»

09 February 2015

Dapat RM30,000 Dari Shell..Alhamdulillah!!


Ketika berada di Hatyai, Thailand pada Sabtu lepas (31.1.15), JR terima mesej ini:  

 
JR ketawa guling-guling tengok mesej itu. Ia bukan mesej pertama dari 'Shell', entah kali ke-4 atau kali ke-5 dah tak ingat. Semuanya menjanjikan hadiah lumayan berpuluh ribu ringgit. Banyak yang boleh dibuat kalau dapat RM30,000. Boleh pergi umrah lagi dan kemudian melancong ke Istanbul, melawat Hagia Sophia dan solat di Masjid Biru...

Kalau nak tipu orang pun tengok kakilah. Nampak aku ni macam kebulur  sangat duit korang ke? Tengok tu nombor telefon Shell yang dia bagi ----> 01125720249. Mana ada ofis mana-mana syarikat besar di dunia guna telefon talian mudah alih, ia penipuan paling bodoh dalam sejarah dunia! Ofis jual paper lama pun mampu pasang talian tetap, ini kan lagi Shell...

Sebenarnya JR memang pernah menang satu peraduan yang dianjurkan oleh Shell. Hadiahnya tak lah sampai RM30,000, tapi cara pegawai Shell umumkan hadiah bukan melalui mesej, ia dilakukan secara sangat tertib:

- Mula-mula pegawai dari Shell telefon melalui talian tetap perkenalkan diri.
- Pegawai yang telefon akan semak nama kita, alamat, IC dan nombor telefon sama ada sama dengan rekod yang ada di depan mereka. 
- Last sekali mereka akan tanya soalan (general knowledge) berkaitan Shell.
- Bila semuanya beres, barulah kita diberitau memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan. Mereka tak minta nombor akaun kita, tak main mesej-mesej, bayaran dibuat melalui cek, semua dilakukan dengan tertib...

Seperti yang JR katakan sebelum ini, ini bukan kali pertama JR terima mesej dari Shell beritau dapat hadiah besar antara RM20,00 hingga RM30,000. Tindakan JR sebelum ini bila terima mesej sebegini, JR akan telefon balik 'pejabat Shell' yang guna talian mudah alih itu, kemudian JR kenakan si-penipu itu balik. Mula-mula JR pura-pura termasuk dalam jerat mereka, buat-buat seperti ikut arahan mereka. Tapi akhirnya bila mereka sedar yang mereka sedang dikenakan balik oleh JR, mereka marah bukan main! Biasanya JR akan ketawa sekuat-kuatnya (ketawa dibuat-buat) bila mereka sedang marah di telefon, menjadikan mereka semakin marah. Puas hati bila dengar mereka mencarut dan off panggilan telefon, hehehehe...

Berbalik kepada mesej yang JR terima pada 31.1.15 itu, masa mula JR ingat nak kenakan orang 'Shell' itu balik seperti sebelumnya, tapi isteri larang, katanya buat habis kredit aje! 

Akhirnya JR jawab mesej mereka dengan kata-kata yang lebih sopan:

11 comments:

  1. Anak bongsu kakcik (sekarang Tingkatan 2), pun pernah tunjukkan kepada kakcik mesej yang dia dapat dan balasan yang diberikannya 'sila dermakan duit tersebut kepada anak yatim'... :)

    Kakcik pula tak pernah layan mesej2 itu, terus dipadamkan sahaja...

    ReplyDelete
  2. Saya abaikan je msg macam tu.. delete terus.. ;)

    ReplyDelete
  3. Owh... diorang akan tanya soalan2 camtu e? OOo... soalan bocor ni... terima kasih hahaha...

    kalau sms2 ni betul la.. saya dah lama dah jadi jutawan, selalu sangat dah terima sms, email orang nak bagi duit, tak main sikit2 lak tu, puluh ribu, ratus ribu punye...

    ReplyDelete
  4. hahaha..nakal juga jr ni..betul kata wife tu..mmbazir kredit layan spesis macam nie...

    ReplyDelete
  5. memang patut pun JR kena kan balik kaki2 penipu tu...hahaha

    ReplyDelete
  6. mmg kerap dapat. ntah apa2.

    ReplyDelete
  7. Mesej spam cenggini selalu jugak masuk dalam handset. Kadang yang lawaknya, dulu selalu isi kat Caltex pun boleh dapat mesej hadiah dari Shell. Tak masuk akal betul mesej spam ni. Haha

    ReplyDelete
  8. Bunda pernah juga terima mesej camni beberapa kali...
    Tapi bunda abaikan ajer...kalau betullah...dah lama KAYA...rezeki melalui mesej...hehe..

    ReplyDelete
  9. saya pun hampir terpedaya dapat email macam tu dulu. siap talipon nak untuk mengesahkan. tapi bila call (kononnya talipon office) aleh-aleh anak dia angkat suruh tunggu sekejap sebab ayahnya sedang mandi...

    ReplyDelete
  10. Nurul pun pernah dapat mesej camni.. call juga saje je kenakan balik yg first dapat msg tu la.. yg menjawabnye bukan orang sini, orang seberang, bahasanye pun lintang pukang.. adoii.. kalau nak tipu pun agak2 la.. huhu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....