Esok isteri akan ke Cameron Highland atas urusan kerja selama beberapa hari. Bertambah sunyilah rumah kami lepas isteri ke Cameron nanti. Tiga anak berada di kampus. Seorang lagi bercuti di rumah auntienya selama beberapa hari. Mulai besok cuma tinggal JR, seorang anak lelaki dan ibu mentua di rumah.
Setiap kali isteri out station atau bercuti di luar, sesuatu yang JR rasa sedikit kurang selesa ialah bila perlu menjaga ibu mentua.
Ibu mentua seorang pesakit diabetes kronik yang perlu disuntik insulin dua kali sehari di samping ubatan lain juga. Ibu mentua sukar bergerak kerana masalah lutut dan jantung dan sepanjang masa di rumah kami dia hanya duduk atau berbaring.
JR tak kisah tentang semua hal tentang ibu mentua - mengurus makan minum, pakaiannya, ubatnya, insulinnya, semua bisa diurus...
Cuma yang sukar diurus menjaga mandi dan kencing beraknya. Bukan kerana JR rasa jijik atau tak sanggup membasuh berak dan kencing ibu mentua. Masa isteri out station atas urusan kerja atau bercuti keluar negara dengan rakan-rakannya berhari-hari sebelum ini JR mengurus berak kencing ibu mentua tanpa masalah.
Cuma JR rasa tak selesa, sebenarnya rasa segan, bila perlu melihat benda-benda berkaitan dengan aurat wanita ketika uruskan berak dan kencingnya, walaupun mentua dan menantu adalah mahram. Yang JR maksudkan tentang 'aurat' ini ialah bukan melihat rambutnya atau melihat kaki dan tangannya. Itu tak apa, dah biasa. Yang JR maksudkan di sini bila terpaksa melihat objek-objek yang berada di antara lutut dan pusat ibu mentua ketika mengurus kencing dan beraknya. Kalau JR rasa malu bila terpaksa melihat objek-objek itu, apa lagi ibu mentua?
JR pernah uruskan berak kencing bapa mentua (kini dah meninggal), menjaganya sepanjang malam ketika terlantar di wad dulu. Tapi menjaga bapa mentua - seorang lelaki - lebih mudah dari menjaga ibu mentua, bila ia berkaitan dengan soal aurat antara lutut dan pusat.
Tapi apa pilihan yang ada pada JR bila isteri yang biasa menguruskan kencing berak ibunya pergi ke Cameron esok? Nampaknya JR sebagai menantulah terpaksa melakukannya seperti ketika isteri out station atau bercuti ke Bali, Bangkok, Medan dan Vietnam sebelum-sebelum ini...
Ibu mentua sebenarnya mempunyai 5 anak - 3 lelaki dan 2 perempuan, termasuk isteri JR. Tapi semua anak-anaknya sibuk walaupun semuanya tinggal dan bekerja di sekitar Kedah, paling jauh pun cuma 40 km dari rumah JR.
Antara anak ibu mentua yang paling tak sibuk ialah abang ipar (abang sulung kepada isteri JR). Kedua-dua abang ipar dan isterinya sudah 2 tahun pencen. Tapi isteri JR yang lebih mengenali abang kandungnya sendiri menyatakan tak mungkin abang sulungnya yang dah pencen itu sudi menerima dan menjaga ibu kandungnya sendiri. Walaupun abang ipar dah pencen dan jarak rumahnya dengan rumah kami cuma sekitar 7 km tapi dia terlalu sibuk dengan aktiviti agama dan masjid sehingga dia tak ada masa untuk menjenguk ibunya kecuali setahun sekali pada Hari Raya Puasa. Isteri selalu kata jangan harap seorang alim yang dah dua kali pergi Mekah seperti abang ipar akan mengambil berat ibu kandungnya sendiri. Jangan mimpilah... Menjaga mentua adalah tanggung jawab menantu, jangan harap anak-anak kandung menjaganya!
Tidak...jangan ingat JR tak ikhlas menjaga ibu mentua termasuk menjaga kencing beraknya ketika isteri tak ada. Bukan itu maksud JR. Cuma JR rasa kurang selesa, rasa malu, apabila kadang-kadang terpaksa melihat aurat wanita yang berada di antara lutut dan pusatnya. Itu saja....
Moga urusan JR dipermudahkanNYA.
ReplyDeletesemoga ALLAH memberi ganjaran setimpal untuk JR dan i3...menjaga ibu bapa yang semakin uzur..memang itulah yang selalu jadi masalahnya...
ReplyDeletesusah cakap ni kan JR..semoga Allah permudahkan urusan.kalau abang JR ada anak perempuan dah besar boleh juga minta tolong kan..
ReplyDeleteAs'salam JR..rasanya cari jalan mudah yang boleh diterima oleh semua pihak ya..bincang elok2 ...kalau ada ipar dekat ..mereka wajib membantu. Etuza sekarang nipun alamai masalah yang sama dengn ibu mertua ..cuma ibui mertua duduk dengan ipar adik isteri Etuza..semua keperluan pampers dan lain2 isteri sediakan. Setiap hari isteri Etuza mandikan ibu dia...kadang kala malam baru balik..Etuza kena gerak drive jemput dia bila sipa urus ibu dia...simpati dan kita hanya mampu berserah..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteberat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul... semoga sabar dan dipermudahkan segala urusan JR, setiap perkara baik yg dilakukan pasti akan mendapat balasan yg baik. insyaAllah.
ReplyDeletemy bonda pun segan bab aurat even dgn anak lelaki . Sbg anak lelaki yg alim sepatutnya dia tahu kewajipan dia pd ibunya adalah melebihi segala-galanya ... kat akhirat nanti malaikta tanya tu ...
ReplyDeleteKata adiknya (isteri JR) abangnya yg alim itu mungkin belum menemui ayat dalam Quran dan hadis yang menyebut perihal tanggung jawab anak kepada ibu, hehehehe....
Deletesaya faham apa yg dirasai JR..bkn tak ikhlas tp rasa malu yg menguasai diri..alangkah elok jika selama ketiadaan isteri..abg sulung nya yg mengambil alih menjaga ibunya sendiri..
ReplyDeletesaya faham situasi JR, mmg serba salah.
ReplyDeleteMungkin boleh je paksa anak kpd ibu mertua tu jaga ibu mereka sendiri bila isteri JR takde. Ada org memang kena buat gitu, takleh nak berbahasa sangat.
Saya jenis manusia tak pandai paksa-paksa. Pernah cakap dengan bahasa baik-baik di hadapan anak-anaknya dilema seorang menantu lelaki bila terpaksa mengurus mak mentua, tapi mereka cuma mendengar tanpa apa-apa reaksi... Apa nak dikato..?
DeleteJR tak pernah bincang hal ni dgn isteri ke? Mgkn selama ni JR tk penah bercerita dgn isteri, jadi dia tk tahu, atau sepjg isteri tkde cari maid yg balik hari
ReplyDeleteIsteri kata dia lebih yakin saya dapat menjaga ibunya lebih baik dari saudara-saudara kandungnya sendiri. Saya pula tak suka berbahas banyak-banyak hal ini takut disalah anggap tidak ikhlas menjaga mentua....
DeleteYe, faham JR. Mmg la, jngan nak kata mentua dgn menantu, lelaki plak tu. Kalau dgn menantu yg sama jantina pun tetap rasa segan. Even anak sendiri pun rasa segan jgk. Cuma kalo mentua yg berlainan jantina lagipun double kemaluannya kan? Mak mentua JR pun mesti rasa benda yg sama, cuma dia terpaksa redha. Pejam mata je la JR waktu menguruskan beliau. Saya mendoakan Allah permudahkan urusan dan perasaan JR semasa ketiadaan isteri.
ReplyDeleteTerlalu sukar hendak ditafsirkan dengan kata2 kan JR bila berhadapan dengan situasi begini.. berapa lama isteri JR berkursus tu ye..
ReplyDeleteNurul faham apa yang Jay rasakan.. Antara mak mentua dengan menantu perempuan pun masih terasa segannya apatah lagi antara mak mentua dengan menantu lelaki walaupun mahram.. bila Isteri dah mengatakan yang Jay jauh lebih mampu menjaga ibunya dari saudara-saudara kandungnya, sudah cukup membuktikan yang mereka memang tak bole diharap untuk melakukan tugas tu, Nurul yakin bukan Jay sahaja merasai keadaan tu tapi termasuk mak mentua juga.. tapi apalah yang beliau mampu lakukan, beliau pun lebih memahami sikap anak-anak yang lain, Nurul doakan semoga Jay mampu mengatasi perasaan tu, doa dan kasih ibu membawa ke syurga... In shaa Allah
ReplyDeleteErmmm...saya pun kesian bila baca kisah JR nak menjaga mak mentua berkaitan bab2 yang sulit tu. Memang malu kalau hal2 macam tu.
ReplyDeleteKalau saya berada dalam situasi JR pun entah macamana pula kan?