»

09 November 2014

Tuah Presiden Termiskin Di Dunia


Korang tau tak siapa Presiden termiskin di dunia? Tentu tau kan?

Bagi yang terlupa tentangnya, Presiden termiskin di dunia itu bernama Jose Mujica. Jose Mujica adalah Presiden Uruguay, sebuah negara Amerika Selatan dengan penduduk cuma 4 juta tapi terkenal dengan tradisi kegemilangan bolasepaknya, termasuk melahirkan bintang-bintang bola terkenal seperti Luiz Suarez.

Presiden Jose Mujica dikatakan presiden termiskin di dunia bukan kerana negaranya miskin, negaranya Uruguay adalah negara nombor 2 terkaya di Amerika Selatan. Jose Mujica miskin kerana dia memilih cara hidup paling sederhana:

- Presiden Jose Mujica tinggal di sebuah rumah lama yang kecil (cuma ada 1 bilik tidur saja) di pinggir bandar Montivedeo bersama isteri dan seekor anjing kesayangannya.

- Rumah kecil yang didiami oleh Presiden Mujica tak mempunyai perabot-perabot mewah seperti rumah mana-mana Presiden atau Perdana Menteri negara-negara lain di dunia. Yang ada cuma katil tua untuk Presiden itu tidur bersama isteri, sebuah meja kecil dan kerusi untuk dia makan dan menghabiskan kerja-kerja pejabat.

- Dia cuma menggunakan kereta Volkswegen Beetle model tahun 1978 yang sudah tua lagi uzur untuk ke pejabat Presiden, tanpa pemandu dan tanpa escort polis seperti lagak pemimpin-pemimpin lain (termasuk Malaysia).

- Sebagai Presiden sebuah negara agak kaya, dia mendapat gaji USD $11,000 (RM36,718) sebulan. Dari jumlah itu dia hanya mengambil 10% (RM3,671) untuk kegunaan dia dan isteri, bakinya sebanyak RM33,047 didermakan untuk kebajikan rakyat.

- Dia tidak menggunakan khidmat pengawal peribadi untuk mengawal keselamatannya. Katanya dia tak perlu pengawal keselamatan sebab dia tak mempunyai musuh, lagi pun lebih baik gaji pengawal itu digunakan untuk kebajikan rakyat Uruguay.


                        Jose Mujica dan isteri berada di luar rumah kecil mereka

Kerana gaya hidupnya yang sangat sederhana dan tidak ranggi seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia (termasuk Malaysia tentunya), dia sangat popular dan disayangi rakyat Uruguay. 
 
Baru-baru ini ada satu berita menggemparkan mengenai Jose Mujica. Kereta Volkswegen buruk yang selalu digunakannya sejak 36 tahun itu ingin dibeli oleh seorang jutawan Arab dengan harga USD$1 juta (RM3.26 juta). Bayangkan kereta Volkswegen Beetle buruk yang baru-baru ini kawan JR beli pada harga cuma sekitar RM15,000 ditawarkan pada harga RM3 juta lebih, untungnya!

Mujica berkata dia tak ada masalah untuk jual kereta buruknya:.“Jika saya dapat wang sebanyak itu (RM3.26 juta) hasil jualan kereta, saya akan menggunakan wang tersebut untuk program pembinaan rumah untuk mereka yang belum mempunyai rumah atau membeli trak untuk kegunaan pejabat kesihatan awam Uruguay"  katanya.

Bila ditanya perlukah rakyat Uruguay meniru gaya hidupnya tinggal di rumah kecil, dia berkata: "Mereka (rakyat Uruguay) akan membunuh saya jika mereka dipaksa hidup menyerupai gaya hidup seorang Presiden.." 


Dalam sejarah Islam, Nabi SAW dan khalifah-khalifah ar-Rashidin tinggal dalam kediaman yang sangat sederhana. Tapi itu cuma tinggal sejarah...Mana ada lagi Presiden atau Perdana Menteri dalam negara Islam (kecuali bekas Presiden Iran Ahmadinejad) yang tinggal di rumah sederhana dan menolak kehidupan bermewah-mewah?

19 comments:

  1. saya terpikir,kalaulah Malaysia jugak punya pemimpin mcm tu...:)

    ReplyDelete
  2. saya juga brharap akan lahir seorang PM di malaysia begitu. Tapi pemimpin2 skrang di peringkat bawah pun dah brlagak mewah PM lagilah nak tunjuk dia mewah

    ReplyDelete
  3. Di M'sia lain org yg nampak kaya n mewah lebih dihormati. Pemikiran kelas dunia ketiga... Sebab itu pemimpin perlu hidup bermewah supaya dia
    dihormati. Sebab pemimpin juga otak kelas 3 seperti rakyat Malaysia juga

    ReplyDelete
  4. Pertama kali tahu berkenaan PM Uruguay ni..mana ada manusia yang mcm ni ...kalau Pemimpin msia juga begini Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Rakyat biasa pun terkejar kejar nak hidup mewah. Klu anda pergi ke kanada jarang dapat lihat rumah rumah mewah spt di sini yg terkadang designnya pun tak masuk akal. Org di sana hidup sangat basic dan sangat praktikal.

    ReplyDelete
  6. sepatutnya kaan presiden yg humble beginilah menjadi contoh pemimpin negara2 islam spt kita.. diaa mengingatkan sy akn tn guru nik aziz yg zuhud, tp sygnya bukan seorang muslim sipresiden nie..

    ReplyDelete
  7. pemimpin yang bukan muslim tapi lebih islamik daripada pemimpin yang muslim!
    cukup hebat..

    ReplyDelete
  8. Alangkah bagusnya kalau pemimpin di Malaysia juga hidup sederhana tidak bermewah2an.. dah tentu rakyat Malaysia turut terima tempiasnya..

    ReplyDelete
  9. Hana dah bca bibliografi buku dia mmg sgt hebat.. JR nk tnya henpon zenfone5 JR tu ok x?sbb ada yg kta mula2 laju nnti da stgh tahun dia start slow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zenfone 5 tu setakat ni alhamdulillah.. so far so good.. Mungkin sebab saya bukan jenis henfon selalu melekat di tangan, bukan kaki game & video, bateri pun cuma caj maksimum 2 x sehari.. kalau jenis pakai lasak mungkin jawapannya lain..

      Delete
    2. ok tq JR. Smlm dah grab zenfone6 utk husband

      Delete
  10. lagi bagus hidup bersederhana , sekurang kurangnya tak habiskan duit rakyat. hehe

    entri baru http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/11/blogger-buat-duit-online.html

    ReplyDelete
  11. sbb dia tahu bhw harta yg byk tak blh di bawa mati ...

    ReplyDelete
  12. kalau mampu apa salahnya, bukan sahaja pemimpin malahan rakyat biasa pun boleh hidup mewah jika benar benar atas usaha sendiri.

    masalahnya sekarang, segelintir pihak bermewah mewah dengan harta yang bukan hak nya.

    ReplyDelete
  13. Mungkin buat masa ini Malaysia memang tak mampu melahirkan
    pemimpin yang berjiwa rakyat seperti dia ( Presiden Uruguay ), tapi berdoalah satu masa nanti akan mucul juga pemimpin yg akhlak nya mirip kepada Khulafak Al-Rashidin. In sya allah.

    ReplyDelete
  14. Tertunggu-tunggu siapakah Perdana Menteri Malaysia yang sanggup buat macam ni...

    ReplyDelete
  15. Mashaallah. Humblenya Presiden uruguay ni.
    Rumah dia lebihkurang rumah rakyat biasa kat Malaysia..macam kita.

    ReplyDelete
  16. Semoga dia diberi hidayah Allah untuk memeluk Islam.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....