Ketika menaip ni JR sedang bersiap-siap nak ke masjid untuk solat Jumaat.
Minggu lepas ketika lepas solat Jumaat beberapa orang jemaah kelihatan tertinjau-tinjau di tempat kasut. Bila ditanya rupanya kasut mereka kena kebas. Agaknya masa orang sedang solat Jumaat ada geng tak solat yang melakukan operasi kebas..
JR juga pernah hilang selipar di masjid yang sama. Tapi JR rasa kehilangan itu bukan kerana curi, tapi tertukar selipar. Mungkin ada orang yang mengambilnya secara tak sengaja kerana menyangka selipar JR adalah miliknya. Lagi pun selipar yang hilang itu bukan jenama terkenal dan dah buruk pun. Tak kan ada yang sengaja kebas selipar buruk pula.
Ada beberapa tips bagi mengelakkan kasut atau selipar korang hilang di tempat keramaian termasuk di surau, masjid, rumah kenduri dan lain-lain. Antaranya letakkan sebelah kasut atau selipar itu di tempat yang berbeza dengan sebelah lagi kerana pencuri tak akan mengambil cuma sebelah kasut atau selipar saja.
Tapi ada satu lagi tip yang menarik juga untuk dicuba. Apa kata kalau nak ke tempat keramaian termasuk masjid dan surau kita pakai selipar yang bertanda seperti ini:
Selamat mencuba!
hihihi pencuri tu tak tahu dosa JR.. dia tahu curi jer :)
ReplyDeleteKalau pencuri tu takut dosa dia tak jadi pencuri la Jay.. die tak curi slipper yg macam ni sebab tak cantik jek.. kekekekk :p
ReplyDeleteSaya ada 1 pengalaman manis tentang hilang selipar di masjid ni dan entri ni dah bagi saya satu idea untuk kongsi pengalaman saya, minggu depan saya publish... huhuhu
ReplyDeleteidea yg bagus tu ... bila masuk masjid jgn fikir brg hilang . nanti jadi betul2 hilang ...
ReplyDeletehubby yan selalu pakai selipar buruk pi masjid:-))
ReplyDeletemasalahnya main sarung je kasuttu..x baca pun..tapi ada elemen kelakar eheheh
ReplyDelete