»

13 December 2014

Dari Cameron Ke Jakarta


Alhamdulillah..tengah malam tadi puan isteri selamat pulang dari Cameron Highland balik ke rumah kami di Alor Setar. Biasalah, pergi ke Cameron dia cuma bawa 2 beg tapi bila balik bawa 3-4 beg plastik tambahan pula. Ole-ole dari Cameron...

Teh Cameron memang benda wajib yang dibawa balik oleh mereka yang ke Cameron. Selain dari teh, isteri bawa balik pelbagai sayur dari Cameron.

Antara sayuran yang dibelinya ialah asparagus, ubi madu dan jagung mutiara:



Kebanyakan sayuran yang dibeli isteri pernah JR tengok dan dengar nama. Yang tak pernah dengar nama cuma jagung mutiara dan ubi madu.

                                                       ubi madu

Pagi tadi isteri rebus ubi madu berwarna sedikit purple yang kata isteri sedap dan sangat manis:

  
Memang rasa ubi itu sedap dan manis. Bila isteri minta confirm ubi tu sedap dan manis tak? JR tanpa ragu-ragu menjawab: "Memang sedap dan manis ubi madu, sesedap dan semanis bermadu"!!!

     Gambar ni tiada kaitan dengan "manisnya madu". Ia gambar isteri yang di kelilingi bunga di Cameron..

Pada hujung minggu ni kami sekeluarga nak ke KL dan Shah Alam kerana ada kenduri rumah sedara kat sana. Lepas balik dari KL, dari 23 hingga 27 Disember kami akan ke Jakarta pula.

Sori...bukan "kami ke Jakarta", sebenarnya cuma isteri yang ke Jakarta, melancong bersama kawan-kawan pejabatnya ke ibu kota Indonesia itu. Seperti biasa kalau perjalanan jauh begitu, seperti 2-3 tahun lepas bila isteri ke Vietnam, Bangkok, Medan dan Bali, JR tak boleh ikut isteri bersama kerana perlu menjaga mak mentua (ibu kepada isteri yang tua dan uzur) yang tinggal bersama kami....

NOTA KAKI: Aduiiiii... entri JR semalam "Saya Dah Masuk Kelab Overweight" dah terdelete pula masa JR dok delete draf pos-pos lama yang tak relevan lagi. Sapa ada idea bagaimana nak masukkan balik dalam blog entri yang dah terdelete tu?

14 comments:

  1. wah banyak nya sayur...ubi tu macam keledek purple..

    ReplyDelete
  2. wah makan banyak kali ni JR kena ucap syukur ..terima kasih juga dengan isteri ya ...)

    ReplyDelete
  3. nampak dah orang tersayang JR..

    ReplyDelete
  4. JR kena tinggal lagi..
    ubi keledek tu mmg manis...kalau ke Cameron mmg saya takkan lupa membelinya walau harganya agak mahal sikit..

    ReplyDelete
  5. JR agaknya ubi madu tu kecil2 ajer ye...ada besar jejari jer kot?...bunda tak pernah tengk dan makan lagi...

    ReplyDelete
  6. Tentang entri JR yang terdelete tu rasanya bunda ada komen semalam, bunda pun pernah dua tiga kali jadi macam tu...so sorry tak dapat bunda nak nolong...bunda lagilah fail dalam bidang ni....

    ReplyDelete
  7. Alamak! Hari tu ada baca tuturial cmna nk dptkan balik entry terdelet.kena carik balik ni..

    ReplyDelete
  8. terlajak 'delete', tidka boleh di undo :-)

    ReplyDelete
  9. Ubi tu memang sedap.. tapi kalau sebut madu mesti hubby akan menyakat.. hehehe..
    part terdelete tu saya pun tak pandai tapi rasanya boleh google carik tutorial camane nak dapatkan balik..

    ReplyDelete
  10. Rasanya memang tak boleh retrieve balik..huhu . amboi memang sedap ubi madu tu tapi bermadu tak sedap.hehe

    ReplyDelete
  11. ubi keledek mmg manis ... bestnya travel dgn kengkawan . anak pun dah besar . ok lah kan ... klu dah terdelete mmg x blh nak dpt balik . tulis baru jer ... org perempuan pantang bermadu tapi lelaki pantang di offer bermadu ... heh heh

    ReplyDelete
  12. Ubi tu mmg sedap dan manis JR, tapi tak la semanis bermadu. Apa la JR ckp gitu. Selamat le mem JR tak mengamuk. Tapi ubi tu kecik sgt. Penat nak kupas kulit dia.

    ReplyDelete
  13. Ubi madu tu rasanya pernah makan masa pi cameron dulu. Tapi, tak beli bawak balik.
    Amboii banyak betul kak Im bawak balik sayur & ubi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sebut pasal bermadu tu, akak marah x? Hehe..nyebok nak tau.

      Delete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....