»

06 October 2014

Malam Raya Bersama Annabelle


Selepas sehari suntuk menziarahi beberapa keluarga terdekat sekitar Kedah dan Pulau Pinang sempena Eidel Adha kelmarin, pada malamnya JR, isteri dan anak-anak ada satu acara khusus bersama si-Annabelle.

Lepas saja solat maghrib, kami berlima bergegas ke Alor Setar Mall untuk menemui Annabell. Anak-anak JR yang memang suka cerita misteri sudah merancang untuk mengintai Annabelle sejak ia belum berada di layar besar lagi. Lalu bila tau Annabelle dah berada di Alor Setar, sebelum kami bertolak ke Pulau Pinang lagi, mereka sudah membeli tiket untuk menontonnya. Ibu bapa terpaksalah mengikut - kalau ibu bapa tak ikut rugilah 2 tiket berharga RM30.00.


Bagi JR, filem Annabelle ini tak sehebat Conjuring yang juga filem seram yang ada kaitan dengan patung Annabell. Maklumlah pengarahnya berbeza - Annabelle diarahkan oleh John Leonetti, Conjuring pula diarahkan oleh pengarah berasal dari Malaysia, James Wan.

Tapi kerana lakonan pelakonnya yang sungguh mantap, di samping kesan bunyi yang hebat dan beberapa babak mengejutkan yang boleh membuat pesakit jantung mati di dalam panggung, filem ini tak menghampakan.


                                                Anak patung puaka bernama Annabelle

Yang paling menggelikan hati JR ialah telatah seorang gadis Cina di dalam panggung yang duduk di depan JR. Dah le jeritannya kuat setiap kali adegan mendebarkan muncul, tangannya siap memegang tuala menutup muka bila  wajah iblis yang merasuk Annabelle muncul.

Cerita Annabelle si-anak patung puaka ini sebenarnya berdasarkan satu kisah benar yang berlaku kepada satu keluarga di Amerika pada tahun 1970an dulu. Sehingga sekarang patung Annabelle yang telah memakan banyak korban ini masih wujud. Patung Annabelle kini disimpan rapi di dalam sebuah  musium di Connecticut, Amerika. Di bawah anak patung itu diletak pelekat yang meminta bekas menyimpan anak patung itu tak dibuka bagi memastikan tiada gangguan kepada orang sekitarnya.

Bagi peminat filem seram masih ada masa untuk menonton filem ini. Filem ini macam relevan juga dengan semangat pengorbanan di hari raya korban ini, kerana di hujung cerita seorang wanita kulit hitam yang tiada kena mengena dengan 2 watak utama cerita sanggup mengorbankan nyawanya demi melihat pasangan itu dan anak perempuan mereka terlepas dari gangguan iblis.

Jika ada yang nak tengok traillernya, boleh tonton di sini:


11 comments:

  1. mcm best citer.tak tau pulok james wan tu org malaysia

    ReplyDelete
  2. memang cerita seram kadang menakutkan..lepas tu terbayang wajah buruk ..ha kan dah takut..hehehe

    ReplyDelete
  3. hebat jugak pengarah dr malaysia ni ye....x teringin ke nk buat filem malaysia ? baginafas baru skitkt filemmalaysia yg skrg ni agak suam suammmm jek.

    ReplyDelete
  4. IM memang suka tengok filem thriller berbanding cerita cintan cintun. Tapi takut pula bila babak mengejutkan jantung.

    Tapi la ni dah lama tak pi panggung...

    ReplyDelete
  5. Tak seram dari conjuring? Alahaii..conjuring pun tak berape seram, acano nih. Layannn..

    ReplyDelete
  6. Saya suka tengok tv saja sb sambil tengok boleh buat kerja rumah....

    ReplyDelete
  7. Kerap kena tinggal, tak berani dah tengok cerita2 seram..

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya teena tak berani tengok citer seram, tapi bila survey mcm takde citer yang best. So maybe esok akan g tengok citer ni kat wayang. Btw, selamat hari raya aidiladha :) dah lama sy tak bw sini...

    ReplyDelete
  9. saya geram kalau anak2 tgk filem seram..nak tgk tp takut..mula la menjerit2...tutup muka dgn bantal..lps tu berteman nak ke bilik air..

    ReplyDelete
  10. saya geram kalau anak2 tgk filem seram..nak tgk tp takut..mula la menjerit2...tutup muka dgn bantal..lps tu berteman nak ke bilik air..

    ReplyDelete
  11. pernah tgk citer seram..mmg ada patung annabelle ni..nk tgk tapi tutup muka

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....