»

10 October 2014

Semua Kita Ada Sisi Hitam


Semua kita ada sisi hitam di batang tubuh kita. Tak banyak, sikit. Tipulah jika ada yang mengaku dia baik sebaik-baiknya, jujur sejujur-jujurnya, tak ada langsung sisi hitam di tubuhnya. Cuma bezanya banyak mana sisi hitamnya...1%, 10%, 70%, 80%? 

Mana manusia yang tak ada langsung dosa hingga tempatnya terjamin di syurga? Yang tak ada langsung sisi hitam, yang sifatnya  baik, tak tercela, tanpa dosa, maksum cuma para Rasul saja.

Cuma bila seseorang itu sudah meninggal, janganlah sisi hitamnya diungkit-ungkit. Apa lagi jika sisi hitam yang kecil diperbesarkan untuk menyedapkan cerita. Mengapa kejam sangat membesarkan sisi hitam kepada mereka yang sudah pergi kerana mereka yang sudah pergi tak berpeluang mempertahan diri sendiri. Ia tak adil untuk mereka.

Pikirlah sama tentang waris-waris mereka yang sudah pergi. Mereka yang mati sudah mati tapi mereka yang hidup masih punya perasaan, jiwa dan hati yang belum mati. Hormatilah mereka yang masih hidup. Kalau kena batang hidung sendiri, bila sisi  hitam bapa, ibu, datuk dan nenek kita diungkit apa kita rasa?




Mari kita sedekahkan al-fatihah buat mereka yang sudah pergi. Semoga mereka damai di sana...

3 comments:

  1. betul tu JR. Walaupun mariani kata, itu adalah kisah sebenar, tapi itu daripada persepsi dia dan keluarga dia. Sepatutnya perlu lebih berhati2 kalo melibatkan kisah sebenar dan watak sebenar plak tu. Lain la kalau org tu, takde org kenal, dan semua guna nama samaran.

    ReplyDelete
  2. Biarlah Allah yang menghukum siapa yang mereka cerita watak yang sudah tiada. Allah tu maha adil.

    ReplyDelete
  3. Berkatalah dengan cara yang betul, agar tiada insan lain terguris hati..kadangkala memang terasa bila ada orang lain perburukkan keluarga kita...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....