Selama ini JR ingat JR ini berbangsa Melayu berasal dari Pulau Pinang. Rupanya JR bukan berbangsa Melayu!
Selama ini JR ingat anak saudara JR berbangsa Melayu kerana kedua ibu bapanya Melayu (walaupun ibunya Melayu-Jawa dari Johor). Rupanya anak saudara JR bukan berbangsa Melayu!
Selama ini JR ingat apa yang cikgu ajar kat sekolah dulu tentang suku bangsa di Malaysia yang terdiri dari Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli dan lain-lain itu semuanya benar, rupanya apa cikgu ajar di sekolah dulu tu salah!
Anak saudara JR yang lahir kat Johor itu rupanya bukan berbangsa Melayu, tapi berbangsa Johor. Itu yang sebenarnya:
Cuma kalau JR bukan berbangsa Melayu, JR tak pasti JR berbangsa apa sebenarnya? Mungkin JR berbangsa Pulau Pinang kerana lahir di Pulau Pinang? Atau berbangsa KL kerana dulu belajar di KL dan lama bekerja dan lama juga tinggal di KL?
Anak-anak JR juga ada yang berbangsa KL kerana lahir di KL, ada yang berbangsa Kedah kerana lahir di Kedah?
Hahahha.. berbilang bangsa negeri namanya tu JR :D
ReplyDeletepada saya, orang melayu ni memang kuat semangat rasisnya, bukan pada kaum lain je tapi jugak terhadap sesama melayu dari negeri yang berlainan.
ReplyDelete*maaf, ada banyak isu tentang "bangsa johor" yang sangat saya tak suka...
As'salam etnik melayu tu banyakkan JR..tapi kuat apabila bersatu padu. Tapi saudara ISLAM lagi besar meliputi segalannya..hingga ke akhirat. inshaAllah
ReplyDeleteKena faham dahulu apa makna 'bangsa johor' baru boleh mengutuk! jkaji dulu undang2 tubuh negeri johor yang ditulis sebelum adanya persekutuan tanah melayu....belajar dahulu le dari sejarah johor!!!!
ReplyDeleteTerima kasih kerana berusaha untuk memberi pencerahan dengan gaya tersendiri...
Deletesaya cuma tahu 'bangsa melayu' ja hehe
ReplyDeleteSaya orang Johor , JR :)
ReplyDeleteMemang dah lama wujudnya 'bangsa Johor' ni, seawal kanun Undang2 Tubuh Negeri Johor lagi, masa zaman Sir Sultan Abu Bakar ( utk elakkan di perintah oleh British)..panjang sejarahnya, cuma mmg betul, dalam buku teks sejarah tidak di ajar benda ini..
Terima kasih kerana memberi pencerahan. Perkara ini perlu dimasukkan dalam buku teks sejarah bagi mengelakkan kekeliruan orang-orang di luar Johor...
DeleteKeadaan sebegini memang boleh menimbulkan kekeliruan dan tidak mustahil boleh menimbulkan perasaan kurang senang pada sesetengah pihak.. untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini elakkan penggunaan atau beri pencerahan yang sewajarnya..
ReplyDeleterileks..benda macam ni jangan dibuat gaduh..normal orang Johor gunakan 'bangsa' untuk kelasifikasikan sesuatu.contohnye.."dah memang bangsa degil", means "dah memang perangai kau ni degil", bukannya "bangsa degil" tu sejenis bangsa. so orang Johor akan faham ayat ni untuk orang Johor. perkara biasa orang luar tersalah faham dialek negeri lain.peace no war. kita semua satu Malaysia.
ReplyDeleteitu pemahaman saya lah, bab bangsa Johor yang Daddy Ziyad cakap tu saya tak belajar lagi.
Ishhh..kompius pulak dibuatnya.
ReplyDelete