24 January 2015

Jakarta Dan Bandung...Mu Tunggu Aku Datang!!


Dah jadi seperti azam tahun baru untuk isteri JR sejak beberapa tahun kebelakangan ini, setiap tahun mesti sekurang-kurangnya sekali dia melancong bersama kawan-kawan ofisnya keluar negara. Tahun lepas dia ke Medan, tahun-tahun sebelum itu isteri pernah ke Bali, Bangkok, Ho Chi Minh City dan Beijing.

Pergilah kau wahai sang isteri, aku sentiasa mengizinkanmu!!

JR pula seperti biasa tak dapat mengiringinya bila dia melancong ke luar negara. Walaupun ada kawannya yang pergi bersama keluarga tapi alasan biasa JR bila diajak pergi (walaupun isteri janji sponsor everything!): banyak komitmen!! Memang kalau pergi tinggalkan rumah 4-5 hari payah juga, terutama penjagaan 2 anak yang masih bersekolah menengah dan penjagaan mak mentua yang anak-anaknya seperti enggan menjaga ibu kandung mereka...

Tahun baru ini dimulakan isteri dengan melancong ke Jakarta dan Bandung  bersama kawan-kawannya. Malam tadi sempat JR dan 2 anak bujang kami hantar isteri ke Airport Alor Setar untuk penerbangan isteri ke KLIA. Malam tadi isteri tidur di KL dan pagi ini dia akan bertolak ke Jakarta.

                       Dua beradik ni turut hantar ibu mereka ke airport...

Isteri ada tanya JR sama ada nak pesan beli apa-apa terutama pakaian kerana Bandung adalah antara kota beli belah terkenal di Indonesia. JR kata pakaian dah banyak, JR cuma nak dia selamat pergi dan kembali! Tapi bila dia mendesak, JR kata jika dia nak beli makanan boleh juga....belilah mee bandung dan sirap bandung buatan orang Bandung...

Ada ke mee bandung dan sirap bandung di Bandung? Sepupu JR yang pernah 3 tahun tinggal di Bandung atas urusan kerja berkata sepanjang 3 tahun dia di kota itu tak pernah sekalipun ketemu mee bandung dan sirap bandung, hehehehe...

Selamat berangkat puan isteri dan selamat kembali pada Selasa ini, insyaallah...

13 comments:

  1. walau pun kat sini dah ada tapi tetap nak kirim teh botol sosro. tak nak yang kotak, nak yang dalam botol jugak.

    ReplyDelete
  2. bertuah ya selalu ke bandung jakarta...negara tu penuh dengan keindahan alam..but ramainya orang sana ke Sabah khasnya

    ReplyDelete
  3. alahai...seronoknya jadi isteri JR..:)

    ReplyDelete
  4. Carilah satu masa JR, utk JR bersama sama keluarga pergi melancong ke luar negara...Saat di mana JR & isteri masih sihat, kuat tubuh badan..dan anak anak masih bujang..Kelak bila masing2 dah beristeri/ bersuami, payah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa muda2 dulu saya dah puas berjalan ke luar negara, semuanya urusan rasmi... Sekarang bila dah berusia rasa sangat malas utk lihat negeri orang walaupun keadaannya barangkali tak serupa dulu lagi. Lagi pun nak kumpulkan semua anak-anak pergi serentak susah juga sebab semuanya (kecuali yang sulung) masih belajar...Mentua yang tinggal dengan saya juga satu masalah lagi, tak ada orang nak jaganya....

      Delete
  5. Moga selamat perjalanan pergi dan balik hendakNYA..

    ReplyDelete
  6. bila pulak JR nak join melancong jugak ye

    ReplyDelete
  7. semoga selamat pergi dan selamat kembali ...

    ReplyDelete
  8. hehe mee bandung dgn sirap bandung mmg tak ader kan kat bandung..pelik kan...

    ReplyDelete
  9. ahahaha..itu yg di pesan nya..selamat duit isteri

    ReplyDelete
  10. mu tunggu aku datang? bis bila bro JR pulak nk ke sana

    ReplyDelete
  11. Syoknya asben sporting.
    Tapi sian kene jaga rumah pulak.
    Saya pun pernah dwngar orang Bandung pun xtau ape tu air bandung.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....