»

22 March 2015

Tips Halau Tikus Dari Rumah


Rumah korang banyak tikus tak? Rumah JR memang banyak tikus. Maklumlah rumah kampung di sebelah bendanglah katakan. Kalau habis musim menuai tikus yang bersarang dalam bendang akan cari rumah berdekatan untuk dia buat sarang. Dan rumah JR adalah yang terdekat.. buka tingkap dapur dah nampak sawah!

   Bendang belakang rumah JR sekarang kering kontang akibat kemarau panjang. Kalau musim padi sedang masak di sinilah tempat tikus berkubang mencari rezeki...

Mujur juga JR ada bela 2 ekor kucing yang rajin buru tikus. Yang tak seronoknya kadang-kadang kucing-kucing itu suka gonggong tikus yang dibunuhnya di luar rumah untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Agaknya mereka nak suruh JR dan isteri buat rendang kicap kot??

Kalau ikut tips dan petua untuk halau tikus, macam-macam tip dan petua yang JR dah cuba. Bila ada yang kata ubat gegat boleh menakutkan tikus, JR pun cuba. Tapi tengok ubat gegat tak berkesan pun untuk halau tikus. Racun tikus juga sentiasa ada di rumah, walaupun berkesan tapi selalunya ia berkesan untuk 2 kali saja. Tikus binatang cerdik, biasanya bila racun dimasukkan untuk kali ketiga mereka tak ambil lagi umpan yang dipasang. Yang tak seronoknya tentang racun tikus ialah kalau tikus mati atas siling baunya semerbak dalam rumah berhari-hari..

Tadi JR baca ada beberapa tip lagi untuk halau tikus. Sesetengahnya seperti tabur lada hitam di tempat tikus selalu datang boleh dicuba sebab mudah saja nak cari lada hitam. Begitu juga guna tangkai dan buah jering, buah itu  boleh dibeli di pasar malam. Boleh cuba juga.
 
Jika rumah korang pun ada tikus, korang boleh cuba salah satu dari 8 cara di bawah ini:

7 comments:

  1. halau orang yang dok rmh lama sgt ada x. hhehe

    ReplyDelete
  2. betul tu JR..tikus ni cerdik...sekali dua depa terkena..lama2 depa jd lali dah...

    ReplyDelete
  3. rumah yan pun banyak tikus...kadang2 kalau roti terlupa sangkut..memang kena buang lah jawabnya...coz ada kesan ggitan tikus

    ReplyDelete
  4. bestnya rumah dekat dgn bendang..tapi yg tak bestnya tikus lak yer..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Ada kaedah moden halau tikus menggunakan teknology gelombang bunyi ultrasonik. Ia selamat digunakan kerana tiada bahan kimia. Coma ia keluarkan bunyi bising yang disetkan frekuensi supaya hanya didengar oleh tikus dan makhkluk seangkatan dengannya.

    Untuk info lanjut atau tempahan boleh cari kat Facebook alat halau tikus ultrasonic atau hubungi 011-18528271

    ReplyDelete
  6. Tq cik atas infonya. Boleh saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk mengatasi masalah ni sekiranya cara2 lain yang digunakan tak berkesan. Produk menarik yg saya lihat di internet.
    Boleh cuba satu produk menghalau Tikus dari Jepun ni. Produk "Rat Repellent". Produk ni bila letak akan mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus menjadi tak selesa dan segera lari.
    Yang Penting bukan saja murah dan mudah, tapi tak menyeksakan binatang & Tak Perlu Berhadapan dengannya. Produk ni ada saya nampak di website ni

    www.tenringgitshop.com

    Selamat mencuba & Harap2 selesai masalah semua. Tq

    ReplyDelete
  7. Haahkan..xkan baca je..komen komen komen komen komen komen

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....