»

23 April 2015

Makanan Termurah Di Alor Setar


Inilah yang seronoknya bila sesekali ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar- makanan di kantinnya begitu murah berbanding tempat-tempat lain berdekatan. Kebanyakan makanan - pelbagai jenis mee, pasembor, nasi ayam, nasi goreng kampung, nasi goreng Cina, nasi kerabu - semuanya dijual pada harga cuma RM3 sepinggan.


Minuman pun murah, teh ais cuma berharga RM1 segelas besar. Di tempat lain di Alor setar harga segelas teh ais antara RM1.20 hingga RM1.80. Mana lagi tempat nak cari teh ais RM1.00 segelas?

              Inilah breakfast JR pagi tadi di kantin HSB - Mee bandung RM3.00 dan teh ais RM1.00.

Walaupun ada yang kata harga makanan di Alor Setar murah, tapi bagi JR kebanyakan peniaga di Alor Setar jual makanan pada harga lebih kurang sama dengan tempat lain di Malaysia. Cuma di kantin HSB dan satu dua tempat lagi harga jualan lebih murah dari tempat-tempat lain.

Tahun lepas bila JR mengunjungi anak yang sedang belajar di UTHM Batu Pahat, terkejut JR melihat makanan di beberapa gerai berdekatan kampus UTHM yang dijual pada harga tersangatlah murah. Ada satu gerai tu di Parit Raja jual roti canai bersaiz besar pada harga cuma 50 sen sekeping. Teh ais pula dijual pada harga RM1.00 segelas. Pada malamnya pula anak bawa JR makan di sebuah gerai lain di mana nasi goreng kampung cuma dijual pada harga RM2.50 sepinggan. Nasi gorengnya pula bukan setakat sedap tapi di isi banyak penuh satu pinggan hingga JR tak dapat menghabiskannya walaupun ketika itu sangat lapar!

12 comments:

  1. Memang murah tu JR.. tapi rasanya di hospital memang murah kot.. CH masa jaga mak di hospital Sg Buloh , mee yg berkuah di jual dengan harga RM3.50, kalau temppat makanan lain rata-rata harga RM5.00 sepinggan..

    ReplyDelete
  2. alangkah bagusnya kalau kantin hospital batu pahat juga murah begini :-((

    ReplyDelete
  3. yg jual mahal tu (kalau bukan kerana kos sewa dll yang tinggi) ... sengaja nak untung lebih?

    ReplyDelete
  4. Di Kuala Lumpur ni susah nak cari makanan yang berharga murah dan rasanya sedap. Mungkin ada, tapi kakcik tak jumpa. Kalau mahal dan tak sedap, selalu juga jumpa...

    ReplyDelete
  5. mmg murah mknan kat kedah ... mana nk dpt belah KL ni mee bandung RM3.00 ...maunye RM4.50 ke atas dah ...mkn nasi campur kat kedah tak mcm mkn kat belah sini .....

    ReplyDelete
  6. Betul tu....disesetengah tempat masih ada makanan dan minuman yang dijual murah...semoga murah rezeki peniaga itu.....

    ReplyDelete
  7. Betul tu....disesetengah tempat masih ada makanan dan minuman yang dijual murah...semoga murah rezeki peniaga itu.....

    ReplyDelete
  8. Hujung bulan Februari lepas masa dak Adik masuk hospital, saya tak pernah pulak pergi ke kantin hospital sebab jauh.. beli je dekat cafe yang terdekat tapi tak dapatlah harga macam yang JR dapat tu..

    ReplyDelete
  9. Murah sangat tu Jay.. kalau area JB ni, rata2 masakan mee dah RM5 ke atas.. mee pun sikit jeeee..

    ReplyDelete
  10. Dimelaka pon dah susah nak dapat mee atau nasi goreng dgn harga rm3 yg paling murah sy pernah pon rm4.50

    ReplyDelete
  11. kalau kat UTHM tu sy pon pernah makan situ. memang murah. waktu malam lepak kedai depan uni tu pon mmg murah. ramai pelajar lepak situ. ye rm2.50 sepinggan

    ReplyDelete
  12. kalau makan di KL ni lagi berganda-ganda terkejutnya..hehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....