Ketika menunggu anak perempuan JR di luar sekolahnya petang semalam, terlihat beberapa pondok telefon awam di sekolah itu. Tiba-tiba nostalgia masa dulu-dulu mengimbau fikiran...
Zaman 1990an dan sebelumnya henfon mampu milik tak banyak di Malaysia. Hanya orang berada yang memiliki henfon kerana harganya sangat mahal. Itu pun henfon besar ragam dengan antenna sepanjang tiga jengkal.
Telefon talian tetap di rumah pula bukan semua orang mampu memilikinya. Kalau tak ada line, Telekom tak boleh buat pemasangan telefon talian tetap di rumah.
Zaman 1990an dan sebelumnya henfon mampu milik tak banyak di Malaysia. Hanya orang berada yang memiliki henfon kerana harganya sangat mahal. Itu pun henfon besar ragam dengan antenna sepanjang tiga jengkal.
Satu-satunya alat perhubungan yang yang paling praktikal pada zaman itu ialah telefon awam.
Telefon awam pula kalau nak menggunakannya terpaksa melalui pelbagai pengalaman, kadang-kadang pengalaman yang tak manis langsung:
Kadang-kadang... ya Allah, ramainya orang beratur nak guna telefon awam, macam nak beli tiket perlawanan akhir Piala Dunia!
Kadang-kadang kerana tak sabar menunggu, kita kena pergi cari telefon awam di tempat lain. Bukan dekat, berkilometer juga mencari telefon awam di tempat lain. Kalau nasib baik, akhirnya terjumpa juga:
Tapi alamak.... telefon awam itu rosaklah pula, tak boleh digunakan...
Pergi lagi cari di tempat lain, berkilometer juga. Akhirnya ternampak bayang pondok telefon awam.
Nampak dari jauh macam telefon awam tu okay...
Tapi bila dekat dua kali lima juga. Mangsa vendalisme!!
Sekarang mudah saja, hampir semua orang di Malaysia ada henfon masing-masing. Budak sekolah rendah pun dah dibeli ayah henfon atau tablet, siap dengan wifi.
Kini pondok telefon awam cuma tinggal sejarah. Kalau ada pun telefon awam kini cuma di sekolah atau bangunan awam. Kalau pihak sekolah membenarkan budak-budak bawa henfon ke sekolah, di sekolah pun dah tak ada telefon awam..
Kini pondok telefon awam cuma tinggal sejarah. Kalau ada pun telefon awam kini cuma di sekolah atau bangunan awam. Kalau pihak sekolah membenarkan budak-budak bawa henfon ke sekolah, di sekolah pun dah tak ada telefon awam..
Sapa masih ada telefon antik Nokia 3310?? Rindu sangat....
Rindu nak gune telefon awam! Huhu. Paling takleh lupa masa zaman ana sekolah rendah dulu, mmg ade telefon awam camni. Siap kumpul syiling byk2. Sebab nak call kawan2 yg ade telefon rumah. Nak tanye kabar. :) Budak2 skrg mana tahu telefon awam yg begitu nostalgia. Sebab diorang lahir2, kalau nangis rengek2. Mak/ayah bg tab/ipad atau seangkatan dgnnya.
ReplyDeleteNokia 3310 tu mmg nostalgia kan JR..
ReplyDeleteTahan lasak..
Teringat kembali kenangan lama.. Dulu2 memang telefon awam la beratur, nak balik naik kapal terbang sebulan sekali mmg la tak mampu.. call la adik time belajar kat sekolah utk tanya khabar, kg belum masuk talipon, sampai la bebrapa tahun lepas tu, masuk talipon rumah.. Nurul biasa pakai kad punye, rm5. rm10, rm20.. dan Nurul masih simpan kad2 tu semua sampai sekarang dah puluh tahun lalu juga.. nanti nak share la kad2 tu semua kat blog Nurul.. Idea ni.. thanks Jay :D :D
ReplyDeletesekarang dah payah nak jumpa public fon
ReplyDeletekalau ada pun dah tinggal bangkai hehe
Alamak.. Handphone nokia yang ada antena atas tu saya pernah guna masa form 5. Haha. Tapi takda la boleh tarik antena, Dah fixed. Memang gedabak sampai penuh poket seluar.
ReplyDeleteIM mula guna talipon bimbit masa apply loan rumah. Maybank bagi free 3310 dengan kad kredit.
ReplyDeleteSejak itulah IM terjebak dengan derita kad kredit walaupun bahagia dengan talipon bimbit!
Baru2 ni ada pergi rawang..trnmpk pndok telipon nmpk masih cntik lagi. Teringin nak pacak 1 dekat umah. :p
ReplyDeleteBetul tu sekarang dah payah nak jumpa public phone...
ReplyDeleteIngat lagi masa tahun awal 90an dulu bersepah PP ni...sampai kat bus stop pun ada...
Bila nak guna nasib2lah...kalau tak budak2 sekolah jer yang bergayut...pagi sampai ke malam...sekarang ni dorang bergayut ngn telefon bimbit jer..