Korang pakai henfon apa?
JR cuma pakai Asus Zenfone 5. Empat orang anak JR juga pakai Asus Zenfone 5. Walaupun harga pasaran semasa Asus Zenfone 5 yang berkapisiti Ram 2 gb, internal memory 16 gb dan diperkuat oleh enjin intel itu sekarang cuma RM500++ tapi kuasa dan kelajuannya sangat berbaloi dengan harga. Dah 6 bulan JR pakai tak sekali pun henfon tu pernah hang. Anak-anak JR yang kaki game itu beri maklum balas yang sama - henfon mereka tak pernah hang walau penggunaannya sangat lasak. Capaian internetnya juga laju, tak pernah mengecewakan, kecuali bila streamyx di rumah buat perangai tak senonoh!
Minggu lepas aplikasi pengukur android terkemuka dunia, AnTuTu Benchmark telah mengeluarkan senarai telefon pintar android yang paling popular tahun 2014. Cuba korang semak telefon korang ada tak dalam senarai telefon pintar yang paling popular di dunia:
iPhone tentu tak ada dalam senarai di atas sebab ia tak gunakan enjin android.
Hmmmm.. nampaknya bertepuk tangan sakanlah anak perempuan bongsu JR yang pakai Xiaomi 4 kerana Xiaomi 4 adalah merupakan telefon pintar nombor 1 yang paling popular di dunia mengalahkan beberapa jenama Samsung siri Galaxy. JR dan 4 anak juga tumpang bangga kerana Asus Zenfone 5 berada di tangga ke-5 telefon pintar paling popular di dunia....
Selain itu mengikut kajian AnTuTu, Asus Zenfone 5 juga menjadi telefon pintar android paling popular di Malaysia dan 3 negara lain:
Untuk rekod, telefon pintar android yang paling pupular di beberapa negara lain adalah seperti berikut:
Bulan Mac ini Asus akan lancarkan Asus Zenfone 2 yang diwar-warkan sebagai henfon android alaf baru yang paling berkuasa tinggi kerana memiliki kekuatan Ram 4 gb, internal memory 64 gb, kamera berkuasa tinggi dan yang paling penting dijual pada harga sangat murah tak padan dengan speknya yang tinggi: cuma US$299 (RM700++)!!
saya tengah cari talipon baru sebab talipon lama tak boleh tampung whatsapp.
ReplyDeletenak cari skrin sekitar 4" budget dalam rm400. ada kamera dengan flash dan mudah pindah gambar ke laptop.
punyai musik player buat teman saya ketika riadah.
tak perlu game sebab saya tak minat.
ada cadangan?
Banyak telefon pintar di pasaran sekarang harga RM300-RM400 tapi kalau nak yang lebih power sikit, ram dan internal memory lebih tinggi, kamera lebih berkuasa, tak hang, carilah yang harga RM500 lebih. Tambah cuma RM100 IM dpt henfon yg lebih elok dari yg harga RM400. Kalau Zenfone 5 (skrin 5") kawan beli minggu lepas harga RM530 full set termasuk casing dan tempered glass...
Deletedominasi samsung
ReplyDeleteSaya masih setia dengan Samsung.. akan datang tak tahulah..
ReplyDeletetak pernah guna Asus, tak tau pun sebenarnya. :)
ReplyDeleteXiaomi ni memang murah. Tapi ada desas-desus yang mengatakan, dalam Xiaomi ni ada programming code yang akan submit user data kepada third party di China. Probably, James Bond versi China. Hehe
ReplyDeleteAna suka gak xiaomi. Dalam dia cun kot! Huhu. Tengok Asus Zenfone punn not bad. Hoho. Target nak try asus zenfone. Lama ana tak singgah blog JR kan.. Tq JR sbb rajinnn sgt dtg belog ana.
ReplyDeletemasih setia guna samsung wave y..walaupun kadangkala hang :-(( ...bila nak rosak pun yan tak tahu..dah 3 tahun guna
ReplyDeletesah..hp yg JM guna x masuk ranking hhuhu
ReplyDeleteSaya pakai Sony Experia Z1.
ReplyDeleteNampaknya orang Malaysia x sama minat dengan saya.
Kalau macam tu saya gang dengan Viatnamese je lah.