»

16 April 2015

Tips Hadapi Masalah Internet Slow...


Kalau korang kadang-kadang rasa  geram kerana kelajuan internet  macam kura-kura tua melintas jalan, simpan kemarahan itu dalam hati. Bukan korang sorang saja kat Malaysia yang sedang hadapi kemarahan itu, orang lain di Malaysia juga sama. 

Berdasarkan sumber dari Net Index, Malaysia berada di ranking ke 122 dunia dari segi kelajuan internet. Maknanya dari segi kelajuan internet, Malaysia lebih teruk dari sesetengah negara Afrika dan Asia. Walaupun pak Menteri kita selalu angkat bakul kata Malaysia antara negara di dunia yang internetnya laju, tapi itulah hakikatnya....

Jika di peringkat Asia Tenggara pula Malaysia berada di tangga kelima di belakang Singapura, Thailand, Vietnam dan Brunei:

Maknanya walaupun kelajuan internet di Malaysia lebih teruk dari Singapura, Thailand, Vietnam dan Brunei, tapi ada lagi negara di Asia Tenggara yang lebih teruk dari Malaysia seperti Indonesia, Laos dan Mynmar.  Jadi bersyukurlah  kita menjadi rakyat Malaysia kerana masih ada negara yang lebih teruk dari Malaysia...

Di peringkat Asia pula, selain Singapura di tangga ke-7, Hongkong, Jepun dan Korea merupakan antara negara paling laju internet


Habis jika internet slow dan menyakitkan hati, apa nak buat?

Ini tipsnya jika hadapi masalah internet slow:

~ Bersyukurlah kerana negara kita masih aman. Bayangkan jika negara kita huru-hara seperti Syria, Iraq, Yaman dan Afghanistan yang kelajuan internet bukan masalah utama. Masalah utama di negara-negara itu ialah bagaiamana nak terus hidup ketika bayangan maut hanya ada setapak di depan mata.

~ Terimalah hakikat kita ini rakyat Malaysia yang serba serbi masih ketinggalan. Janganlah banding kan kita dengan negara-negara Eropah atau negara-negara Asia seperti Jepun, Korea, Hongkong, Singapura, Thailand, Vietnam dan Brunei yang lebih maju dari Malaysia dari segi kelajuan internet.

~ Bersyukurlah kerana kita tak tinggal di Indonesia, Laos, Myanmar atau India yang kelajuan internetnya lebih teruk dari Malaysia. Sesekali bayangkan juga jika kita tinggal di Kutub Utara atau Kutub Selatan yang langsung tak dapat internet.

Amaran Kerajaan Malaysia: Kepada sesiapa yang tak berpuas hati dengan pencapaian negara sendiri, sila berambus ke luar negara atau jika duit banyak sewa kapal angkasa dan tinggal di bulan. Harap maklum..

10 comments:

  1. oitt...sila berambus tu yg tak tahan nak gelak tu...menteri mana la yg sound mcm tu ya...

    ReplyDelete
  2. hahhaa. tapi kerajaan macam tikus bila jumpa telco. knp?
    lagi di sini

    ReplyDelete
  3. Haha..terbaik! Syukur Malaysia masih aman wpun internet seloww..dan menyakitkan ati. Kih3x

    ReplyDelete
  4. hahahha .... ok ok ... aku bersyukur .....

    ReplyDelete
  5. Kehkehkeh...takotnya dgn amaran tu!

    Saya mmg stress sbb line internet ciput. Tu yg malas dah nk tulis blog. Dah contact service provider..jwbnya area kami mmg ada problem.

    ReplyDelete
  6. hahaha..iye-iyelah saya ingat ada tips tadi...syukur lah Malaysia masih aman

    ReplyDelete
  7. syukur alhamdulilah :-)) ..

    bila internet slow rasa nak baling hp .
    .huhuhu

    ReplyDelete
  8. Bukan tak bersyukur tapi rasa sakit hati makin menjadi-jadi dengan kelajuan internet sekarang ni.. sebelum ni ok je.. Pihak berkenaan macam melepaskan batuk ditangga, macam tak kisah dengan masalah yang melanda rakyat..

    ReplyDelete
  9. syukurlah ... sekurang2nya masih ada internet ...

    ReplyDelete
  10. Hahahh...lawak statement terakhir tu! Tapi memang betul pun...negara Malaysia masih belum mbgun dgn jayanya. Apa2 back to basic. Bersyukur denagn apa yg ada.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....