»

12 November 2014

Puting Beliung Melawat Kedah Lagi!!


Petang tadi sekitar pukul 3.00 petang, puting beliung mai 'melawat' Kedah lagi, kali ini puting beliung buat lawatan hormat ke Kuala Sala pula. Lawatan yang tak pernah diundang!!

Dah 4 kali dalam tempoh 4 minggu sejak bulan lepas puting beliung melanda Kedah. Mula-mula di Pendang (14.10.14), lepas itu Sungai Baru (31.10.14), kemudian Taman Wira (2.11.14) dan petang tadi Kuala Sala pula diserang puting beliung. Setakat tadi kabarnya 20 rumah rosak teruk akibat serangan puting beliung di Kuala Sala. Malah ada kereta Proton Wira penduduk yang diterbangkan angin dan tersangkut di pokok mangga...dahsyat!!

Antara beberapa gambar yang JR kongsi dari beberapa media sosial mengenai serangan puting beliung petang tadi di Kuala Sala:


Sekali lagi Allah memilih Kedah untuk ditimpakan ujian yang menakutkan itu. Daerah yang diserang puting beliung pula cuma Alor Setar dan kawasan sekitarnya termasuk Pendang (15 km dari Alor Setar) dan Kuala Sala (18 km dari Alor Setar). 

Mengapa Allah memilih Kedah dan kawasan Alor Setar dan sekitarnya untuk ditimpakan ujian itu? Ia hanya rahsia Allah, Dia yang Maha Tahu. Agaknya ia tak ada kena mengena dengan apa yang orang Kedah buat. Agaknya juga seperti kata Jabatan Meteorologi, ia cuma fenomena alam biasa yang dulu juga pernah berlaku tapi kerana dulu tak ada media sosial, ramai yang tak mengetahuinya.

Semoga Allah sentiasa melindungi hambaNya dari mara bahaya...

9 comments:

  1. Mengerikan...

    Lihat dgn mata hati, Insya Allah akan tahu punca nya

    ReplyDelete
  2. Ada jugak tengok dalam berita tv tadi...

    ReplyDelete
  3. asalam JR apakah petanda itu, dilihat agar kita semua lebih bertaqwa dan ingat Allah sentiasa

    ReplyDelete
  4. kalau sudah kerap mcm nie septutnya sistem amaran kena ade agar penduduk sedikit sebanyak dpt membuat persedian. mcm kat fiji nie kebykkan rumh dibuat hurricane proof sbb dah biasa sgt ngn fenomena taufan kn..jd precaution kena amek jgk kt negaara kita dimana struktur rumah perlu dibaiki agar menjd lebih kukuh terutama bhg bumbung..sbg langkh berjg2 tuk mengelak kerugian yg lebih n kemlangan jiwa jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat-sangat setuju dengan UAA... Ia fenomena baru di sini, mungkin ramai yang belum terpikir mengenainya..Sekarang sudah tiba masanya Pihak Berkuasa melakukan sesuatu dan bukan setakat cuma pergi beri bantuan lepas puting beliung berlaku....

      Delete
  5. saya tgk gambar2 tu pun dah cukup menakutkan..

    ReplyDelete
  6. Moga semua mangsa kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan ini.. dan moga pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat agar sekiranya berlaku selepas ini, dah ada sistem sokongan untuk penduduk sekitar.

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya bila Allah.nak timpakan bala..
    Dia tak timpakan pada segelintir hambanya sahaja. Habis semua kena.
    That's why orang yang berilmu kena tegur orang yang buat maksiat.
    Orang yang buat maksiat, tolong bagi kerjasama jangan nak kata kami menyibuk tepi kain orang pulak.
    Ni bala ni sapa yang cari?
    Ko pikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  8. dunia akhir zaman..bencana di sana sini. Ini adalah salah datu peringatan sari Allah tetapi manusia belum sedar..SEDIH!!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....