»

01 February 2015

Cuti-Cuti Hatyai 1


Hari Jumaat lepas seperti yang JR dan isteri janjikan kepada anak-anak, kami sekeluarga melancong ke Hatyai, Thailand. 

Ini kali keempat JR ke Hatyai. Kali pertama tahun 1980an, kali kedua tahun 1990an dan kali ketiga tahun 2004. Jadi 10 tahun sekali baru JR sampai ke Hadyai, walaupun jarak sempadan Malaysia ke Hatyai cuma sekitar 75 km atau 50 minit perjalanan saja...

Hanya 4 orang anak yang ikut kami ke Hatyai: Faez, Fitri, Farhan dan Fatrisha (Sha). Dua orang anak lagi tak ikut - tak dapat cuti. Tiga rakan perempuan kepada isteri JR ikut sama.

Cadangan asal kami nak melancong ke Hatyai selama 3-4 hari. Tapi last minit Farhan beritau hari Ahad dia perlu ke sekolah kerana ada urusan mengenai MUET (Malaysian University English Test). Jadi terpaksalah cuti disingkat kepada 2 hari saja.

Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dari Alor Setar dengan dua kereta. Kereta pertama  dinaiki JR, isteri dan anak-anak. Kereta kedua dinaiki 3 rakan perempuan isteri JR. Kami meletakkan kereta di Kompleks Kastam Bukit Kayu Hitam. Kemudian kami mengambil van Thailand untuk ke Hatyai. 

Di dalam kereta...Yang sebelah kiri barisan tengah tu mak mentua JR. Kami tinggalkan mak mentua di rumah ipar JR di Changlun...

Hari Jumaat memang tak berapa ramai orang  memasuki sempadan Thailand. Lepas menyelesaikan beberapa urusan di imegresen Malaysia dan Thailand selama hampir 1 jam (termasuk perlu beri duit rasuah tips sebanyak RM1 seorang kepada imegresen Thai), kami berjalan kaki memasuki Danok, pekan kecil Thailand yang bersempadan Bukit Kayu Hitam.

 Anak-anak dan isteri sedang mengisi borang imegresen

                        Orang tak begitu ramai di kaunter imegresen hari itu...

Kemudian kami menaiki van dari Danok ke Hadyai. Tambang dari Danok ke Hatyai cuma 70 baht (7.80) seorang. Untuk perjalanan sejauh 75 kilometer tambang sekitar RM7.80 seorang boleh dikira murah juga..

Kami sampai di Hatyai pada waktu tengahari. Kami menginap di President Hotel - hotel yang disyorkan oleh kawan perempuan isteri JR kerana harganya yang murah dan selesa.



Sewa President Hotel cuma 700 baht atau kira-kira RM78 sebilik saja. Dengan keadaan biliknya, ia boleh dikira hotel termurah yang selesa. JR, isteri dan anak perempuan tinggal dalam satu bilik, manakala 3 lagi anak lelaki kami tinggal di bilik bersebelahan. 

                                  Puan isteri di dalam bilik nombor 1

                                                      Anak-anak dalam bilik nombor 2

Nanti JR akan bercerita lagi tentang trip to Hatyai lepas ini, insyaallah....

14 comments:

  1. mmg murah murah tambang di sana ye

    ReplyDelete
  2. kalau berani walk-in di sana memang murah...jimat belanja.

    ReplyDelete
  3. satu pernah masuk tapi satu hari ha

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah sampai lagi hehe...
    murahnya tambang dan sewa hotel ya..

    ReplyDelete
  5. teruskan bercerita ya JR..
    saya tak pernah ke sana...nak tahu juga..
    dan harapnya, entri berikutnya, ada lah gambar JR ! hahaha

    ReplyDelete
  6. Kakcik hanya pernah sampai ke Danok di sebelah 'sini' (Kedah) dan Narathiwat di sebelah 'sana' (Kelantan)...

    Tapi dah lama dah...dan tak pula kena bayar RM1 tu.

    Nampak benar duit kita dah jatuh. Dulu, kalau RM70 bersamaan 700bath... sekarang dah lebih RM8...

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat melancong begini...mesti seronok!

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah ke Hatyai ni..ok jugak.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. mak mertua ada yang nak jaga.. ;)

    ReplyDelete
  10. klu saya dekat mcm tu nak gak pergi . murah sewa hotel tu . amboi bergadget semuanya ...

    ReplyDelete
  11. murah betul harga hotel...nampak macam bersih selesa kemas..

    ReplyDelete
  12. Salam JR...

    Walaupun 10 tahun sekali melancong...tapi semestinya seronok tambahan lagi dengan famili...

    ReplyDelete
  13. Bestnye jenjalan ni Jay.. rasa dah lama teringin nak pegi.. in shaa Allah, akan jadikan entry Jay ni sebagai reference

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....