17 March 2015

Spesies Suami Goyang Kaki


Kelmarin terbaca rungutan seorang isteri di FB tentang dirinya yang letih lesu bila balik dari kerja.  'Orang lelaki' (suaminya la tu kot..) balik rumah cuma tau goyang kaki. Perintah isteri buat itu buat ini, sang suami pula cuma duduk baca paper, tersenyum merenung gajet atau terlentuk depan TV.

Kadang-kadang macam tak percaya jika orang kata spesies suami macam ini masih wujud di planet bumi. JR bandingkan diri sendiri sebagai suami yang kerja hari-hari kemas bilik, kemas ruang tamu, basuh pinggan mangkuk, basuh dan sidai pakaian, bersihkan halaman rumah, hantar dan ambik anak di sekolah, bla bla bla...Memang senarainya kalau diperhalusi tak cukup satu muka surat kerja rumah yang perlu dibereskan oleh seorang suami bernama JR.

Bila bangun pagi pula JR yang bangun mendahului isteri. JR juga yang sediakan breakfast untuk anak-anak yang nak ke sekolah. Masa anak-anak masih kecil dulu JR juga yang streka pakaian sekolah mereka. Bulan puasa suami juga yang bangun pukul 4 pagi untuk panaskan lauk, masak nasi, buat air dan lepas semua siap terhidang atas meja baru kejutkan isteri dan anak-anak untuk makan.
 
Kerja isteri? Isteri juga banyak kerja. Walaupun pagi tak masak untuk anak-anak untuk ke sekolah kerana itu kerja suami, tapi kalau malam kerja isteri pula memasak. Sebagai wanita berkerjaya tak kan kita nak biarkan semua kerja dilakukan oleh isteri, sangat tak adil. Dia bersabung nyawa melahirkan setengah dozen zuriat sudah besar rahmatnya, bila suami ada peluang membuat kerja rumah buatlah seikhlasnya, buatlah sebanyak mungkin mengikut kepakarannya...

Yang menjadikan JR semakin tak percaya di zaman ini masih ada suami goyang kaki bila tengok jiran sebelah rumah juga sama seperti JR. Sentiasa nampak dia di luar rumah mencuci halaman, sidai pakaian dan bila berpeluang bersembang dia juga bercerita dia juga seperti JR banyak buat kerja rumah mengalahkan isteri. Rakan-rakan di pejabat juga lebih kurang sama - sangat membantu masa di rumah. 

Zaman isteri tolong sendukkan nasi untuk suami, tolong buat air dah jadi macam jenaka tak masuk akal di zaman ini. JR sendiri tak ingat bila kali terakhir isteri buat air untuk JR, bila kali terakhir isteri tolong sendukkan nasi untuk JR kerana segalanya JR buat sendiri. 

Jadi bila ada yang berkata zaman ini masih wujud suami spesies goyang kaki JR anggap ia cuma dongeng tak masuk akal, jenaka tahap wahid. Cuba tunjukkan bukti - ada lagi ke spesies itu di planet bumi?

Mungkin temberang cerita suami goyang kaki di rumah itu cuma wujud dalam drama TV yang majoritinya diciplak dari cerita yang tak berpijak di bumi nyata. Atau mungkin adalah juga cerita seorang dua suami berpura-pura OKU yang tangan dan kakinya malas berfungsi lalu semuanya mengharapkan isteri. 

Tapi kebanyakan suami sekarang  tak begitu, mereka lebih berdikari, mereka bijak gunakan tangan dan kaki sendiri, tak bergantung pada isteri lagi masa di rumah. Spesies bapa-bapa dan datuk-datuk zaman dulu yang hanya tahu perintah isteri mereka buat itu buat ini sambil goyang kaki hanya tinggal kenangan...

16 comments:

  1. mujur suami yan jenis tidak goyang kaki..suami yan jnis ringan tulang...sama2 wat kerja rumah..sama2 masak
    ..

    ReplyDelete
  2. Doa sy dpt suami yg mcm abg jr jgk. Mntk jauh la kalu dpt suami mcm dlm cite jr ni..huhuhu. Ade bukan xde.mcm mne nk kenal pasti laki tu akan rajin lpas kawen. Kalo tnjuk rajin bwlom kawen ni xleh cye...haha

    ReplyDelete
  3. Masih ada JR yg spesis suami yg goyang kaki.. kekadang kesian tengok isterinya.. saya lihat kawan saya sendiri.. kepenatan mereka sungguh kesihan.. kekadang ada juga spesis suami yg tolong bila dia rasa dia free ajer.. kalau tidak isteri lah tunggang langgang buat kerja sorang2.. namun begitu ada juga suami yg macam JR.. beruntung sungguh isteri JR... Suami CH kekadang ada juga membantu utk membasuh dan menyidai kain.. tapi bab masak jarang sangat dia melakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pandai sangat masak, kecuali breakfast utk budak2 yg biasanya cuma berasaskan roti - roti telur, roti bakar, sandwich... Sebab tak pandai sangat masak bab kemas bilik, kemas ruang tamu, basuh pinggan mangkuk, cuci pakaian dan sidai pakaian jadi kepakaran saya, hehehehe...

      Delete
  4. Setuju dengan JR. Saya sendiri pun banyak lakukan tugasan rumah sendiri-sendiri je tanpa perlu menyusahkan isteri. Ada masa isteri bantu saya, ada masa saya pulak bantu isteri. Rasa tak patut pulak bila isteri bekerjaya terpaksa melayan kerenah suami seperti anak-anak kecil.

    Bila dah dua-dua bekerjaya ni, suami pun perlu bertolak ansur juga kena faham penat lelah isteri yang bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sama-sama berkerjaya kita lebih memahami pasangan, lebih memahami erti penat dan rehat...

      Delete
  5. Isteri JR untung dapat suami yg rajin dan tak berkira kederat mcm JR....itulah yang semestinya dalam hidup bersuami isteri segalanya berkongsi...susah senang...bertolak ansur...

    Tapi masih ada segelintir suami yang masih goyang kaki ni JR...bunda boleh bagi contoh orang terdekat bunda...yakni suami kpd adik bunda sendiri...

    Tahu merintah jer...kain baju londeh tepok kat situ jer tak reti nak sidai..makan minum secawan pun tak reti buat sendiri...kalu isteri tu hilang dimata jap...g lepak umah bapak...sembang2 adik beradik pun mai cari ajak balik...lapaq konon...benda semua dah ada cumanya semua nak beridang dan beradap...

    Anak dah 7 orang pun perangai tak berubah...silap sikit nak marah2...dahlah duit tangan untuk adik tak bagi...nak beli apa2 pandai2lah sorok2 buat jual kuih..upah jahit baju...sian adik bunda tu tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada rupanya spesies macam tu... saya ingat tak ada lagi!

      Delete
    2. Bunda , ya betul memang ada jenis yg tak dapat pelajaran utk hidup berdikari, semuanya isteri..dayus kalau buat kerja isteri..katanya. Jenis.lelaki egonya tinggi , ego tak kena gaya.

      Delete
  6. JR, suami yg beriman tidak akan buat isteri macam hamba. Tapi yg jadi masalahnya bila ibu mertua pun anggap hal2 rumahtangga memang tugas hakiki seorang isteri dan suami perlu dilayan bagaikan raja.
    Tapi saya cakap padanya amat malanglah nasib org perempuan yg berkahwin ni...udahla duit pun kita contribute sama utk urusan rumahtangga tapi penat mengurus rumah kita sorang pulak. Banyak cantik!
    Tapi alhamdulillah kerana suami saya terdedah kpd pendidikan luar negara dan rakan2 ofis pun ramai wanita2 berkerjaya, dia tak expect saya jadi macam mak dia. Dia tak rajin membantu kerja rumah tapi dia pastikan kami ada maid.

    ReplyDelete
  7. saya tetap buat kerja rumah macam biasa..walaupun isteri tak galakkan

    ReplyDelete
  8. JM nak cari seorang suami yg rajin seperti bro JR kerana itulah tugas serorang suami yang sebenar bukan tugas isteri..tapi org lelaki skrg faham...kerja rumah itu keje isteri...suami x leh masuk campur...itu sbb timbul istilah goyang kaki...si isteri dah jadi seorang hamba serba serbi kena buat..itu sbb Allah belum temukan JM jodoh kerana JM ni kalau dapat suami goyang kaki lebih baik hidup sendirian

    ReplyDelete
  9. Kalau isteri nak bagi layanan 5-stars macam tu pun apa salahnya. Dapat pahalakan.

    Tapi si suami pula kena contohi Rasulullah s.a.w., semua kerja buat sendiri selagi mampu. Baju yang koyak pun Baginda jahit sendiri.

    Kalau ada si isteri yang dapat suami yang suka goyang kaki tu, fikir positif je la. Mungkin Allah nak bagi banyak pahala dengan cara melayan si suami. Tapi suami tak boleh pula ambil kesempatan...

    ReplyDelete
  10. hmmm..singgah baca..no komen..
    jom tukar link blog.tq

    ReplyDelete
  11. Masih ramaiiii yang jenis goyang kaki bukan takat kaki, termasuk tangan dan seluruh yang bole digoyang selagi bole... lepas perasaan skit.. tapi tak Nurul nafikan ade juga kalangan suami yang macam JR.. susah nak jumpa tapi wujud.. huhuu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....