16 March 2015

Kesian Kakitangan Kerajaan!!


Kebanyakan keluarga terdekat JR dan isteri bekerja di sektor awam. Kebanyakan kerja makan gaji dengan gomen. Dari paling tinggi seorang Timbalan Pengarah sebuah Jabatan hingga paling rendah seorang atendan hospital (Pembantu Perawatan Kesihatan - PPK), mungkin Allah sudah takdirkan kebanyakan kami kerja sebagai kakitangan kerajaan.

Ada orang kata kerja dengan kerajaan best kerana cuti banyak, senang dapat pinjaman, kerajaan tanggung semua bill rawatan kesihatan, bila bersara dapat pencen sampai mati (kalau mati pencen itu dapat kepada isteri dan anak-anak pula), susah kena pecat walau kerja macam kura-kura tua, etc..etc..etc..

Tapi satu hakikat kerja dengan kerajaan ialah gaji tak sebanyak mana. Masa JR muda-muda dulu kalau ada ijazah dengan Hons, kerja dengan kerajaan gaji pokok masa tu baru sekitar RM800, kalau kerja dengan company dapat berganda. Itu zaman 1980an, sekarang kalau graduan universiti masuk kerja kerajaan dapat gaji permulaan sekitar RM2,000++ di bawah  gred 41. Tapi gaji RM2,000 sekarang tak boleh dibandingkan dengan gaji RM800 dulu, dulu nasi lemak sebungkus baru dua kupang (20 sen), sekarang RM2.00, teh ais dulu cuma 5 kupang (50 sen), sekarang antara RM1.20-RM1.60). 

Sekarang kalau kakitangan kerajaan gred rendah, contohnya Pembantu Am Rendah (dulu office boy), Pembantu Perawatan Kesihatan (dulu atendan hospital), pemandu dan sebagainya gaji pokok permulaan sekarang baru sekitar RM800++. Kalau tinggal di bandar besar sepertu KL, Johor Baru, Pulau Pinang memang sakitlah dengan gaji sebanyak itu sekarang. Duit sebanyak itu campur sedikit elaun cuma lepas untuk sewa rumah, ansuran kenderaan...dan makan kena catu!

Dan ini keluhan kakitangan kerajaan yang agak menyayat hati, 3 keluarga terpaksa kongsi satu rumah kerana gaji kecil:


6 comments:

  1. Tinggal di bandar besar, gaji 2 ribu tidak cukup nak menampung keperluan hidup. Bukan tak bersyukur tapi itulah realiti keadaan kebanyakkan dari kita semua.

    ReplyDelete
  2. Dl penah jiran rekemen keja gov zaman 10 thn lps...gaji dlm 450 kot x salah.kontrak.bl pikir duit mkn duit tambang bas trus x jd.

    bdk graduate trainee keja kt kilang ni purata gaji 2500 ke 4000 ikut keputusan ms degree depa.klau kputusan 3.5 so gaji 3500

    ReplyDelete
  3. ayah yan dulu askar tahun 80an - 90an ... memang gaji kecik masa tu..dalam rm3 ratus lebih je masa tu....kerja kerajaan nampak senang..tapi terikat..

    ReplyDelete
  4. arwah paka saya pun pencen askar.
    feel free to visit and follow superbchombi.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. itulah hakikatnya sebenar kakitangna kerajaan..bila ada GST nanti tak pasti lah boleh survive ke tidak huhuh

    ReplyDelete
  6. Jangankan gred 11, gred 17 macam saya ni pun sengsara jugak nak tampung sara hidup dekat KL ni. Kerja bagai nak rak, tak dapat apa-apa advantage pun. Sudahnya, tak kan la kita yang muda ni nak ikut otai-otai yang dah give up tu pergi lepak mengeteh berjam-jam kat kafetaria. Tu, ramai yang dah fed up tu lah yang gi buat perangai lepak berjam-jam.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....