»

02 April 2015

Dr Mahathir Yang Ku Kenali


Masa JR masih  bersekolah dulu aruah ayah selalu bercerita tentang Che Det nama panggilan manja Dr Mahathir bagi orang Utara. Walaupun Che Det @ Dr Mahathir tinggal di Alor Setar dan ayah tinggal di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, tapi nama Dr Mahathir selalu diulang aruah ayah. 

Cerita yang selalu ayah ulang entah berapa puluh kali ialah kejayaannya bersama pemimpin-pemimpin kecil Umno peringkat bawah membawa Dr Mahathir datang ke kampung kami untuk berceramah selepas Dr Mahathir dipecat oleh Umno. Dr Mahathir dipecat Umno selepas dia selalu mengkritik Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman yang dianggapnya sebagai pemimpin lemah.

Kata ayah mereka berjaya membawa Dr Mahathir berceramah di sebuah sekolah agama kampung kami.  Kalau tak silap peristiwa itu berlaku pada tahun 1969 atau 1970. Kejayaan membawa Dr Mahathir dengan pidato berapi mengkritik Tunku Abdul Rahman di hadapan beribu orang adalah satu kejayaan bagi ayah yang cuma seorang aktivis Umno di peringkat kampung.

Bila kemudiannya Dr Mahathir jadi Perdana Menteri dan bila ada orang sebut nama Dr Mahathir, kisah sama sering diulang ayah. JR sendiri seperti dah hafal plot cerita ayah, walaupun JR tau kalau jumpa Dr Mahathir, dia mesti tak ingat lagi nama ayah!

Bila JR kahwin pula, kebetulan rumah ibu bapa isteri terletak tak jauh dari rumah kelahiran Dr Mahathir (cuma 300 meter). Sekali lagi bila pergi ke rumah mentua, sesekali terkeluar juga cerita tentang Dr Mahathir. Cerita yang paling popular ialah bagaimana satu hari Dr Mahathir yang ketika itu seorang doktor yang ada klinik dekat Pekan Rabu datang sendiri ke rumah datuk kepada isteri JR. Dr Mahathir datang ke rumah datuk kepada isteri JR yang terletak di sebelah rumah mentua untuk merawat bapa saudara isteri yang sakit. Perkara yang keluarga isteri JR paling tak dapat lupakan ialah bila Dr Mahathir enggan menerima bayaran rawatan - perkara sama yang dilakukannya ketika merawat golongan berpendapatan rendah yang lain.

Kerana selalu terdedah dengan cerita Dr Mahathir, JR menjadi salah seorang pengkagumnya. Idea-idea luar biasa Dr Mahathir, walaupun kadang-kadang nampak macam idea gila tapi akhirnya berjaya diterjemahkannya menjadi kenyataan (seperti pembinaan Putrajaya, projek PLUS, LRT, KLCC, Petronas Twin Tower dan lain-lain).

Dan sebab masih meminati Dr Mahathir, blog Dr Mahathir (Chedet) menjadi sebahagian dari bloglist JR. Bila saja ada entri baru dari Dr Mahathir keluar, JR tak pernah terlepas membacanya. JR suka gaya penulisan Dr Mahathir yang gunakan ayat pendek-pendek dan santai. Kadang-kadang Dr Mahathir tulis dalam Bahasa Inggeris dan kadang-kadang dalam Bahasa Melayu dengan gaya yang sama - ayat pendek-pendek dan santai.

Beberapa bulan kebelakangan ini tulisan Dr Mahathir nampaknya hanya berkisar mengenai kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Tulisan Dr Mahathir hari ini contohnya adalah antara tulisan paling pedas mengkritik Datuk Seri Najib. Kalau korang nak tau apa yang ditulis oleh Dr Mahathir hari ini, bacalah entrinya Umno Dan PRU 14. Banyak yang dikatakan oleh Dr Mahathir dan kesimpulannya:


Kerana sekarang ini ramai sangat orang yang kena tangkap kerana mengkritik Perdana Menteri, kadang-kadang JR terpikir jika Dr Mahathir sendiri kena tangkap bagaimana? Bayangkan seorang tua berusia 90 tahun terpaksa meringkuk dalam lokap, betapa kesiannya....

6 comments:

  1. andai tun kena tangkap..rusuhan besar besaran lah rasanya...yan rasa walaupun tun dah tak jadi pm..tapi rakyat masih sayangkan beliau lebih dari pm skarang...

    ReplyDelete
  2. banyak yg dikomen Tun mengenai PM sekarang...saya baca kat blognya..

    ReplyDelete
  3. pemimpin berkarisma yg sukar dicari ganti.

    ReplyDelete
  4. mengkritik bukan sebab benci, tapi sebab sayang..tapi kat Malaysia ni kalau tegur dikata menentang..

    apa-apa pun Tun M adalah perdana menteri Malaysia yang akan dikenang sepanjang zaman

    ReplyDelete
  5. sy suka kepimpinan tun wlau ada org x brapa sukakn dia.

    Eh...bangsa lain yg keja kt company ni pon suka kepimpinan tun siap beli buku tun baca lg

    ReplyDelete
  6. Mahadhir yang dikagumi...lantang dan tegas...tak memilih bulu...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....