kelasnya dari 20 orang pelajar, 11 orang memiliki iPhone terdiri dari iPhone 4S, iPhone 5 dan 5S hingga iPhone 6. Jadi majoriti kawan-kawan sekelasnya memiliki iPhone. Satu lagi bukti iPhone bukan lagi jenama mewah.

Cuma dalam rumah kami iPhone masih tidak menjadi jenama pilihan. Hanya 3 ahli keluarga JR iaitu isteri, anak kedua dan anak keenam yang memiliki iPhone. Anak keenam yang baru di Tingkatan Empat itu baru beli iPhone  seminggu lalu selepas menjual Xiaomi Mi 4 yang baru dibelinya 3 bulan lepas. 'Cerdik' punya budak, beli Xiaomo Mi 4 baru kemudian dijual untuk beli iPhone 5 second hand. Tapi tak apalah, asalkan mereka beli guna duit simpanan sendiri JR malas nak masuk campur.

Bagi JR yang selalu ketinggalaan zaman ini, biarlah JR cuma miliki Asus Zenfon 5, sebuah 'henfon bodoh' (gelaran anak perempuan) hingga ia hancur mungkin baru beli henfon lain....

11 comments:

  1. Saya kampung ni pun menganggap iPhone tu jenama mewah JR..
    Saya pun macam tu pakai sampai hancur baru beli baru... dah 4 tahun guna HTC one ni :)

    ReplyDelete
  2. xkn Asus Zenfon 5 'henfon bodoh' sbb sy pkai Asus...sobbbbbssss

    ReplyDelete
  3. Iphone memang bukan jenama mewah pun..sekarang ni orang dah tak pandang iphone,hage die tak padan dengan ape yang die tawarkan. Tp pendapat yang kate android x ok tu tak berapa nak saya sokong,saya pengguna iphone sebelum ni,and now sy guna android..sebab iphone boring,terlalu control. Siapa yang paham pasal teknologi gadget akan paham ape yg saya maksudkan.

    ReplyDelete
  4. Hahaha..betul tu,orang yang buta it je thegeh2 nak pakai iphone. Ikut trend,tp bukan utilize semua function dlm tu pun.

    ReplyDelete
  5. Asus Zenfone 5 tu pun dikira bagus juga. Walaupun harganya tidak semahal iPhone 6, ianya tetap berfungsi dengan baik dan berkemampuan melakukan pelbagai tugas yang kita inginkan. Bukan macam Samsung Galaxy Y saya ni, nak install Whatsapp pun tak lepas sebab memory full. Haha

    ReplyDelete
  6. Baguslah jr, tak perlu terikut2 dengan trend..orang pakai iphone..kite nak pakai iphone..tp stakat nak bgaye je..hehe. Jangan la hina asus zenfone5,even murah kualiti bole challenge iphone tau..

    ReplyDelete
  7. iphone memang mahal...tapi kalau ia setanding dengan Samsung dan Zenfone...sama jer..

    Rasanya lebih baik Samsung (Samsung Note4) atau Zenfone kan (walaupun zenfone lbh murah)..

    ReplyDelete
  8. Tekanan dari rakan sebaya menyebabkan budak2/remaja nak iphone ni agaknya... ikut trend. Ahli keluarga sy tak ada yang menggunakan iphone...

    ReplyDelete
  9. bagi saya iphone tu jenama mewah...huhu.tak nak saya korbankan gaji sebulan demi handphone.

    ReplyDelete
  10. yan setuju pndapat salbiah...yan masih setia dengan samsung :-))

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....