Cepatnya masa berlalu. Masih segar dalam ingatan ketika kau dilahirkan, ayah tiada di sisi keluarga kerana ketika itu ayah bertugas di KL dan ibumu ketika itu sedang bercuti di Alor Setar.
Masa kecil kau sangat lasak. Selalu kena marah sebab suka buka barang mainan tapi kau bijak memasangnya semula. Bila di sekolah menengah pula kau suka buka komputer, sendiri belajar sistem di dalamnya. Jika ada pembaikan kecil komputer di rumah kau melakukannya sendiri.
Ada beberapa peristiwa masa kecil mengenai dirimu yang tak dapat ayah lupakan:
Peristiwa pertama ketika kau berusia 2 tahun. Suatu pagi kau yang sangat lasak menarik air panas yang sedang mendidih atas dapur. Habis badan dan mukamu lecur terkena air panas. Bila pergi ke Hospital Kuala Lumpur, ibu dan ayah dimarahi doktor. Doktor bukan marah sikit-sikit, tapi marah berapi-rapi kerana cuai menjaga anak hingga kemalangan itu berlaku.
Selama seminggu kau di rawat di wad pediatrik dan ditempatkan di dalam bilik khas untuk kes-kes kemalangan. Selama seminggu itu juga doktor asyik mendesak ayah supaya melaporkan kes itu kepada polis. Mengapa mereka syak ia kes penderaan? Mana mungkin kami sengaja mendera anak kami dengan air panas? Ia satu andaian sangat kejam!!!
Peristiwa kedua, ketika kau berusia 7 tahun hampir keseluruhan rumah yang kita duduki telah terbakar. Ketika itu jam kira-kira pukul 10.00 malam. Dalam keadaan kelam kabut ketika masing-masing cuba menyelamatkan diri semua orang terlupa kau sedang tidur di dalam rumah. Mujur adikmu mengingatkan ayah kau masih di dalam bilik tidur.
Demi kasih kepada anaknya, abah menerpa memasuki rumah untuk menyelamatkanmu walaupun ketika itu beberapa orang cuba menghalang ayah memasuki rumah yang sedang terbakar. Abah masuki juga rumah melangkah bahagian siling yang sedang runtuh untuk ke bilik tidur. Ketika itu ayah sudah pasrah, jika Allah mahu ambil nyawa pun rela ku serahkan agar kau selamat. Dan syukurlah kedua-dua kita berjaya keluar dari rumah itu dengan selamat.
Sekarang kau telah dewasa anakku. Kau kini sedang belajar di semester empat di UiTM Arau dalam bidang yang sangat kau minati - Sains Komputer...
Sejak kecil badan budak ini sentiasa melidi. Salah satu cita-citanya yang belum tercapai ialah untuk menjadi gemuk!
Selamat hari lahir yang ke-20 Mohd Fahmi Ashraf....
asalamualaikum jr...selamat ulamg tahun fahmi..semoga fahmi berjaya mencapai cita2 yang diimpikan..amin..
ReplyDeleteselamat hari lahir ...semoga menjadi anak yg soleh..yg membanggakan ibu dan ayah..
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Fahmi...semoga sentiasa dilindungi Allah...dan berjaya dalam hidup disamping berbakti kepada kedua ibu dan bapa...
ReplyDeleteAamiin..
Ada baca dalam entry sebelum ni pasal dak Fahmi tertinggal dalam umah ketika rumah terbakar..
ReplyDeletemoga dak Fahmi bertambah kuat dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian..
Moga berjaya dalam bidang yang diminati..
kacak bergaya anak bro JR like ayahnya..happy belated birthday Fahmi..glemer tau kuar dalam blog..semua org kenal ehehe
ReplyDeleteTersentuh hati saya bila baca kisah rumah terbakar tu...
ReplyDeleteSelamat Hari jadi Fahmi...boleh potong kek sesama ni..hehe.hensem macam ayah jugak.
ReplyDelete