»

13 October 2014

Selamat Menghadapi Ujian Bertulis PT3


Korang yang mempunyai anak di Tingkatan 3 tentu hati sedang berdebar-debar kerana mulai hari ini hingga Khamis anak akan menghadapi  Ujian Bertulis PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3). Peperiksaan PT3 dimulai pada tahun ini bagi menggantikan PMR (Penilaian Menengah Rendah) yang telah pun berakhir pada tahun lepas.

Peperiksaan PT3 sangat berbeza dengan PMR. Jika PMR lebih kepada peperiksaan bertulis tapi PT3 mempunyai pelbagai instrumen - kajian kes (untuk subjek Sejarah dan Geografi), ujian lisan bertutur dan mendengar (untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan ujian bertulis (untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan bahasa etnik-etnik lain).

Kajian kes (ala-ala mini thesis) untuk subjek sejarah dan geografi serta ujian lisan untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sudah selesai dijalankan pada Julai dan Ogos lalu. Mulai hari ini hingga Khamis pelajar-pelajar mendududuki peperiksaan ujian bertulis untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan bahasa etnik-etnik lain pula.

Kepada anak dara JR - Fatrisha - dan mungkin anak-anak korang yang menduduki ujian bertulis PT3,  JR ucapkan  selamat menghadapi ujian bertulis PT3. Semoga semuanya sentiasa tenang ketika berada di dewan peperiksaan dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang...

                       Selamat menduduki Ujian Bertulis PT3, Fatrisha....

9 comments:

  1. Semoga Fatrisha tenang dan berjaya menghadapi peperiksaan PT3 ini...

    ReplyDelete
  2. Good luck buat Fatrisha..
    Moga cemerlang...

    Dan saya harap, moga takde lah kes " soalan PT3 bocor"

    ReplyDelete
  3. Cantik anak dara JR. ^_^
    Goodluck Fatrisya.

    ReplyDelete
  4. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan berjaya hendakNYA buat Fatrisya dan semua calon2 PT3 tahun ni.

    ReplyDelete
  5. oo.. P tu ialah pentaksiran. Ingatkan penilaian. Comelnya fatrisha. Goodluck ye dik.

    ReplyDelete
  6. Nasib baik zaman IM tak ada. Kalau tak pening juga sebab tak ada ABC...tak boleh tembak...hik!

    ReplyDelete
  7. Good luck Fatrisya. Muga Allah melapangkan urusanmu.....

    ReplyDelete
  8. Asalam Jr, pasti puteri tersayang akan berjaya..doakan dan doakan.Insha Allah

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....