»

23 March 2015

Selamat Ulang Tahun Ke-20 Si-Buta Hati!!


Nak kata mereka buta, jalan laju aje...sah mata tak buta!
Nak kata mereka pekak, bila ditegur menyahut... sah telinga tak pekak!
Habis jenis apa mereka ni, buta bukan, pekak bukan, tapi masih buat bodoh dan tak peduli. Agaknya mereka buta hati?

Hari ini 23 Mac 2015, genaplah 20 tahun fatwa mengenai pengharaman merokok yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Pada 23 Mac 1995 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam:


Tapi sapa peduli dengan fatwa merokok haram di sisi Islam? Di mana-mana masih nampak asap rokok berkepul-kepul menyesakkan nafas golongan non-smoker yang tak berdosa.  Berbeza dengan pegang anjing, ramai yang jijik walau pegang anjing tak pernah pun difatwakan haram. Tapi merokok yang haram ada di mana-mana, di luar tempat suci umat Islam bersolat pun ada yang merokok....

Pernah tengok imam surau dan masjid hisap rokok di luar masjid/surau... Apa ke hey ni tuan imam, macam tak paham hukum agama pulak? 20 tahun dah tuan aji, bukan 20 hari atau 20 bulan fatwa merokok haram tu keluar. Awat la buat tak paham-paham, ketegaq sungguh!!

*Ketegaq - loghat Utara bermakna sangat degil.

13 comments:

  1. Di luar masjid ada papan tanda tentang merokok itu haram, tapi di tepi papan tanda itulah ada yang merokok dengan 'nikmatnya'... :(

    ReplyDelete
  2. sekarang ni yg perempuan pun sama galaknya merokok...

    ReplyDelete
  3. biasa tu bang JR, orang2 tua lepak kat surau sambil berlumba lepaskan asap.

    *hmm, dah sebulah setengah saya tak merokok. yes!

    ReplyDelete
  4. quran x kata haram katanya ... agaknya la kot .

    ReplyDelete
  5. kalau tanya orang tak hisap rokok apa hukum merokok..-haram..
    kalau tanya orang merokok apa hukum merokok- makruh..

    jadi cemana depa nak sedar..heheheh

    ReplyDelete
  6. Tiada sensitiviti bila mereka berada di tempat orang yang tidak merokok..
    Kelmarin saya terkena di kenduri kahwin.
    Dah habis makan, kalau nak merokok, keluarlah dari khemah tempat makan tu.. kalau dah biasa sekali pun lepas makan buat macam tu, tapi dalam situasi kenduri, janganlah buat situasi macam dekat rumah.. gggrrrr..

    ReplyDelete
  7. kita teruskan berdoa...
    moga mereka dikurniakan hidayah...berubah utk berhenti merokok...

    ReplyDelete
  8. depa suka bagi makan asap tu kat jin....
    depa suka bakar duit...
    marah sungguh jr kali nie..kita doa sama2 moga mereka dberi hidayah

    ReplyDelete
  9. Depa suka bakar duit pastu bakar paru2 depa...

    ReplyDelete
  10. rasa beruntung sebab saya tidak merokok. sayangnya 2 dari anak saya adalah perokok...

    salah siapa?

    ReplyDelete
  11. Sy mmg anti..lg2 tgk org berkopiah jd imam solat hisap rokok...mcm...ermm..

    ReplyDelete
  12. bole gaduh besar kalau tegur perokok2 bab ni..

    ReplyDelete
  13. Susah nak habaq JR.. depa ni memang ketegaq sungguh.. abg Dan Adik CH pun perokok.. kekadang selamba jer halau Jauh2 Kalau nak merokok..
    Dulu en suami perokok, tapi CH bagi syarat Kalau nak kahwin dgn CH sila berhenti merokok.. ;)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....