Kadang-kadang ada polemik antara kami suami isteri. Biasalah..mana ada lidah tak pernah tergigit, mana ada bumi tak pernah ditimpa hujan?
Kata isteri aku seorang yang sangat pelembut dalam bicara. Bercakap dengan suara lunak, perlahan dan selalu tersenyum walaupun ketika itu dalam keadaan sangat tegang. Tapi apa yang paling dia tak tahan bila bertekak denganku ialah aku suka gunakan ayat-ayat sarkastik. Bibir tersenyum, suara lembut tapi ayat yang digunakan maha tajam menusuk hati.
Dan si-pemarah akan menjadi semakin marah bila aku masih mampu senyum melihat kemarahan mereka seperti santai dan enjoy melihat orang marah. Malah si-pemarah akan jadi lebih marah bila dengan senyuman paling manis ku dekati si-pemarah sambil berbisik, "Terima kasih kerana marah ye, terima kasih banyak-banyak. Marahlah lagi, saya suka mendengarnya, ia sangat membahagiakan..."
Itu cerita di rumah. Sabtu lepas berlaku satu kekecohan di sebuah supermarket 3 kilometer dari rumah kami. Segalanya kerana ayat-ayat sarkastik....
Salah satu pantang nombor satu dalam hidupku ialah bila tahu aku cuba ditipu. Sebagai pengguna yang tau haknya aku tidak akan berdiam diri bila tertipu. Dan seperti di rumah, aku hadapi segala krisis di supermarket siang itu dengan penuh sopan, lembut dan bersuara lunak. Dan ayat-ayat sarkastik pasti ada:
"Terima kasih kerana cuba menipu saya"
"Bestnya boleh menipu orang-orang bangang"
"Tahniah kerana berniaga berpuluh tahun tapi nak selesaikan masalah matematik budak Tadika pun tak reti.."
"Kalau dinding supermarket ini ada suara tentu dia gelak kuat tengok penipuan besar di depannya"
"Saya rasa kalkulator yang you pakai tu rosak sebab tu you kira tak betul. Tak apa..nanti saya hadiah you kalkulator baru supaya you dapat kira betul.."
Dan seperti biasa bila hadapi kes-kes penipuan seperti ini aku sudah bersedia dengan segala statistik dan fakta yang aku save dalam henfon. Sambil bermain dengan ayat-ayat sarkastik, ku tunjukkan bukti penipuan itu kepada sang penipu.

Bila si-penjual itu rasa kantoi kerana penipuannya ku bongkar dengan fakta di depan umum dia mula naik angin. Suaranya jadi sangat tinggi dan muka merah padam! Tapi aku tetap cool, masih tak habis-habis tersenyum manis di depannya dan mematahkan kata-katanya dengan bukti dan fakta, dan of course, penggunaan ayat-ayat power sarkastik!
Hingga satu peringkat si-peniaga tak tahan lagi dengan gaya bicara lembutku, senyumanku, ketawaku, sarkastikku, tiba-tiba dia naik angin lalu menyepak kerusi di depannya, menumbuk cermin meja dan menghempas barang di depannya.
Dan aku cuma tersenyum melihat tangannya yang mungkin sakit dan barang-barang yang dirosakkannya. Kalau ada monyet di situ pasti akan menari-nari ceria melihat hiburan percuma si-penjual.
Jadi benarlah kata isteriku: aku ini walaupun tak reti marah orang, sentiasa tenang, tersenyum dan ketawa menghadapi si-pemarah, tapi suka provoke orang dengan ayat-ayat sarkastik yang menyakitkan hati? Jadi benarlah kata isteri, aku ini jenis manusia dalam senyum manis ada racun, dalam ketawa ceria ada bisa?
Hahaha...mesti orang tu belum habis 'sakitnya tuh di sini'...
ReplyDeleteapi membara disimbah minyak..memang lah makin marak....hahaha jr nie kecik2 cili api...mulut berbisa...
ReplyDeleteSi Pemarah akan berkata pada Si Sarkastik.. "Tak kuasa nak bertekak dgn orang pandai bercakap nih!" Sepak kerusi, hentak meja lagi senang... :)
ReplyDeleteLagi tengok kita sabar lagi tercabar kesabaran dia dan itu yang timbulnya kemarahan dalam hati dia.
ReplyDeleteTapi ada juga yg jenis x reti bahasa... klu kita buat statement sarkastik ni mmg dia x kan paham ler....
ReplyDeletehaha..nak try stail abang JR la..kena sindir ni lagi sakit dari kena maki.
ReplyDeleteSarkastik bersama fakta takpe.. dan yang paling penting "mampu" memohon maaf jika sendiri melakukan kesilapan, bukannya terus sarkastik menegakkan benang yang basah
ReplyDelete