»

13 March 2015

Selamat Hari Lahir Fitri!


Masih ingat ketika ibu mengandungmu, kau paling nakal ketika berada di dalam rahim ibu. Tendangan ala-kungfumu kerap menyebabkan ibumu terkejut. 

Dan di hari-hari akhir sebelum kau menjenguk dunia, lebih kurang seminggu ibumu menahan sakit di hospital. Walau sudah ada tanda-tanda kelahiran, ada bukaan, tapi kau begitu degil untuk keluar dari rahim ibumu. Mungkin kau ketika itu seronok berada dalam kedamaian rahim, belum bersedia menjenguk sebuah dunia luar yang pastinya sangat kejam...

Dan akhirnya selepas beberapa hari berada di hospital pada 13 Mac 1994 kau pun selamat dilahirkan...

Masa kecil kau memang anak yang degil. Pernah juga tangan ini terlepas hinggap di badanmu kerana kau kerap tidak mendengar kata dan kekadang bersikap seperti pemberontak. Apa pun yang dikata kau selalu buat indah tak indah, tak peduli, kau seperti mencabar kesabaran seorang ayah!
                                    

                                        Fitri ketika berusia 6 tahun

Bila memasuki zaman sekolah, kau hanyalah pelajar biasa. Jika abangmu dalam UPSR mendapat 5A, kau cuma mampu mendapat 2A 3B. Kerana keputusan UPSR yang kurang baik itu cita-cita kami ibu bapamu untuk kau mengikut jejak abangmu dan kemudian 2 adikmu belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid - sebuah sekolah menengah di Alor Setar yang berjaya melahirkan beberapa tokoh  terulung Malaysia (termasuk Tunku Abdul Rahman dan Dr Mahathir) - tak tercapai.

Dalam PMR juga kau sekali lagi gagal mendapat yang terbaik. Jika abangmu mendapat 7A 1B, kau cuma mampu mendapat 4A dan selebihnya campuran B dan C.

Ketika kau di Tingkatan 4 ayah melakukan pelbagai perkara untuk motivate kau agar melupakankan mimpi ngeri yang cuma mendapat keputusan suam-suam kuku saja dalam UPSR dan PMR dan lebih bersedia untuk SPM tahun berikutnya.

Ketika di Tingkatan Lima kita  pernah bertelagah kerana kau enggan pergi kelas tuisyen seperti yang ayah minta. Kata kau cukuplah pergi tuisyen untuk UPSR dan PMR, habis duit saja pergi tuisyen yang tak membantu mencapai kecemerlangan yang boleh membanggakan ibu bapa. Kau kata kau akan buktikan tanpa pergi kelas tuisyen pun kau mampu dapat keputusan lebih baik daripada mereka yang pergi tuisyen.

Walaupun ayah marah pada mulanya dengan kedegilan kau, tapi akhirnya ayah menghormati dan terima cabaran kau untuk berjaya tanpa bantuan kelas tuisyen.

Dan akhirnya dalam peperiksaan SPM 2011 kau telah membuktikan kau tak seteruk mana. Tanpa pergi kelas tuisyen pun kau berjaya mendapat 7A 2B. Kau telah dipilih sekolah sebagai pelajar keempat terbaik dalam SPM 2011. Kau telah membuktikan cabaran kau enggan pergi tuisyen itu betul!!


Kini kau dalam tahun akhir Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM - bidang yang kau minati sejak kecil. Kau sekarang sudah dewasa dan kedewasaan itu menyebabkan kedegilan di peringkat kanak-kanak tidak lagi kami temui setiap kali berada di sisimu.




Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Selamat hari lahir ke-21 Fitri Amri, semoga Allah mempermudah dan merahmati perjalanan masa depanmu...

11 comments:

  1. Selamat hari ulangtahun kelhiran anakanda. Semoga perjalananmu lancar menuju ke puncak cita-cita... :)

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum jr..slm jumaat...cemerlang ank2 jr yer..tahniah fitri kernaberjaya sahut cabaran ayh....

    selamat ulang tahun fitri...semoga hari2 mendatang fitri bertambah matang dan diberi kan kesihatan yg baik2...

    tulang keting jr dah sembuh belom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sakit tu bukan tulang keting tapi urat keting. Belum baik 100%, kalau sakit sangat kena telan paint killer...

      Delete
  3. selamat hari jadi Fitri..teringin nak suruh ayah saya buat ulasan macam ni tentang saya sebab saya pun nakal dan rebel jugak.hehehe

    ReplyDelete
  4. Anak-anak kita tak semuanya sama karektor walaupun dari rumpun yang satu...

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir buat Muhd Fitri Amri.
    Moga sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir Fitri.

    Nakal-nakal waktu kecik tu biasalah. Kalau dah besar, dah ok tu, kira ok la didikannya tu. :-)

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir untuk anakanda tercinta. Semoga sentiasa dirahmati-Nya. Berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  8. mcm2 kerenah anak . sudahnya , mak pak gak kena mengalah ... selamat hari lahir fitri .

    ReplyDelete
  9. hai fitri....mintak kat ayah moto besar sbg hadiah besday k :-)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....