»

14 October 2014

Soalan Ujian Bertulis PT3 Juga Bocor?


Sejujurnya JR tak nak percaya apa yang JR dengar petang kelmarin tuh. Tak mungkin ia berlaku! Atau ia cuma salah tafsir atas apa yang sebenarnya berlaku?

Semasa hadir taklimat peperiksaan PT3 (Pentaksitan Tingkatan 3) yang bermula tahun ini (menggantikan PMR) yang JR hadiri, Pengetua sekolah anak JR  belajar dah beritau kami semua waris pelajar, soalan Ujian Bertulis PT3 yang bermula kelmarin hingga Khamis ni tak mungkin akan bocor, tak mungkin! Ini kerana peperiksaan/ujian bertulis  PT3 tak sama dengan peperiksaan PMR dalam banyak perkara:

i) Dalam peperiksaan PMR, semua soalan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan semua sekolah di Malaysia dibekalkan dengan satu set soalan yang sama.

Tapi untuk ujian bertulis PT3 pula setiap sekolah dibekalkan dengan soalan yang berbeza. Pihak Lembaga Peperiksaan telah mewujudkan bank soalan PT3 dengan beberapa set soalan yang tidak sama untuk setiap sekolah. Kod-kod tertentu diwujudkan untuk setiap set  soalan. Beberapa hari sebelum hari peperiksaan, pihak sekolah akan diminta memilih sendiri set soalan PT3 berdasarkan nombor kod yang diberi Lembaga Peperiksaan. Pihak sekolah  sendiri tidak tahu apakah soalan-soalan yang terkandung di dalam kod yang mereka pilih itu. Kalau soalannya senang bertuahlah murid-murid sekolah itu. Kalau susah nasiblah...apa nak buat??

Peraturan ini dibuat bagi memastikan semua sekolah dibekalkan set soalan yang berbeza untuk setiap kertas dan dengan itu kebocoran tak mungkin berlaku kerana setiap sekolah mempunyai set soalan yang tidak sama.

Sebelum hari peperiksaan ujian bertulis PT3, Lembaga Peperiksaaan akan minta pihak sekolah mencetak sendiri set soalan yang mereka pilih (berdasarkan kod) untuk diedarkan pada hari peperiksaan. Di peringkat ini guru-guru sudah tahu apa soalan untuk murid-murid sekolah mereka tapi mereka tak dibenarkan membocorkan soalan peperiksaan itu.

ii) Dalam peperiksaan PMR, pemeriksa kertas jawapan PMR ialah sekumpulan pemeriksa yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan. Murid-murid dan pihak sekolah sendiri tidak tahu siapakah pemeriksa kertas jawapan PMR.

Berbeza pula dengan PT3, guru-guru sekolah berkenaan  sendiri yang akan memeriksa kertas jawapan anak murid mereka. Tapi Lembaga Peperiksaan telah mewujudkan satu mekanisme sangat rapi bagi memastikan guru yang memeriksa kertas tidak berpeluang untuk bias atau membantu menaikkan markah murid-murid sekolah mereka. Jika ada guru yang didapati bias atau cuba membantu murid sekolah mereka dengan memberi markah lebih tinggi dari yang sepatutnya, mereka akan dapat dikesan oleh pihak Lembaga Peperiksaan yang melantik pasukan pemantau bagi memeriksa balik sampel jawapan setiap sekolah.

iii) Satu lagi yang membezakan PT3 dengan PMR ialah soalan PT3 dalam bentuk subjektif, PMR pula kebanyakannya objektif. Zaman JR dulu ada kawan-kawan yang baca pun tergagap-gagap tapi dapat keputusan baik maklumlah pakai tanda A, B, C saja...

Apa yang JR dengar petang kelmarin ketika menunggu untuk menjemput anak di sekolah sebaliknya pula. Ada waris berkata ada guru-guru sekolah (bukan sekolah anak JR belajar) yang kurang intergriti dan tidak amanah yang telah membocorkan soalan kepada murid-murid sekolah mereka. Walaupun mereka tak cetak dan edar soalan PT3 sebelum hari peperiksaan, tapi mereka telah beritahu secara lisan kepada pelajar yang akan ambil PT3 di sekolah mereka apa  soalan-soalan yang 'mungkin keluar'.

Memang guru yang mencetak sendiri soalan PT3 sudah tahu apa soalan PT3 yang akan terbit untuk sekolah mereka. Cuma yang membezakan ialah sama ada guru itu berintegriti dan jujur atau tidak.

Semua orang boleh cakap ada soalan bocor tapi di mana buktinya? JR tak percaya ada guru yang berani buat begitu. Peristiwa 14 guru ditahan kerana membocorkan soalan UPSR masih segar di ingatan, mana mungkin ada yang saja-saja cari pasal nak bermalam dalam lokap polis untuk PT3?

7 comments:

  1. harap2 integriti dapat dipelihara.

    ReplyDelete
  2. Ada lagi kes begini ..aduhai apa nk jadi ni

    ReplyDelete
  3. Integriti yang membezakan antara setiap guru tersebut.

    ReplyDelete
  4. Rasenye cikgu2 tu cume cakap "soalan ni masuk periksa" camtu2 je kot.

    ReplyDelete
  5. Saya harap betullah kata cikgu besar tu JR..

    ReplyDelete
  6. oh.. mcm tu perbezaannya. kalau kita (contoh) tahu soalan apa yang akan keluar.. mungkin tak kita akan kata pada anak2... 'bacalah tajuk bla..bla...' atau 'dah baca tajuk bla..bla?"

    ReplyDelete
  7. JR ...saya dpt feedback drp kakak ipar cikgu dan kawan cikgu...depa kata pt3 ni lagi byk wayang kulit...hehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....