»

20 November 2014

Adegan Polis Terlampau (Berlaku Depan Mata)


Tiga hari lepas JR terbaca entri dalam blog Macam-Macam Ada bertajuk 'Keganasan Polis'. Ada ditunjukkan dalam blog itu gambar-gambar anggota tubuh seorang budak lelaki yang jadi mangsa belasahan polis.

JR bukan nak memburukkan anggota polis. Di kalangan keluarga JR sendiri ada anggota polis, jiran di sebelah rumah JR juga polis, ramai lagi polis yang JR kenali. Semua polis yang JR kenali baik-baik belaka, tersangat baik, caring, helpful..

Tapi perangai terlampau atau over acting beberapa kerat anggota polis itulah yang memburukkan imej polis. Seekor kerbau bawa lumpur semua terpalit. Hingga ada orang kata PDRM bukan bermakna Polis Diraja Malaysia tapi Polis Raja Di Malaysia!

JR nak tambah, nak kongsi dua peristiwa yang melibatkan anggota polis yang berlaku di depan mata JR sendiri. JR tak nak kata polis yang JR tengok tu ganas, lebih sesuai dikatakan polis terlampau kerana mereka buat sesuatu yang melampaui tugas polis:

Peristiwa 1:

Peristiwa ini berlaku kira-kira 4 tahun lalu. Ketika itu polis membuat operasi  menahan pesalah trafik di Bulatan Teluk Wanjah, Alor Setar. Kebanyakan yang ditahan ialah pemilik motorsikal kerana berbagai kesalahan trafik.

Betul-betul di depan JR yang ketika itu menaiki kereta bersama isteri, kelihatan seorang budak lelaki Melayu menunggang motorsikal kapcai bersama pemboncengnya (juga budak lelaki Melayu). Tiba-tiba kapcai itu memecut laju seperti cuba loloskan diri dari road block polis. Tak semena-mena JR lihat seorang anggota polis berkulit gelap bertindak membaling suatu objek (menyerupai besi) ke arah motorsikal itu. Motor bersama penunggang dan  pembonceng di atasnya kelihatan jatuh berguling-guling atas jalan raya. Anggota polis yang membaling objek itu bersama seorang lagi kawannya berlari ke arah kedua-dua budak itu (yang nampak tercedera selepas jatuh motorsikal) dan menendang kedua-dua mereka bertubi-tubi.

JR bukan nak membela dua budak Melayu itu, mereka mungkin buat salah dan patut dihukum jika buat salah... Tapi patutkah polis membaling motor mereka dengan objek keras hingga mencederakan mereka? Patutkah mereka yang cedera diterajang pula ketika PDRM sendiri selalu kata masyarakat jangan mendahului undang-undang? 

JR bukan saja kesian kat budak dua orang itu, tapi lebih kesian kepada keluarga anggota polis yang terlampau itu. Sapa yang susah jika ditakdirkan budak dua orang itu mati atau cedera parah? Jika budak itu mati atau cedera parah, kes itu akan dibawa ke mahkamah.  Jika anggota polis itu didapati salah oleh mahkamah sapa yang nak jaga anak isterinya? Anggota polis itu mungkin boleh makan free dalam jail, tapi anak isteri mereka di luar makan apa??

Peristiwa 2:

Peristiwa ini berlaku 7-8 tahun lalu, ketika JR menjadi suami hujung minggu (weekend husband), setiap minggu berulang alik antara Alor Setar - KL demi tuntutan kerja. Suatu petang,  seperti biasa, bas ekspress yang JR naik dari KL ke Alor Setar akan singgah untuk berehat di R&R Bukit Gantang. 

JR ketika itu sedang minum teh ais di gerai R&R itu apabila terdengar suara kereta membunyikan hon dengan agak kuat beberapa kali. Pandangan JR tertumpu kepada satu lorong kecil mini tar di sebelah R&R. Kelihatan seorang budak lelaki Melayu berpakaian sekolah rendah (tapi badan agak besar macam budak sekolah menengah) tanpa topi keledar menunggang motorsikal dalam keadaan seperti kalut dan ketakutan. Mengekori di belakangnya ialah sebuah kereta peronda polis yang membunyikan hon tadi. 

Tiba-tiba kelihatan kereta polis itu melanggar belakang motorsikal budak itu. Budak lelaki itu jatuh bersama motorsikalnya atas jalan. Kelihatan dua orang anggota polis keluar dari kereta polis. JR ingat mereka nak tolong budak yang kelihatan seperti cedera selepas terjatuh dari motor itu. Tapi rupanya tidak!

Budak itu yang cuba berdiri dengan kaki terhinjut-hinjut sebaliknya ditempeleng beberapa kali oleh seorang dari anggota polis itu hingga dia jatuh sekali lagi atas jalan.

Ketika itu hati JR rasa mendidih dan sangat marah! Rasa ringan saja tangan untuk mencapai batu dan melontar ke arah 2 anggota polis yang terlampau itu. Mujur bas kami sudah membunyikan hon sebagai isyarat nak bertolak. Jika tidak mungkin JR tak balik ke Alor Setar petang itu tapi bermalam di lokap polis atas tuduhan mengganggu tugas polis...

Memang budak itu bersalah, sekolah rendah lagi dah menunggang motor. Tak pakai topi keledar pulak tu. Tapi tindakan melanggar motor budak itu dan kemudian menamparnya hingga terjatuh adalah sangat biadab, samseng dan tak bertamadun!

Sebenarnya ada satu peristiwa lagi melibatkan anggota polis yang terlampau. Tapi ia terlalu panjang untuk entri ini. Mungkin lain kali kalau ingat boleh cerita...

Sampai sekarang JR masih bersangka baik dengan polis kerana majoriti polis yang JR kenali memang sangat baik. Dua kes di atas mungkin kes terpencil tapi yang terpencil itulah yang akan kita ingat sampai bila-bila kerana ia berlaku di depan mata sendiri...

9 comments:

  1. Ish.....budak sekolah rendah dilanggar dan ditempeleng? Macam tak masuk akal nak buat budak-budak macam tu. Rasanya mcm kurang ajar sgt2 polis tu...aduhai!

    ReplyDelete
  2. betul tu JR...dek kerana perangai sehgelintir polis yg seolah gila kuasa..ramai yg baik hati..yg ikhlas bekerja..terpalit sama...
    oppss...data yg dikeluarkan SPRM 2,3 minggu lps jugak menunjukkan PDRM dikedudukan teratas..

    ReplyDelete
  3. setuju sgt... polis mmg kena berkeras skit sebab tugas mereka memastikan undang2 dipatuhi. kalau lembut nnt org tak dengar cakap dan makin berani langgar undang undang. cuma masalahnya mereka berani berkeras dgn budak2 dan org biasa je.

    ReplyDelete
  4. ada polis yang sabar, ada yang tidak.orang putih kata, ada good cop, bad cop.yang samseng tu kadang-kadang terlebih-lebih.tapi bagi saya tu lagi bagus dari yang makan rasuah.huhu

    ReplyDelete
  5. Ya Allah! mendidih hati saya baca. Ni bkn tegas, ni samseng namanya. Org tak melawan..takde kudrat melawan..tak payah la polis berkasar.

    ReplyDelete
  6. Utk kisah pertama tu, kalau lah dah baling sekalipun, jgn la di terajang lagi budak yg dah jatuh.

    Utk kes kedua tu, itu mmg kes naya..betul POLIS ITU JAHAT..sengaja melanggar.

    Kita tak cerita lagi kisah polis makan rasuah ni JR

    ReplyDelete
  7. IM dalam mengendalikan kes kes Akhmal dengan polis dah tengok banyak.

    sebab itu IM kalau tengok polis, tengok dengan ketawa. respek tu dah hilang separuh.

    yang muda kot la,,, tapi yang tua tu pun 2X5. bulan puasa pun depa buat hal...

    tapi JR, adik IM pun polis juga..he..he..

    ReplyDelete
  8. Setuju.. sebab segelintir polis yg tak beretika habis yg baik pun kena sekali..

    ReplyDelete
  9. Teruk betul sikap tak bertamadun polis dalam 2 kejadian di atas.
    Dah jadi macam road bullies pulak.
    Memanglah patut tangkap budak-budak tu..
    Tapi, bukan terajang atau langgar & tempeleng.
    Memang b*ng*ng dah kirenye macam tu.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....