Di Alor Setar sekarang ni hari-hari waktu petang langit kelam. Kemudian hujan turun. Biasanya hujan turun agak lebat juga. Kadang-kadang disertai ribut petir.
JR ni dah la ada astrafobia (fobia kepada petir), jadi bila langit berdentum dentam dengan angin kuat begitu memang tak senang duduklah JR. Cuma astrafobia JR tak sampai tahap menyorok di bawah katil atau sembunyi dalam almari bila terjadi ribut petir seperti sesetengah kes yang JR pernah baca.
Sejak berlaku puting beliung di Pendang 3 minggu lepas, cuaca di Alor Setar memang sangat tak menentu. Lepas puting beliung di Pendang, hari Jumaat lepas jadi satu puting beliung lagi di Mergong, Kepala Batas dan Sungai Baru, Alor Setar menyebabkan hampir 100 rumah musnah.
Tiga hari lepas pula beberapa buah rumah rosak apabila angin berwarna putih tiba-tiba datang bergulung-gulung menghentam rumah di Taman Wira.
Sehari lepas tu pula sebuah kereta rosak teruk di Jalan Sultan Badlishah ketika ribut mengganas di Alor Setar.
Petang tadi juga hujan agak lebat dengan angin boleh tahan kuatnya. Seperti biasa sekarang ni kalau hujan JR akan mendongak langit....takut kalau-kalau ada tanda angin puting beliung. Nasib baik tak nampak awan hitam berekor...alhamdulillah...
Tiga hari lepas pula beberapa buah rumah rosak apabila angin berwarna putih tiba-tiba datang bergulung-gulung menghentam rumah di Taman Wira.
Sehari lepas tu pula sebuah kereta rosak teruk di Jalan Sultan Badlishah ketika ribut mengganas di Alor Setar.
Petang tadi juga hujan agak lebat dengan angin boleh tahan kuatnya. Seperti biasa sekarang ni kalau hujan JR akan mendongak langit....takut kalau-kalau ada tanda angin puting beliung. Nasib baik tak nampak awan hitam berekor...alhamdulillah...
Mengapa sejak akhir-akhir ini Alor Setar menjadi target puting beliung dan ribut petir? Masa JR pergi ke Pejabat Pos tengahari tadi pun dengar orang bercakap benda yang sama. Ada yang kata anak-anak mereka sekarang dah trauma bila setiap petang ada angin kuat menampar dan menghentam rumah mereka. Takut bumbung dan dinding rumah tercabut!
"Apa dosa orang Alor Setar setiap hari Allah turunkan angin kuat dari langit??" kata seorang abang yang beratur di sebelah JR untuk urusan di Poslaju.
Dosa orang Alor Setar? Hanya Allah Yang Maha Tahu...
Ini iklan paling baru, iklan ni baru naik 2 hari lepas memenuhi pokok-pokok dan tembok sekitar Alor Setar:
Kadang-kadang kita terlupa Allah sedang memerhatikan kita.....
Kat tempat saya ni pun sejak minggu lepas tiap ptg guruh kilat punyalah kuat. Siap tutup langsir sbb takut nampak cahaya kilat tu besar. Kdg ada hujan, kdg guruh kilat saja2.
ReplyDeleteSemoga kita semua dlm perlindungan Allah!
Tak boleh nak kata 100% kejadian tu balasan/ warning dari Allah.
ReplyDeleteTapi, melihatkan poster2 tu, mmg kalau kita guna akal fikiran yg dikurniakan, kita boleh tahu salah satu sebab terjadinya siri siri ribut & puting beliung.
Hanya Allah yg tahu diatas segala kejadian...
ReplyDeleteamat memalukan. Ingatkan bertsmbah bagus..
sekarang ni pun sedang hujan lebat bersama ribut petir di sini pada jam 10 mlm . pd saya mudah jer . lbh kan amal ibadah kita . selebihnya serah sahaja pd Allah ... x de apa yg blh menghalang kehendak Allah .
ReplyDeleteDan dosa yg paling kita sering terlepas pandang ialah mengumpat dan mengata.....tak perlu poster
ReplyDeleteZaman black metal yang anak IM hampir terjerumus sama ke dalamnya juga memuncak di Kedah...
ReplyDeleteAnggaplah sebagai suatu peringatan. Kita kan selalu terlupa dan terlalai...
ReplyDeletemusim hujan.
ReplyDeleteAllah menyentuh kita dengan caranya sendiri namun masih ramai yang menganggap cuma fenomena alam.. biasa-biasa saja..
ReplyDeleteHuih, diam2 ubi jugak Kedah ye. Nampak mcm tenang je. Itu pun yang kita tau melalui poster yg naik. Yang tertutup dan senyap2 rasanya banyak lagi tu. Bukan kat Kedah je, tempat lain pun banyak JR>
ReplyDeleteKat Seremban area rumah saya pun baru ni kalau hujan mmg lebat gila sampai banyak pokok tumbang hadang jalan.
ReplyDeleteKat tepi2 jalan batang2 pokok terbelah 2.
Betul ke berita2 kat atas tu, JR.
ReplyDeleteAstaghfirullah..