Sejak hari Jumaat lepas, rumah JR memang gamat. Gelak ketawa, gurau senda memenuhi setiap sudut rumah, terutama ruang tamu... Itu bab gelak ketawa dan keriangan. Belum lagi masuk bab rupa ruang tamu yang berselerak tarak dan sink di dapur yang dipenuhi pinggan mangkuk (sori...malu nak ambik gambar ruang tamu dan sink yang tak terurus!).
Mana tak bising...rumah JR kini dah full house. Semua hero-hero dalam rumah JR yang belajar jauh-jauh di IPTA Johor, Melaka dan Perlis balik bercuti Deepavali semester. Hero-hero yang belajar kat IPTA di Johor dan Melaka bercuti seminggu, hero yang belajar kat Perlis bercuti sebulan.
Bila semuanya berkumpul memang seronok. Makanan kat dapur yang baru dimasak sekejap saja licin, paham-pahamlah perut anak jantan yang sedang membesar, sat-sat lapaq, sat-sat lapaq..(Faham tak makna 'sat-sat lapaq, sat-sat lapaq'? Kalau tak paham tanya jurubahasa dari Utara..)
Yang tak seronoknya ialah tukang cuci ruang tamu dan tukang cuci pinggan yang bernama JR ni. Nak berleter kat anak-anak pun mereka dah besar-besar. Akhirnya anggaplah kerja mengemas ruang tamu dan mencuci pinggan mangkuk sebagai sebahagian dari cara beriadah paling santai!
Satu lagi masalah bila berkumpul ramai-ramai ini ialah bila semua anak mengeluarkan gajet masing-masing. Kesian kat streamyx kat rumah tu. Dah la cuma pakai pakej streamyx 1 Mbps kat rumah, bila semua 6 anak + mak + ayah semuanya buka gajet masing-masing, alahai...bukan lagi internet jalan terhinjut-hinjut tapi akhirnya capaian internet tak dapat terus, jem!
Jadi kalau JR kebelakangan ini tak singgah kat blog korang paham-paham sajalah kan...bukan sengaja tak nak singgah tapi kerana susah dapat line internet... full house!
singgah sini....
ReplyDeleteEnjoy this moment! Sebab nanti suatu hari bila masing berkerja dan bekeluarga kita tak ada lagi peluang macam tu.
ReplyDeleteselamat melayan kerenah hero2 ye JR. Seronoknya bila semua ahli keluargA ada di rumah, betul2 meriah.
ReplyDeleteasalam JR..iya ka..wah seronok dapat mengubat rindu. Pasti ada situasi makan bersama di luar sana.Anak lelaki Etuza baru flight..sayu lepaskan dia. dalam hatui hehehe
ReplyDeletesinggah sebentar di umah JR.
ReplyDeletejangan berasap moden tu dahler.
x dpt nk pakai wifi nnti bila singgah umah JR.
ehehe.
wah..seronok ni..kumpul ramai2.. makan ramai2..borak ramai2.. xpe kan..sekali-sekala streamyx jem.bila lagi..hihi...
ReplyDeleteWah! meriah rumah JR sekarang ni ye?..seronokkan anak2 balik berkumpul...macam2 cerita macam2 kerenah...
ReplyDeleteTak per JR...sekali2..yang penting berkumpul makan minum sekali tu.....penat macam mana pun takpe...bahgia rasanya...
ni baru meriah...hehehe...takpe penat sikit janji hati gumbira
ReplyDeleteWahh..mesti meriah. Hihi..ajak anak dara JR turun dapur sekali. Sian JR. ^_^ takpe, kami paham. :D
ReplyDeleteklu hero berkumpul , mmg penat sbb mrk tak rjin mengemas tapi rajin makan . saya akui , hero besar ni mkn mmg byk . my kakak siap citer lagi bila hero2nya balik n berkumpul , belanja dapur cepat jer surut ... hahahaaaa ... tak pe , pelan2 bw nanti . beri ruang bersamam family dulu ...
ReplyDelete