15 March 2015

Bila Isteri Nak Mengandung Sekali Lagi Ni???


Hari Jumaat lepas tertonton segmen 'Tanyalah Uztazah' di TV9. Topik perbincangan mengenai merancang keluarga. Kata Dr ustazah yang jadi hos segmen itu (tak ingat pula nama ustazah bergelar doktor itu), jarak isteri mengandung dari kelahiran sebelumnya seeloknya lebih 2 tahun supaya anak pada usia 3 tahun baru dapat adik baru.

Teringat JR dan isteri, kami tak reti merancang keluarga. Waktu subur ke waktu tak subur ke tak ambik kisah, anak-anak kebanyakannya lahir setahun seorang. Masih hisap susu ibu, baru saja nak belajar berjalan, dah dapat adik baru... Baru saja Fitri berusia 3 tahun dia sudah ada 2 adik - Fahmi 2 tahun dan Farhan 1 tahun. Bila berjalan orang selalu tanya: "Kembar ke..?"

Rezeki apa nak kata kan.....

Anak-anak no.2 hingga no. 6 bersama isteri. Anak sulung tak ada dalam gambar ini.. Kebanyakan mereka (anak no. 3, 4 dan 5) lahir setahun seorang. Tak reti merancang keluarga!


Hanya anak no.1 dan anak no.2 jarak kelahiran mereka 3 tahun. Yang lain-lain jarak kelahiran kebanyakannya setahun seorang... kes tak reti merancang keluarga!

Masa mereka kecik-kecik memang pening kepala, dinding rumah jadi art gallery, barang tunggang langgang di ruang tamu, bilik tidur dan dapur perkara biasa. Jerit pekik dari pagi hingga malam dah jadi asam garam..

Kini rumah semakin sepi bila kebanyakannya tinggal di asrama menyambung pengajian...

9 comments:

  1. my kakak pun anak 6 . sepatutnya 8 . 1 meninggal dlm kandungan , 1 lagi gugur . pada awal tu merancang tapi lepas tu dia nekad terima je klu Alah nak beri rezeki kat anak krn anak lahir bersama rezeki ... dinding rumah masih lagi jadi art gallery ... heheheee

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulilah punya anak yg ramai..yan masih lom ada rezeki anak lagi :-(( ...beruntung punya anak yg ramai dan bijak..

    ReplyDelete
  3. betul...anak masa kecik jer bising..dah besar kita pulak terasa 'ketiadaan' mereka bila dah masuk U dan kerja:-)

    ReplyDelete
  4. rezeki jgn ditolak kan.... hehehe

    ada org tunggu lama nak dapat anak, tapi bro mudah je..Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. meriah ada anak ramai nie.. moga semuanya jadi org yg berguna..

    ReplyDelete
  6. syukurlah dikurniakan anak2 g ramai...murah rezeki tu...insya Alah akan jaga kita dikala tua nanti

    ReplyDelete
  7. x rugi anak ramai dan jarak tak jauh..kalau dh rezeki Allah nk beri x perlu nk rancang..syukur

    ReplyDelete
  8. bro JR nk ke isteri mengandung lagi heee

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....