»

19 October 2014

Kempen Melayu Pegang Anjing


Pagi tadi diadakan kempen menyentuh anjing, kempen I Want to Touch a Dog" di Central Park, Bandar Utama. Mengikut berita ramai orang Melayu hadir untuk melihat, mendekati dan memegang anjing. Acara itu juga dihadiri oleh seorang ustaz yang memberi taklimat dan mengajar hadirin untuk melakukan samak dengan cara yang betul jika mereka memegang anjing dalam keadaan basah.

Mengikut penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi dia gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima. "Ramai orang Islam yang hadir dan mereka rasa selesa sebab mereka tak was-was dan kita ada ajar cara nak sertu (samak) dan pemilik anjing pun ada bersama. Sebenarnya apa yang penting ialah ilmu pengetahuan," kata Syed Azmi.

Antara foto pagi tadi (sumber MK):

 

JR tak nak komen lebih-lebih tentang isu yang sangat sensitif bagi orang Melayu ini. Nanti tersilap beri fakta pulak. 

Apa yang jelas, pendapat keempat-empat mazhab Sunni mengenai hukum menyentuh anjing tak sama. Ada mazhab yang empat kata anjing itu binatang suci, ada yang kata najis (termasuk mazhab Shafie):



Itu fakta pertama. 

Fakta kedua, bagi orang Melayu memegang anjing sama ada kering atau basah seperti satu dosa besar, walaupun mengikut mazhab Shafie jika basah boleh disamak dan tak berdosa memegangnya. Tapi bagi sesetengah Melayu yang peliknya memegang tangan atau menyentuh mereka yang bukan muhrim ia tak nampak seperti satu dosa pula. Kalau ada artis pegang anjing hebohlah satu Malaya. Tapi hari-hari tengok artis Melayu lelaki dan perempuan berpegangan tangan seperti tak berdosa pula.

Mengikut mazhab Shafie memegang anjing dalam keadaan basah perlu disamak, tapi memegang dan menyentuh yang bukan muhrim kering atau basah nak samak dengan apa bagi menghapus dosa??

Nota: Lepas ni Syed Azmi Alhabshi  boleh buat kempen "Jom berjemaah di surau" pula kot....

14 comments:

  1. ye setuju sesangat. macam cokelat cardbury tu la. solat tak kira berdosa. isu cokelat pulak2 lebih2. pegang anjing tak berdosa. pegang pompuan bukan muhrim yg berdosa. pelik orang melayu ni. www.penburukonline.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Tujuan mereka baik. Idaklah nk mnyokong membantah pun tidak. Tapi rasanya mereka ni lebih kpda penerangan dan pendidikan dengan lebih jelas.
    Tp rasanya ada jgk segolongan yg tgk gmbr ni terus kata yg bukan2.. Rasanya sikap tu pon kne didik dlu jgk..kalau tak...sampai bila2 la kita ni xmo belajar

    ReplyDelete
  3. erm.....no komen jugak....

    ReplyDelete
  4. saya tak dapat bayang keadaan cucu2 saya nanti...10 tahun akan datang...

    ReplyDelete
  5. dari kecil lagi di minda sudah tertanam peringatan 'jangan sentuh anjing', sampai loni baik dok jauh2 kecuali tanpa disengajaka.

    ReplyDelete
  6. Saya takkan hampiri anjing sb fobia dikejar anjing gila masa kecil hingga berlari tak cukup tanah

    ReplyDelete
  7. tak adakah kempen yg lbh berfaedah lagi..??

    ReplyDelete
  8. saya nak sgt ada kempen secara besar besaran : " Merokok itu haram"

    ReplyDelete
  9. entahlah agaknya dah tak ada idea nak kermpen lain agaknya. Susah payah lagi

    ReplyDelete
  10. Lepas ni entah kempen ape lagi....
    Ade baiknye buat kempen kesedaran merokok, kesedaran dadah ke. Ni tak, kempen pegang anjing. Haihh..macam2.

    ReplyDelete
  11. Buat laaa Kempen Berdosa Besar Sentuh/Pegang Bukan Muhrim

    ReplyDelete
  12. fkader@yahoo.com15/2/18 7:08 AM

    Allahu Rabbi... Betul... SubhanAllah...
    Bangang bodoh betul... sentuh anjing depa buat topik aktiviti putar alam syah dah perbualan...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....