Kisah benar ini berlaku malam tadi.
Lokasi kejadian: ruang tamu rumah JR.
View: Kelihatan seorang wanita sedang berjalan tergesa-gesa dari arah dapur ke ruang tamu...
View: Kelihatan seorang wanita sedang berjalan tergesa-gesa dari arah dapur ke ruang tamu...
Isteri: Abang, siti mati...
JR: Hah...Siti mati? Bila...accident ka..?
Isteri: Mati atas bumbung dapur. Busuk!
JR: Macam mana dia panjat bumbung, pasai apa tak pangge (panggil) tukang rumah...kan dia banyak duit?
Isteri: Banyak duit apa pula ni? Tak kan tikus banyak duit?
JR: Jadi tikus yang mati?
Isteri: Habis sapa yang mati?
JR: Dengar tadi siti...ingat Siti Nurhaliza?
Isteri: Laaa...Sapa yang kata Siti Nurhaliza mati? Cik siti yang mati... si-tikus!!
JR: Cakaplah tikus, ini siti...
JR tak tau bagaimana dengan negeri-negeri lain, tapi bagi kami di Utara (terutama generasi otai), tikus juga dipanggil sebagai siti atau cik siti (kependekan daripada si-tikus), kononnya untuk menghormati binatang itu supaya dia tak ganggu kehidupan kita. Tapi tu lah...panggil cik siti, kononnya nak respect dia pun bila time cik siti nak mengamuk, habis juga barang dalam rumah yang dia gigit..
Yang susahnya bila cik siti ni mati atas siling bumbung. Nak panjat siling tak cukup kepakaran, terpaksa biar aje lah sampai mereput. Bangkai tikus memang busuk, agaknya berhari-hari lepas ni kenalah pakai mask bila berada di dapur, hehehehe...
Bikin gempak ja...bikin panas ja JR....
ReplyDeleteitulah..saya biasa dengar org kat kedah ni panggil cik siti..konon tak boleh panggil nama penuhnya...
ReplyDeleteJR yg salah faham ingat Siti Nurhaliza. Pdhal wife cuma ckp Siti je. Sama jugak, kadang2 panggil tikus cik siti. hehe.
ReplyDeleteHehe..
ReplyDeleteAritu pun ada cik ti mati atas bumbung rmh mak, mujur boleh kait dari tepi..anak sedara perempuan yg panjat amik bangkai dah kering tu.
Hihi... kalau CT Nurhaliza baca mesti dia pun gelak.
ReplyDeleteTempat kakak panggil Mak menti. Entahlah kenapa..
sy org Penang pon panggil cik siti or cik ti...hihihi
ReplyDeletehahaha...sj bikin suspen :p
Saya pun pelik dgn culture kita, tak boleh sebut " tikus" nanti dia tahu...hahahaha..
ReplyDeleteOh ya, saya ada nasihat sikit pasal lutut JR tentang entry JR beli glucosamine + chondroitin tu...ni saya copy paste balik apa yg saya komen di situ :
Teruskan makan JR, sekurang kurangnya 3- 4 bulan.. Jgn stop makan, walaupun dah rasa OK. Proses regeneration tissue ambil masa, dan JR kena igt, penyakit osteoarthritis ialah degenerative disease ( sebab usia), maka makin lama, mmg fitrahnya makin kurang synovial fluid, dan makin haus segala cartilage kita :)
Memang cuba untuk tidak sebut nama penuh tikus tu bila kat rumah, takut habis barang di gigit manja tapi kena jugak.. huhuhu.. ada tupperware dikunyah cantik oleh cikTi..
ReplyDeleteBetul la tu Jay.. mak pun selalu kata cik siti, dia kata nanti tikus tu dengar dia ngamuk rosakkan barang plastik kat dapur.. huhu.. pelik tapi benar
ReplyDeleteHaha...Nauzubillah CT Nurhaliza..
ReplyDeleteKami pun sebut cik siti.
Ikut mak - orang perak.