Minggu lepas pergi rumah kawan, tengok anaknya bela beberapa ekor kura-kura. Masa JR kecik-kecik dulu juga pernah bela kura-kura, cuma ia kura-kura yang bersaiz besar dan bukannya bersaiz kecil seperti di rumah kawan JR. Dan kura-kura yang JR bela masa kecik dulu tu diletak di luar rumah, bukan dalam rumah seperti di rumah kawan JR.
Bercakap tentang kura-kura teringat tentang satu festival yang di adakan setiap tahun di Ohio County, Indiana, Amerika Syarikat. Festival itu dinamakan snapperfest - pesta menyiksa kura-kura.
Pada pesta yang diadakan tiap tahun sejak 1996 itu, peserta dimestikan menyeksa kura-kura. Mereka menarik ekor, menghempasnya ke tanah menarik-narik kepala dan melapah kulitnya. Banyak kura-kura yang hancur tempurung kulitnya dan dibiarkan mati.
Patutlah di Amerika selalu jadi peristiwa mengamuk termasuk di peringkat budak-budak sekolah lagi. Sejak kecil mereka didedahkan dengan kekejaman, bila besar mereka akan memilih kekejaman sebagai salah satu jalan hidup.
Entah apa yang seronoknya tengok binatang mati?
Agaknya penganjur "I want to touch a dog" di Malaysia boleh buat kempen "I want to touch a turtle " di Indiana bagi menyemai rasa cinta terhadap kura-kura yang tak berdosa itu....
teringat kura2 kat rumah bapa sedara suami saya...berbelas2 ekor dalam bilik air...
ReplyDeleteAmerika ini pelik2.. ada stgh yg sangat caring dgn binatang sampai semut melintas pun berhenti. Yang ni pi seksa plak..
ReplyDeleteDulu ada bela dua ekor tapi bila dah semakin besar, tak sampai hati nak biarkan dalam balang tak berapa besar tu.. sudahnya kami lepaskan di Tasik Shah Alam.. ;)
ReplyDeleteYa Allah ngeri pulak baca.
ReplyDeleteTak pasal2 haiwan yang tak berdosa tu menjadi mangsa kegilaan manusia...
ReplyDeletePadanlah haiwan kura kura ni semakin pupus...kerja gila!
pihak animal lovers di US tak bantah ke?
ReplyDeleteYa Allah. Teruknya.
ReplyDeleteSiksa binatang macam tu.
Depa kena buat kempen, "touch and kiss a tortoise" tu.
ishh..x sanggup tgk binatang di siksa camtu...
ReplyDelete