»

28 August 2014

WhatsApp Vs Telegram..Mana Terbaik?


Semalam JR buat entri tentang nostalgia telegram. Hari ni masih nak bercerita tentang telegram. Tapi bukan tentang telegram zaman Pak Pandir yang JR cerita semalam.

Ia tentang applikasi Telegram yang kini dikatakan semakin popular. Malah ada yang meramalkan sedikit masa lagi applikasi Telegram akan lebih popular dari WhatsApp yang kini merupakan applikasi yang mempunyai pengguna paling ramai di dunia (600 juta), berbanding Telegram yang baru 35 juta pengguna. 

Tapi kata orang pencapaian 35 juta pengguna untuk Telegram adalah amat  menakjubkan kerana ia baru dilancarkan pada Oktober 2013 berbanding WhatsApp yang telah lama dilancarkan sejak 2009.


Walaupun dah berbulan-bulan tahu kewujudan Telegram, tapi JR hanya setakat mengambil tahu, tidak pernah terpikat dengan applikasi yang berasal dari Russia ini. Cukuplah dengan WhatsApp. Walaupun ramai orang kata Telegram lebih laju dan lebih segala-galanya dari Telegram, JR tetap setia dengan WhatsApp, seperti setia seorang suami dengan isteri di rumah!

Berikut ialah perbezaan antara Telegram dan Whatsapp. Jangan percaya 100% dengan apa yang JR tulis di bawah kerana JR sendiri cuma memiliki Whatsapp, belum memiliki Telegram. Info di bawah cuma berdasarkan cakap-cakap orang. Jika info di bawah sedikit tersasar, sila betulkan:

1. Harga

- Telegram: Percuma
- WhatsApp: Tahun pertama percuma, tahun kedua dan berikutnya dikenakan caj $0.99 (RM3.10) setahun.

2. Perkongsian Fail:

- Telegram: Boleh akses semua jenis fail. Boleh hantar gambar, video dan semua jenis fail bersaiz hingga 1 Gb.
- WhatsApp: audio, video dan imej bersaiz 16 mb sahaja.

3. Kemudahan Akses:

- Telegram: Berasaskan cloud, boleh diakses dengan semua peranti sama ada  telefon bimbit, tablet, PC dan lain-lain.
- WhatsApp: Boleh akses melalui telefon bimbit sahaja.

4. Perbualan Kumpulan:

- Telegram: Sehingga 200 ahli
- WhatsApp: Sehingga 50 ahli

5. Keselamatan:

- Telegram: Data yang dihantar lebih selamat berbanding Whatsapp kerana dilindungi oleh data encryption yang sangat bagus dan dilengkapi pula oleh self destruct. Dengan fitur self destructi, mesej yang dihantar di dalam Secret Chat akan terpadam dengan sendirinya mengikut masa yang ditetapkan oleh pengguna. Jika pengguna menetapkan 10 minit atau beberapa hari, selepas tempoh itu mesej akan terpadam.
Pengasas Telegram telah mencabar sesiapa yang ada kepakaran untuk hack Telegram supaya berbuat demikian dan mereka dengan rendah hati akan menghadiahkan USD200,000 (RM629,070) kepada pihak yang berjaya hack applikasi mereka.
- WhatsApp:tidak dilengkapi self destruck, mudah dicerobohi pihak lain.

6. Tempoh Mesej Sampai

Telegram: Mesej sampai lebih cepat, smooth dan lebih ringan berbanding Whatsapp.
Whatsapp: Tidak secepat dan selancar Telegram

7. Simpanan Dalam Galeri:

Telegram: Apabila pengguna menerima video atau gambar, video dan gambar tersebut tidak tersimpan dalam gallery telefon pintar 
Whatsapp: Video atau gambar siap tersimpan pada gallery.

Buah petai di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya otai baru belajar
Tersalah info betul-betulkan!!

6 comments:

  1. Nanti kalau da ramai pakai telegram, baru ana pakai telegram. Hihi..takat ni setialah daku pd whsapp. Keh3

    ReplyDelete
  2. still dengan whatsapp since xde pn mmber pkai telegram.

    ReplyDelete
  3. Macam tu saya nak cadangkam telegram ni kat kawan2. Lepas tu baru la kita semua sama2 nilaikan mana lebih baik.

    ReplyDelete
  4. ada group wasap family..kaum kerabat...dek asyik berbunyi notification..saya mute utk setahun haha..

    ReplyDelete
  5. saya guna dua2 skrg ni untuk buat perbandingan... memang telegram lebih lancar, cuma masih belum ramai rakan2 saya menggunakannya.

    ReplyDelete
  6. I recommend you click on this article https://mxspy.com/whatsapp-hack/ and read interesting info about whatsapp hack applications

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....