Sejak filem Fast & Furious 7 (Furious 7) dalam pembikinan lagi, JR dah memasang angan-angan untuk menontonnya di pawagam. Dan seperti biasa kalau pergi pawagam, JR mesti diiringi oleh bodyguard yang diketuai isteri dan anak-anak lelaki dan perempuan.
Mengapa JR nampak macam teruja nak tengok filem Furious 7?
1) Sudah ikuti siri Fast & Furious sejak siri 1 lagi, sama ada melalui pawagam atau video. Memang sejak siri 1 lagi, Fast & Furious sentiasa menjadi filem aksi hebat yang tak mengecewakan. Sekurang-kurangnya bila berada dalam panggung menonton filem itu akan terlupa sekejap realiti dunia dan manusia yang sangat kejam di luar panggung.
2) Suka dengan aksi selamba hero filem ini, Paul Walker. Dan bila Paul Walker meninggal akibat kemalangan pada 30 November 2013 ketika Furious 7 baru separuh siap, semangat untuk melihat kesinambungan seterusnya filem ini semakin membuak-buak.
3) Faktor James Wan, pengarah Furious 7 yang berasal dari Malaysia (Sarawak) juga menarik JR untuk menonton Furious 7. Malah sebahagian besar filem yang diarahkan oleh James Wan, JR tak lepas untuk menontonnya. Ia termasuk The Conjuring, Insidious, Insidious Chapter 2, Annabelle dan beberapa siri filem Saw yang sangat mengerikan itu.
4) Filem arahan pengarah Hollywood berasal dari Malaysia ini sentiasa menjadi box office, termasuk Conjuring, Insidious dan kini Furious 7. Untuk Furious 7 dengan bajet US$190 juta, kini filem itu telah mendapat kutipan US$510 juta walau baru seminggu berada di panggung. Tak sia-sia 230 kereta dijahanamkan demi untuk memuaskan hati pengarah James Wan kerana kutipan balik yang diperolehi sangat-sangat berbaloi!
Dan tengahari tadi, JR bersama anak lelaki, Faez yang kebetulan baru balik bercuti semester dan anak perempuan, Sha pergi ke panggung untuk tempah tiket. Cita-cita kami nak tengok Furious 7 malam ini.
Ingatkan bila dah seminggu Furious 7 ditayangkan orang dah tak ramai lagi menontonnya. Tapi jangkaan kami meleset. Bila sampai saja ke panggung, alamak..tengok ramai pula yang beratur....
Dan bila sampai giliran di depan kaunter tiket, penjual tiket beritau semua 18 tayangan Furious 7 hari ini tiket dah sold out. Tu dia hebatnya penangan Furious 7, hebatnya penangan James Wan, hebatnya penangan gambir Sarawak!!! Semua tiket habis.
Penjual tiket itu cadangkan kami menonton tayangan esok yang masih ada sedikit kekosongan. Akhirnya terpaksalah kami menempah untuk tayangan esok.
Penjual tiket itu cadangkan kami menonton tayangan esok yang masih ada sedikit kekosongan. Akhirnya terpaksalah kami menempah untuk tayangan esok.
6 keping tiket + GST lagi + entertaiment tax (E-Tax) pula, tapi demi Furious 7 hangus lebih kurang RM100 terpaksa pejam mata....
hebat sampai ada yg menonton 2,3 kali
ReplyDeleteSaya nak tengok semalam tadi tak jadi...
ReplyDeletetak tgk lagi ... tgu dvd je la .. hehhe
ReplyDeletebukan minat filem Fast n Furious ni..tapi kalau tayang kat TV layankan je.teruja nak tunggu Avengers - age of Ultron je
ReplyDelete