»

10 February 2014

Medan...Mu Tunggu Aku Datang!!


Malam ini isteri JR akan pergi ke Medan, Indonesia - melancong lagi! JR tak pergi kerana ada urusan keluarga. Hari Jumaat malam baru dia akan balik ke Malaysia.

Isteri JR sejak dua menjak beberapa tahun ini suka melancong dengan kawan-kawan sepejabatnya ke luar negara. Pada 2012 ke Bali, 2013 ke Bangkok dan lepas Medan nak ke Vietnam pula. Begitulah bila anak-anak dah besar, masa lapang agak banyak. Anak-anak pula bila dah besar dan cerdik sikit bukan suka ikut ibu bapa lagi jalan-jalan seperti masa kecik-kecik dulu...

JR juga pernah pergi ke Medan lebih 20 tahun dulu. Ketika itu belum kawin, masih anak teruna trang tang tang...Sempat juga melawat beberapa tempat menarik di kota Medan dan sekitarnya seperti Danau Toba (6 jam dari kota Medan), Istana Maimun dan Masjid Raya.

Sebagai orang Islam, perlu berhati-hati dalam soal pemakanan di sana kerana ramai penduduk Medan beragama Kristian. Takut termasuk makanan tak halal dalam perut! Sukar pula membezakan antara orang Islam dan Kristian di Medan kerana wajah, bahasa dan budaya mereka sama. Masa 20 tahun dulu ramai masyarakat di sana memakai baju batik dan bersongkok, tak kira Islam atau Kristian. Berbeza dengan Malaysia kalau bersongkok memang sah Islam.

Teringat satu peristiwa melucukan ketika kami dalam perjalanan balik dengan bas dari Danau Toba ke kota Medan. Di pertengahan jalan nampak seperti ada satu perarakan agama. Sekumpulan lelaki sebahagiannya berbaju batik dan memakai songkok sedang mengusung keranda. Rupanya ada kematian...

Seorang kawan di dalam bas dengan suara yang boleh didengari oleh semua kami di dalam bas mengucap, "Inna lillahi wainna ilaihiraji'un"
 
"Bapak..bapak...itu bukan orang Islam pak..." tiba-tiba terdengar suara pemandu pelancong kami, "Itu orang Kristen yang mati pak..!"

Kami semua tersedak kerana menahan ketawa. Begitulah kelirunya bila berada di sana. Itu belum bab makan lagi, silap-silap kalau tak berhati-hati termakan benda-benda tak halal....

Kepada isteri yang akan bertolak ke Penang malam ini dan pagi-pagi esok akan menaiki pesawat ke Medan, selamat bercuti. Jangan bimbang tentang ibu Im dan anak-anak kerana  suami mithali akan menjaga mereka sebaiknya....huhuhuhu...

11 comments:

  1. syy pun pernah jugak sampai kemedan dalam 10 tahun yg lepas.
    betul tuh bab makan n minum kena berhati2 kat sana keranamrk nie wpun warna kulit serupa namun anutan berbeza2..
    kalau kat toba tuh lglah susah nak cari makan sbb kristian tuh majoriti

    ReplyDelete
  2. hahaha..JR jadi bujang la kejap :)
    kalau gi Bali pun macam tu JR..muka sama aja dgn Indon yg Islam...tapi relax aja makan babi guling..hahaha

    ReplyDelete
  3. Semoga isteri JR selamat pergi & selamat pulang..seronoknya bercuti dan melancong.

    ReplyDelete
  4. seronoknya pergi melancong..nasib ada suami yg baik macam JR tolong jaga anak2..:)

    ReplyDelete
  5. JR..sebenarnya melancung bersama keluarga/suami amat lain feelnya berbanding bersama rakan2 hehe

    ReplyDelete
  6. wah bestnya wife JR dpt melancong dgn kawan2 gitu, nak2 lg ada suami mithali yg tolong jagakan anak2..hehe
    Klu dah pegi ke tempat org mmg kena hati2..lebih2 lagi bab makanan... :-)

    ReplyDelete
  7. Tak apalah JR..setahun sekali...nanti balik adalah ole2 dari sana untuk JR dan anak2...

    ReplyDelete
  8. Banyak kali ibu_suri ajak IM pi Medan. Nak buat camna. Budget tak cukup!

    ReplyDelete
  9. Kakcik teringin juga nak 'jalan-jalan' dengan kawan2. Tapi selalunya, suami kakcik akan cakap 'nanti kita pergi sama2'....hmmmm

    ReplyDelete
  10. januari lps sy bru blk dri bercuti ke Medan... So far skang nie dah byk retoren halal di danau toba tapi kena hati2 juga. Sbb supir yang bw kiteorang yang memang peribumi Medan pun pernah termakan daging babi. Better klu ke sana kena ada supir yang beragam islam.

    ReplyDelete
  11. nak kirimmmmm... ehehe... JR sempat bagi pesanan kat isteri dia. Takpe. Suami mithali akan handle anak2.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....