»

24 December 2014

PT3: Hadiah iPhone 6???


Sejak sebelum result exam PT3 keluar lagi, anak perempuan JR dah acah-acah JR: "Abah, kalau Sha dapat straight A dalam PT3, abah nak bagi Sha hadiah apa? Bagi iPhone 6 boleh tak??. Henfon yang pakai la asyik hang aje.."

Aduhai...iPhone 6 pulak, sedangkan ayahnya pun cuma pakai henfon Asus Zenfon 5,   hehehehe...

Tahun lepas masa Tingkatan 2 dah bagi Lenovo S820 kepadanya lepas pencapaian cemerlang dalam keseluruhan tingkatan, sekarang nak minta iPhone 6 pulak? Aduhai...tinggi sungguh cita rasa anak dara aku ini, sebiji macam abang nombor 2 nya yang masih belajar di sem 7 IPTA tapi dah pakai iPhone. Tapi abangnya tak pa juga, dia beli iPhone 5 pakai duitnya sendiri (duit biasiswa JPA...hehehehe).

Sebenarnya JR tak pernah janji akan beri apa-apa hadiah kepada Sha kalau dia dapat gred cemerlang dalam PT3. Tak berani janji sebenarnya, takut tak tertunai pulak. Masa Sha dan abang-abangnya dapat straight A dalam UPSR dulu pun JR tak pernah janjikan apa-apa. Apa yang JR selalu kata kepada Sha dan abang-abangnya, sebagai ayah JR akan sentiasa hadiahkan hati dan nyawa JR untuk mereka, tak kira apa gred mereka dapat!!

Dan bila result PT3 keluar 2 hari lepas dan ramai yang cuma dapat D,E dan F (malah ada pelajar yang dapat straight F), permintaan Sha untuk dapatkan 'sesuatu' semakin meningkat.

"Abah..Sha dapat 9A 1B tak ada apa-apa hadiah ke bah...? Kalau periksa PMR yang objektif dan senang tu Sha dah dapat straight A tau? Ini PT3 yang sangat susah ni pun Sha boleh dapat 9A 1B... tak ada apa-apa hadiah ke bah??"

Aduiiiii... susahnya aku nak jawab soalan ni!! Bagi henfon mahal-mahal rasa tak termampu pula dan macam 'derhaka' kat ayahnya yang cuma pakai Zenfon 5, hehehehe...

Nantilah pikir kemudian soalan cepu mas tu....Apa yang pasti malam ni dah janji untuk bawa dia, ibu dan abang-abangnya makan di Pizza Hut...

Apa hadiah nak diberi untuk anak dara  JR ni?? Tak kan iPhone 6 pulak kot?

NOTA KHAS: Diharap mereka yang sedang ditimpa musibah banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang tabah menghadapi ujian Allah. Bagi mereka di Utara juga perlu berhati-hati kerana empangan di Thailand dah dibuka bagi mengurangkan tekanan banjir di selatan Thailand, takut peristiwa banjir besar tahun 2010 berulang.... 

As salam shbt2 tersyg. Mari kita sama2 berdoa agar Allah redakan masalah banjir yg sdg kita hadapi sekarang. Moga Allah ringankan beban & cabaran kita semua. Aamiin, wassalam.

15 comments:

  1. bagi yang termampu je jr.....

    p/s : cantik juga anakdara jr ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadiah kena bagi juga sebagai penghargaan kpd dia yg sampai beberapa bulan terakhir sanggup studi sampai pukul 2-3 pagi utk dapat 9A. Tapi iPhone 6 rasanya memang bukan kot...

      Delete
  2. saya yg dah kerja ni pun, fikir 1000 kali nak beli iphone tu...hahaha...penyudahnya, tengok aja la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan setakat 1,000 kali, sekali pun tak pernah terpikir utk memiliki iPhone 6. Rasa gayat sangat tangan untuk mencapainya. Budak-budak memang suka main acah-acah. Tapi hadiah kena bagi juga sebagai penghargaan...

      Delete
  3. Tahniah Sha atas pencapaian yang cemerlang...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakcik, itu semua atas bantuan Allah yang mempermudahkannya....

      Delete
  4. Budak2 sekarang memang demand lebih JR, dia tau mak pak dia mampu, bagi jerlah...untuk penguat semangat lebih kerja keras untuk SPM pulak.

    Anak pompan sorang tu jer kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia acah-acah aje tu Bunda, dia pun tau mak bapa dia bukan tokeh lombong mas...hehehehe..

      Tapi hadiah kena bagi juga sebagai penghargaan usaha bersungguh-sungguhnya yg selalu studi sampai awal pagi setiap hari untuk dapat straight A. Hadiahnya bukan iPhone tapi jenama lain yang sesuai dengan umur dan kemampuan mak bapa...

      Delete
  5. alhamdulillah,bangga sungguh bila melihat kejayaan anak² yg cemerlang..tentang hadiah dan pemberian boleh difikirkan sebagai perangsang kpd yg lain..niat baik utk kejayaan berterusan. Tahniah Sha.

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat Sha atas kejayaan cemerlang itu..
    Tak kisah apa pun hadiah yang diberi tapi doa adalah hadiah terbaik untuk anak2 ;)

    ReplyDelete
  7. beri lah yg semampunya . ikut poket tu tebal mana ... heh heh . sabr je la abahnya ...

    ReplyDelete
  8. tak apa ya JR..berilah anak-anak rasa bahagia. Sama juga anak no 3 ni katanya nak minta beli handphone juga...cuti2 dah mulai lah merajuk..payah nak pujuk..)

    ReplyDelete
  9. minta izin copy doa elak banjir ya..nak letak di blog ada entry doa Etuza hal banjir. Lagi kuat dengan ada doa ni ya JR..mohon izin ya

    ReplyDelete
  10. Tahniah utk JR atas kecemerlangan anak JR tu...sy pon jeling2 je Iphone 6 tu.x mampu.pkai Asus Zenfon 5 gak....

    ReplyDelete
  11. hamboihhhh demand nya... mahal pulak tu... bapa pun cakap lah tak mampu nak belikan... nanti dia tukar lah kepada yg murah sikit

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....