»

08 September 2014

Power Bank Sempoi - Tak Perlu Cas Guna Elektrik


Teringat beberapa tahun dulu ketika powerbank belum wujud di pasaran. Masa tu, kalau perjalanan jauh naik kereta atau bas dan kemudian bateri henfon habis, masing-masing gelabahlah. Ada yang bawa bateri spare, nasib baiklah. Ada yang berhenti di R&R, manis-maniskan mulut kepada peniaga gerai untuk guna plug sekejap bagi cas bateri henfon.   

Tapi bila ada power bank dengan pelbagai jenama seperti pineng, yoobao,  hacent dan lain-lain pun masalah tak selesai juga. Kalau power bank pun baterinya habis, nak caj bateri henfon macam mana?  Dalam hati ketika itu berkata alangkah baiknya jika ada power bank yang tak perlu gunakan karan elektrik! Guna cahaya matahari ke, angin ke...?

Tapi sekarang dah ada pihak yang jual power bank yang tak perlu disambungkan dengan punca kuasa elektrik. Power bank jenis Oivo cuma memerlukan 4 bateri saiz 2A (AA) untuk mengecas baterinya. Kalau perjalanan jauh, malah kalau duduk dalam hutan yang tak ada bekalan elektrik sekalipun tak ada masalah untuk berhubung dengan dunia luar, yang penting ada talian telefon, ada Oivo dan bawa bekalan bateri AA banyak-banyak, selesai masalah...

Power bank mudah alih Oivo ini menggunakan empat bateri AA sebagai sumber tenaga. Yang paling sempoi saiznya yang kecil dan comel jika tak digunakan  boleh disimpan dan digunakan sebagai rantai kunci. Mengikut pihak Oivo, jika guna bateri alkali biasa dapat cas bateri  hingga 50% dan jika guna bateri lithium dapat cas bateri hingga penuh.

Cuma yang malangnya powerbank ini hanya sesuai untuk iPhone 4, 5 dan 5S saja. Oivo beritau mereka belum bercadang untuk sesuaikan penggunaannya kepada henfon android lain.

ayamas
42bac56bba6a3361634790efb6df93fd_large
56a0e6014e3c178b8bedefda22083084_large















































Orang Malaysia kalau keluar benda-benda baru akan bertanya: berapa harga powerbank Oivo ini? Harganya $39 (RM124). Tunggulah nanti, bila penggunaannya diperluaskan kepada henfon android, harganya turunlah kot....

7 comments:

  1. makin inovatif teknologi sekarang.... powerbank yang biasa biasa ni pun saya tak pernah beli, dah keluar power bank yang jenis baru pulak... hurmmm, bab teknologi ni mmg saya selalu terlambat nampaknya :-)

    ReplyDelete
  2. mmg praktikal bila tgk saiznya ... tapi x de i phone .

    ReplyDelete
  3. Fon IM tak gaduh lah nak guna power bank. Sekali cas tahan 3-4 hari. lepas tu kalau bateri habis... IM rileks saja lah. IM dah selalu belajar hidup tanpa henfon...he..he..

    ReplyDelete
  4. pb saya skrg besar dan berat...kalau dapat yg mcm ni mmg best ..

    ReplyDelete
  5. saya guna pineng, mmg besar dan berat, takpelah pandai-pandaila nak idup.

    ReplyDelete
  6. makin advance derang ni mencipta. last skali kena jugak guna bateri AA. Maybe yg invent benda ni ada kaitan dgn syarikat pengeluar bateri kot. Dia nak tingkatkan sales bateri AA semula.

    ReplyDelete
  7. Alorhh..iphone je? Fuh..Nasib baik ade power bank yg caj pakai cahaya matahari. Takdelah menggagau carik plug nak caj. Sekurangnye tersesat kat hutan karak, leh call emegency.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....