»

24 March 2015

Hudud: Bodoh Ke Kita??


Setaip kali tertonton berita TV sejak minggu lepas hingga hari ini, berita paling panas ialah mengenai undang-undang hudud di Kelantan. Bila buka media sosial juga hudud adalah antara yang paling banyak dibincang walaupun JR rasa kebanyakan mereka yang komen itu seperti juga JR tak pernah baca pun enakmen hudud yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan. Komen pakai hentam aje!!

Dan bila seorang wanita bernama Aishah memperlekeh enakmen hudud kerajaan Kelantan, ramailah orang Islam naik angin. Semua orang termasuk JR berhak marah bila hukum Allah kelihatan cuba dipersenda, tak kira apa niat orang yang bercakap itu. 

Tapi ada pihak yang punyalah marah sampai ada yang ugut nak bunuh dan rogol Aishah! Ada pula yang buat laporan polis minta Aishah dihukum. Kalau tak silap setakat ini  sudah ada 8 laporan polis yang dibuat oleh beberapa NGO terhadap Aishah, walaupun Aishah sendiri sudah memohon maaf.


Tapi semalam di Parlimen ada seorang Menteri veteran yang komen hudud lebih teruk dari apa yang Aishah cakap:




Menteri ini kata hanya orang bodoh yang bercakap pasal hudud. Jadinya kerajaan Kelantan dan wakil-wakil rakyat dari Pas, Umno dan PKR yang menyokong hudud di DUN Kelantan adalah bodoh, ulamak yang menyokong hudud juga bodoh dan komen-komen di blog, facebook, twitter dan media sosial lain mengenai hudud adalah komen-komen bodoh! Malah kalau mengikut logik Menteri ini Aishah juga bodoh kerana dia membuang masa lakonkan video parodi mengenai hudud.

Sekarang JR sedang tertunggu-tunggu ada tak pihak-pihak yang berani ancam bunuh dan rogol Menteri ini seperti ugutan mereka untuk bunuh dan rogol  Aishah? Juga JR tertunggu-tunggu pihak-pihak yang berani buat laporan polis terhadap Menteri ini seperti mereka lakukan kepada Aishah. Juga JR nak tengok berita mengenai kecaman oleh Menteri ini terhadap hudud masuk berita TV tak?

9 comments:

  1. Isu Hudud ni complicated bila di Malaysia ni banyaknya membincangkannya secara emotional. Pada saya, ia mungkin menemui halangan apabila dibawa ke Parlimen seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90'an dulu. Sebabnya, mungkin ada pihak yang akan mengguna pakai Perkara 8 (1) di dalam Perlembagaan Malaysia yang menyentuh soal kesamarataan. Mungkin jugak la.

    Sebab tahun 1993 dulu pun lebih kurang macam ni jugak. Last-last habis gitu je bila dibawakan ke Parlimen.

    ReplyDelete
  2. kenapa 2 gambar akhir tak boleh view..?

    ReplyDelete
  3. CH tunggu dan lihat macam JR juga...

    ReplyDelete
  4. Kita tunggu dan lihat..

    ReplyDelete
  5. Harap menteri tu bertaubat, dan bawa belajar..berguru...baru keluarkan statement..

    ReplyDelete
  6. Rasa terkilan dengan gurauan Aisyah, lebih2 terkilan pula dengan kata2 menteri tu..

    ReplyDelete
  7. kite no komen lah...tengok je..

    ReplyDelete
  8. rasanya org yg menentang hudud ni takut sosial life mrk dan ahli keluarga mereka terjejas . bab periuk nasi tu , rezeki tu dr Allah bkn hudud ... alahai ... ermmmm

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....