»

09 October 2014

Terima Kasih Tuhan


Terima kasih Tuhan
anugerahkan sehari lagi untukku bernafas
izinkankan sehari lagi untukku sedut oksigenMu
sehari lagi untukku sujud mensyukuri nikmatMu
sehari lagi untukku berteduh di bawah matahariMu
sehari lagi untukku mengira bintang-bintangMu
sehari lagi untukku merasai belai bayuMu
sehari lagi untukku sentuh dingin hujanMu
sehari lagi untukku lihat tawa anak isteriku.

Terima kasih Tuhan
memberi kehidupan sehari lagi
kerana esok bukan milikku
kerana esok aku tidak pasti 
masihkah Kau izinkan aku berdiri di sini..

~JR
menjelang Subuh 9.10.14

6 comments:

  1. Asalam..sajak ketuhanan Syukran Ya Allah juga kepada semua teman blogger Etuza.

    ReplyDelete
  2. sentiasa bersyukur kepada allah setiap masa dan ketika

    ReplyDelete
  3. Asyukurlaka ya rabbi~
    Jom jadi hamba yang sentiasa bersyukur. Allahu..

    ReplyDelete
  4. Moga kita semua di bawah lindunganNYA dan sihat selalu hendakNYA.

    ReplyDelete
  5. sajak kesyukuran ni ye JR.

    ReplyDelete
  6. Subhanallah.....Syukur Alhamdulillah....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....