Sekumpulan ulamak dan cendekiawan Islam pernah mengkaji apa di sebalik angka 12, adakah ada sesuatu keajaiban yang cuba disampaikan Allah kepada umatNya menerusi angka 12?
Banyak sekali peristiwa di sebalik angka 12, terutama dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Nabi sendiri lahir pada tarikh 12 Rabiulawal (walaupun ada yang berkata 9 Rabiulawal), tarikh baginda sampai ke wilayah Madinah dari Mekah juga pada 12 Rabiualawal, malah kematian Nabi juga pada 12 Rabiulawal.
Soalnya apa ada dengan angka 12?
Ulamak-ulamak tersebut telah cuba mencari rahsia keajaiban dan kelebihan angka 12 di dalam al-Quran, hadis-hadis sahih dan kitab-kitab muktabar karangan ulamak terdahulu. Namun mereka tak menemui apa-apa yang boleh dikaitkan dengan kelebihan angka 12.
Lalu akhirnya pada ulamak tersebut membuat kesimpulan, tiada ada apa yang istimewanya dengan angka 12 dalam Islam. 12 cuma sekadar angka....itu saja, tak lebih tak kurang! Angka-angka lain juga tiada keistimewaan apa-apa mengikut Islam. Ia cuma sekadar angka, fullstop.
(Entri di atas adalah berdasarkan kuliah Ustaz Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz di TV3 pada 5 Ogos 2014)
Oleh itu kepada mereka yang beragama Islam jangan percaya bahawa angka boleh mempengaruhi kehidupan kita. Tak perlu terikut-ikut dengan orang Cina yang percaya angka 8 membawa tuah dan angka 4 pula membawa nasib malang.
Bila MH17 ditembak jatuh baru-baru ini ramai yang bercakap tentang angka 17, seperti angka itulah dan bukan Allah yang menjadi penentu takdir.
Hari Raya baru-baru ini JR rasa macam nak tergelak apabila melihat rumah jiran adik ipar JR yang menukar nombor rumahnya dari nombor 4 kepada nombor 3B. Pastilah pemilik rumah itu (seorang Cina) percaya dengan tahyul 4 yang kononnya boleh membawa nasib sial dan malang.
Di negara Barat pula ramai yang tak boleh menerima angka 13 yang kononnya membawa sial. Hingga pihak pengurusan beberapa hotel yang menukar 'tingkat 13' kepada 'tingkat 12B' dan sebagainya. Kononnya angka 13 membawa sial.
Mari kita teruskan kehidupan tanpa peduli dengan kepercayaan angka boleh menentukan masa depan kita. Kalau nak kahwin tak payahlah hantaran sampai RM6,666, RM7,777 atau RM8,888. Tak perlu juga berlumba-lumba kahwin atau bertunang pada 1.4.14, 14.1.14, 1.5.15, 15.1.15 dan sebagainya. Kebahagiaan bukan terletak kepada angka tapi bagaimana kita menguruskan kehidupan kita.
JR sendiri pernah memakai kereta nombor plet 4444. Ada seorang rakan karib JR dari kaum Cina yang kata nombor 4 tak baik, boleh mendatangkan malang dan tiada orang Cina yang sudi membeli kereta Nissan itu jika nak dijual. Tapi kereta yang dipakai JR itu tak pernah ditimpa musibah sepanjang ia gunakan selama 5 tahun, malah baterinya juga tahan sehingga 5 tahun. Masalah cuma timbul bila kereta tu nak dijual, pemilik workshop (termasuk Melayu) cuma mahu membelinya dengan harga lebih rendah dari pasaran semasa kerana nombor plet 4444 yang kata mereka dipercayai membawa nasib malang. Akhirnya JR jual kereta Nissan itu kepada seorang ustaz yang seperti JR tak pernah percaya kepada ramalan nombor...
betul tu bro JR..sekadar angka saja...
ReplyDeletenombor tiada kuasa untuk melakukan / mentakdirkan sesuatu ... org cina suka angka 8 sbb ada ong . org india lak anggap angka 8 adalah angka syaitan ... lantak korang lah ... ermmm
ReplyDeleteHaha..ape ade pd nombor? Nombor 12? Org yahudi pulak percaya ade kaitan nombor 12 dgn akhir zaman. Haha. Entahlah. Semua ini karut.
ReplyDelete