23 January 2015

Satu iPhone Lagi Dalam Rumah!


Sudah lama puan isteri kat rumah mengidamkan iPhone. Bila anak no  2 yang masih belajar kat UTHM beli iPhone 5S hasil wang yang dikumpulnya sendiri hampir 2 tahun lepas, rasa mengidam di benak puan isteri semakin membara.

Dan semalam puan isteri balik ke rumah membawa iPhone idamannya. Walaupun bukan iPhone 6 atau iPhone 6 Plus tapi memiliki iPhone 5 sudah dapat puaskan hatinya untuk memiliki produk Amerika idamannya itu. iPhone 5 itu cuma berharga RM1,300 yang dijual oleh kawannya yang telah membeli iPhone 6 Plus baru. Memang berbaloi kata puan isteri kerana iPhone itu dipakai oleh kawannya belum 1 tahun dan masih ada waranti beberapa bulan lagi.




Kalau puan isteri tanya pandangan JR sebelum membeli iPhone 5 itu, JR mesti ada pandangan lain. Maklumlah dia dah memiliki Lenovo K900 dan Samsung Galaxy Note 8 yang masa beli dulu harganya RM1,000 lebih juga dan kedua-dua peranti itu masih elok tanpa masalah.

Tapi dalam kehidupan rumah tangga kita perlu terima perbezaan pandangan dan perbezaan cita rasa. Perbezaan pandangan dan perbezaan cita rasa itulah yang menjadikan rumah tangga itu semakin indah dan saling lengkap melengkapi...

8 comments:

  1. saya rasa, mmg saya tak akan beli iphone, sebab saya mmg jenis berkira sikit kalau nak melabur wang beli gadget2 macam handphone ni...hahahaha..sebab fungsinya sama, dan spec pun, ada banyak rival yg dah samai iphone( ada yg lebih bagus), pada harga yg lebih kompetitif. Apa apa pun, macam kata JR, kita harus terima perbezaan citarasa...ada org yg beli sebab mmg minat dgn brand, tak kiralah spec macam mana pun, dan dalam kes produk Apple ni, sama lah..fan mereka beli sebab minat. :)

    ReplyDelete
  2. Kakcik pula jenis yang kalau guna hp, gunalah selagi boleh guna. Antara sebabnya, malas nak menyalin semula nombor yang mungkin hilang.

    Sekarang kakcik guna NoteII yang dah hampir dua tahun dibeli. Screennya pun dah bercalar. Kadangkala 'hang' mungkin sebab banyak guna (untuk update blog dan tengok fb - terima dan buat panggilan memang tak banyak)...hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya juga mcm Kakcik selagi boleh pakai henpon saya akan pakai sampai hancur, hehehe...

    ReplyDelete
  4. tahniah..nilah banyak kepereluan

    ReplyDelete
  5. Ketika orang lain dah bertukar dengan pelbagai jenama dan model baru tapi saya masih setia dengan yang ada ni. Keinginan utk mendapatkan hp yang lain tu ada cuma lebih memikirkan keperluan yang lebih penting dari keinginan memiliki hp baru.

    ReplyDelete
  6. klu dah minat sgt, beli je...nnt asyik terbayang bayang je susah pulak... makan tak kenyang, tidur tak lena :-)

    ReplyDelete
  7. macam lirik lagu tu la bang JR, "kalau hati sudah suka, apa lagi nak dikata..."

    mungkin lepas ni dia takkan pakai android kot. sebab kebanyakan kawan saya yang dah pakai iPhone akan terus guna produk amerika ni, walau pun tukar telefon baru.

    ReplyDelete
  8. Iphone 5? mampu tgk je huhuh

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....