Korang pernah dengar tentang gajah putih? Gajah putih ada dua makna, pertama, gajah yang ada belalai dan gading berwarna putih yang hanya wujud 1 dalam 1,000. Kedua projek gajah putih yang nampak hebat tapi tak berguna sesen pun untuk rakyat. Di negara kita juga ada projek gajah putih..
Tapi yang JR nak cakap ni bukan tentang gajah putih, tapi tentang kuda putih. Kuda putih itu sekarang ada dalam rumah JR, bukan seekor tapi dua ekor berada dalam rumah:
Ini kuda putih nombor 1:
Ini pula kuda putih nombor 2:
Mengapa JR panggil ia kuda putih? Ini kerana 'binatang' tu boleh ditunggang seperti kuda. Cuma ia kuda statik...exercise bike.
'Binatang' dua ekor di atas tu dibeli atas permintaan isteri konon untuk elakkan lemak-lemak nakal mengorat tubuh badannya. Mula-mula beli seekor tapi lepas sebulan, isteri jatuh cinta pula dengan seekor lagi kuda yang lebih hensem. Sebab itu sampai sekarang ada dua ekor kuda dalam rumah.
Yang jadi masalah tentang exercise bike ini ialah ia digunakan dengan lasak pada minggu pertama dan kedua lepas beli saja. Masuk bulan kedua isteri guna sekali sekala saja, itu pun lepas JR sindir. Bila lepas enam bulan jadilah exercise bike tu seperti gajah putih, opppsss...kuda putih yang tersadai begitu saja. Akhirnya kuda putih itu bertukar kandang...masa mula-mula diletakkan dalam master bedroom, lepas itu isteri alihkannya ke tepi dinding dekat dapur.... Bila dah bertukar kandang faham sajalah, lalu depannya pun isteri tak jeling lagi kuda dua ekor tu...
Sebab itu JR panggil ia kuda putih kerana seperti projek gajah putih exercise bike ini hanya jadi bahan pameran saja sekarang. Harga masa beli ribu-ribu ringgit juga setiap satu, akhirnya lepas 2 tahun beli ia tersadai begitu saja...
Apa nak buat, demimu isteri...hehehehe...
hahahaha...
ReplyDeleteTu sebab JR, kalau beli indoor exercise machine macam kuda putih tu..treadmill...kena ada semangat yang kuat...Lain kalau gi gym,kita tgk org lain naik,kita pun teruja bersemangat nak naik..
JR boleh la guna kuda2 putih tu,sementelah JR dah takboleh aktif jogging...;P
Kat rumah kakcik, kuda putih tu dah jadi gajah putih! ;-)
ReplyDeletehahaha..ingat sunggh la ada kuda masuk rumah JR.sebab hari tu ular, kotlah ni kuda plak.untung akak dapat suami penyayang macam ni.hihihi.esok-esok datanglah tu keinginan nak bersenam
ReplyDeleteasalam...ala kena guna dengan sebaiknya kuda putih ni. Tahnia jaga kesihatan ..
ReplyDeleteyg memula beli tu lebih efektif nak hilangkan lemak... sebenarnya beli dua untuk suami isteri sama2 guna... baru lah ada semangat... suami kena jadi coach utk isteri...
ReplyDeletehaha...jgn salahkan isteri JR kerana rata2nya mmg mcm tu..bersemangat ketika mula2 beli ja...
ReplyDeletedulu suami saya belikan treadmill...letak dlm bilik tido kami...mula2 bersemangat la..lama2 letak kat luar...lama2 bg kat org hehe
mmg begitu ngan kudaa2 nie JR..semngat awal2 jer..dah lama nanti jemu sbb asyik statik jer...klo kuda diri sendiri tuh interesting lak sket kang leh cuci mata kt maner2...
ReplyDeletejgn kuda putih jd hiasan sudah
ReplyDeleteturn JR pulaklah guna sementara belum boleh berjogging ni..
ReplyDeleteoh itu ker kuda putih nyer.. dulu pun dlm rumah ada sebiji.. semua semangat.. tapi lepas beberapa bulan bukan dah tak berebut.. seorng pun tak sentuh hahahaha:D
ReplyDeleteAlahai kakak, kenapa tak pakai, sian suamimu dah beli mahal2. Kalau suami saya entah belikan ke tak.
ReplyDeleteTapi, memang dia.takkan belilah untuk saya sebab saya kerempeng macam lempeng.