Hampir setiap hari puteri tunggal JR itu merengek dalam telefon. Banyak cerita negatif dari positif. Minta simpatilah tu....
Masa kali terakhir jumpa dia Sabtu lepas di MRSM Merbok pun sebelum berpisah dia tanya, "Nak balik belajar kat SMK Asma boleh tak?"
Pikir sekali memang tak nak layan celoteh Sha. Lagi pun itu adalah pilihannya sendiri, JR dan isteri tak pernah paksa dia masuk MRSM. JR sebagai ayah dah buat research mengenai sekolah lamanya SMK Sultanah Asma dan MRSM Merbok, buat kajian perbandingan, kemudian beri pros and cons belajar di kedua-dua institusi itu, selebihnya dia sendiri perlu buat keputusan. Dan bila dia kata nak masuk MRSM, JR ikut saja walau dalam hati berkata di sekolah lamanya kalau dari segi akademik apa kurangnya dari MRSM.
SMK Sultanah Asma cuma terletak di belakang rumah kami, nak jalan kaki pun boleh (tapi sebagai ayah misali (hehehehehe) JR hantar dia ke sekolah dengan kereta). Kalau dari segi akademik memang SMK Sultanah Asma selalu muncul sebagai antara sekolah terbaik bukan saja di Kedah, tapi juga Malaysia, selalu mengharumkan nama Malaysia sebagai johan pancaragam peringkat dunia. Contohnya pencapaian SPM 2013, GPS (Gred Purata Sekolah) SMK Asma 1.78, lebih baik dari sebahagian besar MRSM (termasuk MRSM Merbok) yang pointernya melebihi 2.0 (pointer GPS semakin kecil, semakin baik). Maknanya kalau dari segi pencapaian akademik sekolah lamanya itu lebih baik dari kebanyakan MRSM.
Tahun ini juga SMK Sultanah Asma walaupun cuma sekolah harian, tapi ia muncul sebagai sekolah terbaik SPM 2014 Kedah, 19 pelajarnya dapat straight A's, lebih baik dari sekolah-sekolah berasrama penuh di Kedah..
Tapi dipersembahkan banyak fakta begitu pun, 2 hari sebelum tarikh lapor diri Sha telah buat keputusan nak ke MRSM. Katanya dia ke MRSM bukan untuk kecemerlangan akademik kerana jika untuk dapat kecemerlangan akademik semata-mata, SMK Sultanah Asma yang selalu kekalkan rekod cemerlang itu sudah mencukupi untuknya. Tapi katanya dia nak cari pengalaman hidup di luar rumah, pengalaman berdikari, nanti lepas SPM kalau masuk asasi atau metrik senang sikit dah ada pengalaman.
Tapi tengok apa sudah jadi baru seminggu berada di MRSM, hampir setiap hari dia merengek dalam telefon. Makan yang tak menepati seleralah, subjek yang dia minat tak ada dalam syllabuslah, cara belajar yang santai dan kurang mencabarlah, macam-macam..
Kelmarin JR dah pergi ke sekolah lamanya jumpa PK HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan tanya kalau Sha nak rujuk balik ke Tingkatan Empat SMK Sultanah Asma boleh tak?
Hanya 11 perkataan penuh makna dari PK HEM menjelas segalanya: "OK..boleh, no problem... Nanti mai sekolah, masuk kelas macam biasa"
Dan malam tadi lepas dia merengek untuk kali yang entah ke berapa, JR dan isteri buat keputusan untuk tuntut cerai dari MRSM dan merujuknya semula ke SMK Sultanah Asma.
Lepas ini JR dan isteri boleh tidur lena tanpa bermimpi dia datang dengan rengekannya lagi, hehehehe...
huhu..mcm mana tu..sapa xsyg anak kan...
ReplyDeletebagi saya tu lebih kepada rindu kat rumah..
ReplyDeleteAkhirnya...
ReplyDeletePernah mengalami perkara yang sama waktu anak masuk matrikulasi. Neneknya tak bagi layan... biarkan je. Lepas tu dpt Tesl.. (yg mmg diidam2kannya). Jadi keluar matrikulasi masuk Tesl. Kat Tesl pulak dia buat hal nak masuk matrikulasi balik. :D
ReplyDeletelaa...baru seminggu kat MRSM tu hehe...
ReplyDeletecuma satu yang yang saya terkenangkan. macamana agaknya kalau sikap merengek, serba-serbi tak kena, tak ikut selera ni terbawa-bawa ke alam pekerjaan. sebab biasanya soalan yang paling utama masa interview adalah "awak tak kisah ke ditempatkan di mana-mana?".
ReplyDeletedan kita semua sedia maklum jawapan yang common kan.
kat tempat saya kerja ni, selalu sangat dengar budak-budak baru merengek sampai menangis-nangis nak ditempatkan kat cawangan yang dekat dengan kampung, dengan bermacam jenis alasan.
hmm... sepatutnya mereka ni fikir dulu sebelum terima tawaran. dulu pun mereka isi borang (tulis surat) nak mintak kerja, bukan mintak tempat kerja.
hehehe. maaf, sekadar pendapat sahaja...
Anak anak saya masa sekolah memang tak mahu tinggal di asrama. Tapi bila masing masing dah belajar luarnegara buat hal nak balik konon susah nk cari makan halal lah. Tak best dok negara omputihlah. Ayah depa bagi lecture percuma selama sebulan. Hihihi..alhamdulilah dah nak tamat pun pengajian masing masing dan nak cari keje kt situ plak....kes tak kenal maka tak cinta
ReplyDeleteKenapa JR tak biarkan lama sikit...
ReplyDeleteMungkin dia homesick tu sebenarnya JR..
Ye la, baru seminggu
Satu lagi JR, pendapat peribadi saya sahaja lah..
ReplyDeleteRugi sikit keluar dari MRSM tu..
Sebab kalau jadi student MRSM, bila lepas SPM, mmg mudah dpt kan scholarship MARA.
Alahaiii...ingat siapalah yang bercerai tu.
ReplyDeleteHomesick kot sebab masa mula2 berpisah dengan keluarga saya sebulan pertama tiap2 hari menangis asyik carik pasal je dengan tenaga pengajar yg jaga kelas saya. Masa tu saya dah 18 tahun!
Kira untung dapat bapa macam JR ni. Tapi, dapat MRSM pun, kalau hati dah kat situ, susah jugak nak study nanti.
ReplyDeletealahai... homesick tu perkara biasa lah tu... tapi ingat tak pendapat saya dulu... kalau saya memang akan suruh dia belajar dekat ngan ibu bapa... anka pompuan ni sepatutnya dia dekat jer ngan mak bapak dia... dah kahwin dekattt je ngan suami dia... tu biasa lah kan...
ReplyDeleteSaya rasa itu adalah keputusaan terbaik.
ReplyDeleteRasanya, dia tak boleh lari dari 'tidur' celah mak berbanding celah kawan-kawan...
Dulu anak saya merengek nak balik negeri juga tapi saya selalu kata next year.Next year setiap kali sampai kesudah.Akhirnya dari form 1 sampai u sampai kerja dia tak balik negeri asal.Kesian pula.
ReplyDeletekesian sha...ank bongsu mmg manjanya begitulah...lg pun kalau anak2 depan mata senang dipantau...lbih2 lagi sha tak berapa suka nasi...mmg payah kalau dok asrama..
ReplyDeleteNasib baik mudah rujuk kat sekolah lama ye JR... Kalau cerai talak tiga payah tu hehehe
ReplyDeleteSemoga suksess ye sya wlpn dimana belajar..
Yesss... Yesss... Nurul suka! Welcome back Sha :D
ReplyDeleteMasa idah ada tak...? Hehehe...
ReplyDeleteMudah-mudahan akan terus cemerlang, walau di mana belajar sekalipun.