»

24 April 2015

Jemputan Sebuah Anugerah


Petang kelmarin JR terima jemputan menghadiri Majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Sultanah Asma, Alor Setar:


Tak sia-sia usaha bersungguh-sungguhnya Sha dalam peperiksaan PT3 tahun lepas bila dia dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Cemerlang sekolahnya tahun ini. Walaupun cita-cita Sha untuk memperolehi 10A dalam peperiksaan PT3 2014 tak kesampaian tapi kejayaannya mendapat 9A 1B untuk sebuah  "peperiksaan yang paling sukar dalam sejarah Tingkatan Tiga Malaysia" (memetik kata-kata seorang tokoh pendidikan yang pernah JR baca dalam sebuah akhbar) sudah memadai.

Kata Sha tahun ini cuma sekitar 30 orang saja penerima Anugerah Cemerlang sekolahnya iaitu untuk mereka yang mendapat 10A, 9A dan 8A dalam peperiksaan PT3 tahun 2014. Tahun lepas penerima Anugerah Cemerlang sekolahnya seramai 122 orang iaitu untuk pelajar yang mendapat straight A's dalam peperiksaan PMR 2013.

                                                                     Sha

Insyaallah hari Isnin nanti JR dan isteri akan hadir meraikan Sha dalam majlis anugerah yang diadakan di dewan sekolahnya yang akan turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Hadiah-hadiah akan disampaikan oleh puteri tunggal DYMM SPB Yang Dipertua Agong, Tuanku Puteri Intan Safinaz (baginda juga bekas penuntut SMK Sultanah Asma).

Tahniah Sha..
 

7 comments:

  1. tahniah Sha..semoga mendapat result yg cemerlang juga utk SPM th depan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Sha. Teruskan kecemerlangan dalam langkah yang seterusnya... :)

    ReplyDelete
  3. Majlis macam ni selalunya saya suka pi awai sebab tak mau miss ucapan pengetua dan perasmi.

    Time-time gini, ucapan MB Kedah memang dinanti....

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat Sha.. teruskan kecemerlangan.. ;)

    ReplyDelete
  5. tahniah sha...semoga terus cemerlang dunia dan akhirat ..amin... :-))

    ReplyDelete
  6. Tahniah Sha.. Tahniah juga Jay dan wife

    ReplyDelete
  7. nilah majlisnya ya...

    tahniah Sha.semoga terus maju jaya

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....